Salam buat semua pengunjung blog siti yang siti kasihi & sayangi...
Niat di hati nak buat entry sekurang2nya sekali dalam sehari masih tak kesampaian...
Siti masih lagi berhutang entry mengenai Batrisyia & Wafi. Masih belum punya kesempatan untuk mencoretkan perihal anak2 siti yang berdua tu. InsyaAllah...siti akan usahakan dalam minggu ni jugak. Jangan marah yer anak2 ibu, Batrisyia & Wafi.
Apepun, bulan Ramadhan bertandang lagi....
Di kesempatan ini siti ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Dalam sedar atau tidak, masa berlalu begitu pantas. Alhamdulillah, siti masih punya kesempatan menyambutnya buat sekian kalinya. Tahun depan? Hanya Allah yg tahu. Siti hanya mampu berdoa untuk yang TERbaik buat diri ini.
Apepun, siti amat berharap..siti dapat melaksanakan segala impian & cita2 siti yang telah byk kali tidak kesampaian pada bulan Ramadhan sebelum ini, kali ini. Ya..segala cita2 memang mudah diungkapkan, tapi untuk melaksanakannya, bukan semua yang mampu kita lakukan. Hanya kekuatan iman sahaja yang menjadi pengukurnya...Yang penting usaha.
Pada bulan Ramadhan ini, siti rasa mungkin entry mengenai masakan yang menjadi pilihan siti untuk dimuatkan dalam blog kesayangan siti ni. Sudah menjadi kebiasaan siti untuk memasak sendiri hidangan untuk berbuka puasa walaupun terpaksa berkejar2 balik dari office untuk memasak. Jadi, rasanya bolehlah siti berkongsi dengan pembaca semua hidangan2 untuk dimasak ketika berbuka puasa bagi yang terkaku/terkering idea untuk memilih masakan apa yg ingin dihidangkan. Tapi, siti bukannya pakar sangat memasak. Setakat memasak lauk2 biasa tu boleh la. Tapi, tak salah jika berkongsi kan..bak kata orang "sharing is caring". Betul tak?
Di akhir kalam..selamat menyambut Bulan Ramadhan & selamat berpuasa kepada semua umat Islam diseluruh negara. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini akan lebih memberi makna kepada kita semua. :)
5 comments:
selamat menjalani ibadah puasa dengn sempurna dan diberkati ALLAH swt...
selamat berpuasa siti..
Salam Ramadhan juga dr. kami sekuarga
bulan puasa ni balik keje awal tak???
salam ramadhan ye ct..
salam
selamat menjalani ibadah pose kak =)
Post a Comment