Oct 12, 2009
Daging Lada Hitam
Sedap..sedap....tu jer la siti leh cakap bila makan lauk daging masak lada hitam ni. Dah lama siti tak masak lauk ni. Bila duk jalan2 kat umah kak ummi ternampak la kak ummi masak lauk ni. Kebetulan ada stok daging dalam peti. Apalagi..kita mulakan acara memasak. Cuma bab resepi tu siti pakai teruk jer la sesuka hati siti. Apepun, rasanya tetap la mengancam...hehehe..puji diri sendiri yerk...
Bahan-bahan:
Daging - dihiris nipis2
Serbuk kunyit
Garam
1 sudu lada hitam - ditumbuk
1 labu bawang besar - dihiris kasar
Daun bawang - dipotong 1 inc
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis cap kipas udang
Minyak masak
Cara:
1. Perapkan daging bersama garam & serbuk kunyit. Goreng daging sehingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan 2 sudu minyak yg digunakan untuk menggoreng daging tadi. Masukkan lada hitam & daging yg telah digoreng tadi.
3. Kemudian masukkan sos tiram & kicap. Gaul rata. Kalau terlalu kering boleh masukkan sedikit air. Masukkan bawang besar & daun bawang. Kacau sebentar & angkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
senangnyer nak sediakan... leh cuber gak ni... sangat sesuai masakan ni tuk orang yang baru balik dr kijer kan kak...
Post a Comment