Nov 26, 2009

Pengalaman Bersalin - Siti Miftahul Jannah (Kakak)

Salam semer....hehehe..siti belum bersalin lagi yer. Masih lagi menghitung hari ni. Ada lebih kurang 7 hari lagi sebelum due. Tengah sabar menanti tanda2 tuk melahirkan.

Disebabkan siti sangat la kebosanan hari ni, dengan rajinnye siti nak karangkan pengalaman siti melahirkan Kakak & Adik. Nanti bila Kakak & Adik dah besar, boleh la diorang baca blog siti ni & tahu mcmana susahnya siti nak melahirkan diorg.

Siti mulakan entry ni dengan pangalaman melahirkan Kakak dulu la yer...

Siti disahkan mengandungkan Kakak selepas lebih kurang 4 bulan berkahwin. Memula tu siti rasa tak sihat jer. Selalu pening2 & muntah2. Papa bawak siti pergi klinik. Lepas buat urine test, siti disahkan mengandung 7 minggu (rasanya la..lupa dah). Siti & papa happy sgt2. Terus kol kakak ipar belanja diorang makan sebab klinik tu dekat ngan umah kakak ipar...hahahaha...Siti dijangka akan melahirkan anak pada 9/3/2005.

7/3/05 - Pagi tu siti gi kerja seperti biasa. Siti still lagi drive sendiri pergi kerja walaupun masa tu dah sarat sangat. Sampai kat opis, siti terasa macam nak buang air kecil. Masa gi toilet tu la siti nampak ada tanda darah keluar. Sikit jer & kaler coklat gitu. Disebabkan siti dah banyak sangat baca pasal tanda2 kelahiran ni, so siti leh agak yang dah tiba masanya siti nak bersalin. Tapi, apepun siti tetap confius & cuak jugak la. Yer la..anak pertama, belum ada pengalaman lagi. Siti call kakak ipar & mintak pendapat dia, apa yang perlu siti buat. Dia suruh siti pergi hospital. Tapi disebabkan siti belum rasa sakit lagi, siti relaks dulu kat opis. Tambah lagi memang duk sorang2 jer kat opis masa tu.

Dalam pukul 2 camtu siti call boss cakap nak balik rumah sebab dah ada tanda nak bersalin. Pastu telefon papa bagi tau suruh balik gak. Sampai jer kat umah, siti tak terus pergi hospital. Siti leh lepak2 ngan papa, tengok tv & makan2. Papa pun nampak relaks jer. Maybe sebab siti takde rasa sakit apa pun masa tu.

Dah petang sikit dalam pukul 5 lebih kakak iapar call, tanya dah pergi hospital ker belum. Dia suruh gak siti gi hospital tuk cek. Siti pun siap2 la ajak papa gi hospital putrajaya. Sampai sana, siti bagitau nurse kat situ yang siti dah ada keluar tanda darah. Dia masukkan siti kat tempat saringan tuk ibu2 yang bakal melahirkan anak. Lama gak siti duk dalam bilik tu. Cek jantung baby, buat CTG semer. Pastu doc datang cek jalan. Ada la rasa sakit sikit. Siti ingat sebelum doc seluk tu dia letak air mcm sejuk sgt, pastu dia suruh relaks jer. Jangan keraskan kaki. Doc cakap baru bukak 1 cm. Dia suruh balik dulu sebab lambat lagi katanya siti nak bersalin. Selalunya anak pertama ambik masa. Maybe dalam 2/3 hari gitu. Kalau siti dah rasa sakit yang kerap dalam 10 minit sekali baru dia suh datang hospital lagi.

Masa on the way balik umah tu tetiba siti rasa sakit. Perut mengeras sampai tangkap dekat pinggang. Mcm senggugut la. Siti terus genggam tangan papa. Papa tanya, nak gi hospital semula ker. Siti cakap takyah, suh balik umah jer dulu. Sebelum tu gi beli McD, tapau makan kat umah. Malam tu siti dah start rasa sakit2, tapi still leh tahan. Bila sakit datang siti pegang tangan papa. hehehe...Malam tu siti still leh tidur walaupun kadang2 terjaga bila sakit datang. Siti tidur kat dalam bilik kat atas. Papa lak layan bola kat bawah. Kul 5am ++ camtu siti rasa mcm dah sakit kerap sgt. Bagi tau papa cakap nak gi hospital. Papa cakap tunggu sembahyang subuh dulu.
Siti pergi mandi, sembahyang subuh & terus gerak gi hospital.

Dalam perjalanan tu memang siti asyik genggam tangan papa jer. Bila contraction datang, siti genggam tangan papa kuat2. Sian papa. Papa dah nampak cam gabra sikit. Bawak keta agak laju la jugak sambil suh siti tahan. Nasib baik dari rumah nak ker hospital putrajaya ambik masa dalam 10 minit jer.

Sampai jer hospital, cam biasa kena masuk bilik saringan dulu. Muka siti dah berkerut2 tahan sakit. Tapi siti still leh tahan la. Siti kuatkan semangat. Doc datang cek jalan, dia cakap dah 3 cm. Pastu doc masukkan ubat kat montot. Lepas masukkan ubat tu terus rasa nak membuang. Siti terus gi toilet. Nurse siap pesan jgn kunci pintu & jangan lama2 duk dalam toilet.
Lepas membuang, siti kena baring semula kat katil. Kali ni doc pecahkan ketuban lak. Terasa ada air suam2 gitu mengalir. Lepas tu nurse suh siti tukar baju, pakai uniform tuk bersalin. Siti ngan blurnya gi tanya nurse tu "dah nak bersalin ker?"..hahahah...dia ckp "a'ah..lepas ni kena masuk labour room". Terkejut siti. Lepas tukar baju semer, siti jalan gi kat labour room. Bilik saringan ngan labour room tak jauh, sebelah menyebelah jer.

Lepas baring kat katil dalam labour room tu, nurse masukkan air kat tangan, letakkan tiub tuk kencing (yang ni siti rasa nyilu sikit masa dia nak pasang tiub tu). Letak alat CTG kat atas perut. Tak baper selesa la ngan alat tu. Cam berat jer. Siti tengok jam masa siti masuk labour room tu. Dalam kul 7.30 am++ gitu la. Masa ni siti leh senyum2 lagi la. Papa pun ada duk teman siti. So, takde la gabra sangat. Tapi tak lama lepas tu siti rasa makin lama makin sakit. Bila sakit datang jer, siti pegang tangan papa kuat2 sambil suh papa letakkan tempat sedut gas tu kat mulut siti (lupa dah apa namanya tu, tapi tuk kurangkan rasa sakit la). Rasa lalok la kejap. Tapi nurse tak bagi sedut banyak2, kang hilang pertimbangan lak. hehehe.

Sakit makin lama makin kuat. Siti kuatkan semangat & baca doa Nabi Yunus tu. Dalam tu papa la jadi mangsa. Bila sakit datang siti genggam tangan papa kuat2. Tapi papa diam jerk. hehehe..mesti papa pun tahan sakit gak tu.
Dalam kul 9.30 am mcm tu siti dah bersedia tuk bersalin. Jalan dah bukak 10 cm. Alhamdulillah, jalan siti cepat bukak. Nurse2 kat situ semer terkejut. Diorg memang expect lambat lagi siti nak bersalin. Anak pertama biasanya ambik masa tuk jalan bukak sepenuhnya. Selalunya diorg expect 1 jam bukak 1 cm. Tapi siti dalam masa dua jam jalan dah bukak dari 3cm ker 10 cm.

Bila jalan dah bukak sepenuhnya, bersedialah siti tuk meneran. Ada la sorang bidan & 2 orang nurse kalau tak silap siti. Nurse bukakkan semer alat2 kat atas perut siti & tiub tuk kencing tu. lepas tu, diorg suh siti letakkan kaki kat tempat yg betul. Masa ni siti duk pegang leher papa. Pastu bidan tu ckp " tangan pegang kat kaki, kalau awak pegang leher husband awak, patah lak nanti leher dia" hahahaha...Alhamdulillah..lepas 3 kali teran, keluarlah baby siti tepat kul 9.33am seberat 3.2kg, 8/3/2005. Masa siti meneran kali kedua tu siti ada rasa bidan tu gunting kat tempat baby nak keluar tu. Tapi memang tak rasa sakit. Lepas jer baby keluar, hilang semua sakit. Siti terus senyum kat papa. Nurse tu tunjukkan baby kat siti & tanya "baby apa ni?". Siti cakap " girl". Pastu dia letakkan baby kat atas badan siti. Rasa terharu sangat.

Lepas tu, diorg pergi bersihkan baby. Papa masa ni dah kena tunggu kat luar sebab bidan tu nak keluarkan uri & jahit lak tempat yang kena gunting tadi. Siti kena jahit tak banyak, kejap jer dah siap. Masa jahit tu takde la rasa sakit sebab dah bius dulu kan. Cuma bila nak jahit kat lapisan kulit tu ada sakit sikit jer, still leh tahan. Dalam 15 minit gitu, semua dah siap. Nurse pakaikan siti pad yang ikat kat perut tu...hehehe....lepas tu nurse panggil papa tuk masuk semula dalam labour room tuk iqamatkan baby. Lepas papa dah iqamatkan baby, siti disuruh tuk susukan baby. Masa ni siti rasa teruja sangat. Bayangkan baby yg selama ni duk dalam perut tu, bila keluar jer, siti letakkan kat tetek, terus dia hisap..pandai sungguh. Mengalir gak la air mata siti. Alhamdulillah, siti takde masalah langsung tuk susukan baby masa tu.

Bila baby dah kenyang, siti terus dimasukkan ke ward. Papa leh temankan la siti kejap kat ward tu, lepas tu papa kena keluar. Masa melawat jer papa leh masuk balik. Esoknya siti dah boleh keluar dari hopsital. Happy sangat bila dah boleh bawak baby balik. hehehe..Apepun, siti puas hati sangat ngan staff2 kat hopsital putrajaya.

10 hari pertama siti berpantang di rumah MIL. Lepas tu baru la balik umah mak siti pulak. Nama baby pertama ni diberikan masa siti dalam pantang. Papa pilih nama Miftahul yang bermaksud kunci (papa ckp ustaz bagitau Miftahul tu maksudnya sama seperti maksud Fatihah). Lepas tu siti pilih nama Jannah yang bermaksud syurga. Siti pulak sempena nama siti la kan. Bila teringatkan balik semua pengalaman pertama tu, rasa besar sangat pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan sorang zuriat. Semoga Siti Miftahul Jannah menjadi anak yang solehah. Amin....

Ni gambar Jannah masa baru lepas lahir. Gambar blur jer sebab tangkap guna handphone cap ayam. Takde kamera lagi masa tu. Jannah keluor sebijik muka papa. hehehehe...


P/S: Panjang lebar lak karangan. Jangan jemu membaca yer. Pengalaman melahirkan Batrisyia (Adik) akan dimasukkan dalam next entry yer.

2 comments:

LOVE2COOK said...

Siti, all the best for ur delivery ya! Wish everything goes fine during the process!

And, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Siti sefamily! ;)

Hezesuze said...

wah terharu gak akak baca n3 sal ct bersalin ni...bleh bygkan skali tu..ahaks!

tp mmg otomatik kan bila bb da deliver twos jek kuar air mata ibu kan kan,,

anugerah ALLAH swt tiada bandingan nye...