Dec 31, 2008

Bukit Merah Lake Town Resort....

Ingat tak psl entry siti yg lepas. Pasal siti nak ke Parit Buntar tuk menghadiri kenduri kawen kawan papa. Hehehhee....lepas diskuss ngan papa, siti decided tuk bermalam kat Bukit Merah Lake Town Resort. Lagipun dari Bukit Merah ke Parit Buntar cuma dlm 30km jerk. So, siti mintak tolong nieza (kwn siti) book kan hotel. Kebetulan nieza mmg akan bercuti di Bukit Merah sebelum bertolak ke Penang. Terima kasih byk nieza. Nasib baik masih ada hotel yg available. Siti menginap di Laketown Apartment. RM150 per nite for studio type.

Hari Sabtu dlm pukul 8.00 pagi siti bertolak dari rumah. Sampai di Bukit Merah dlm pukul 1 lebih. Perjalanan mengambil masa yg agak lama sebab byk sgt iklan. Byk kali kena berhenti di perhentian sbb Jannah asyik nak buang air jerk. Kebetulan Kakak mmg kurang sihat hari tu. Badan dia pun panas jerk.

Sampai jer kat Bukit Merah siti terus ke kaunter tiket. Nak tunggu check in lambat lagi, dlm pukul 3. So, siti decide tuk pegi melawat dulu. Siti ambik water world nye package, RM47 per person. Package ni include water park, ecopark, org utan island & skycycle.

Lepas ambik tiket terus siti pegi masuk ecopark. Ecopark kat Bukit Merah ni boleh tahan jugak la. Cuma pertunjukan haiwannya mmg bosan sgt2. Huhu....lepas tu ct naik skycycle. Ni kena kayuh sendiri...Lenguh tgn tau. Seterusnya siti naik bot ke pulau org utan.

Abis melawat pulau org utan, siti terus pegi check in. Waaaaaaa..mmg lama nak tunggu tuk dptkan kunci. Siti kena beratur hampir 45 minit. Dah la penat, mmg lenguh la kaki. Org mmg ramai sgt2. Reservation counter dah jadi kelam kabut. Nak entertain sorang customer ambik masa dlm 10 minit. Siap bergaduh pun ada. Masa ni teringat lak bila siti pergi ker Thai Airways tuk cuba dapatkan tiket tuk officemate siti yg nak balik ke Bangkok time Suvarnabumi Airport kena tutup tu. Kelam kabut betul & semua org nampak macam nak marah jer.......Huhu..sabor jer laaaa...

Lagi satu hal bila nak masuk bilik tgk2 cleaner still tgh touch up bilik.. Dah kul 6ptg dah. Teruknya la service. Dapat jer masuk bilik, terus mandi & apa lagi...dpt la zzzzzzzz kejap sebelum maghrib.

Malamnya siti cuma keluar tuk mkn jer..pastu masuk bilik semula tuk rest & tidur.

Hari ahad lak, pagi2 dah bersiap tuk turun breakfast. Plan lepas breakfast nak pegi main air kat water park. Tapi masa lak tak mengizinkan & Kakak lak mcm tak sihat jerk...

So, siti sempat bwk anak2 main air kat pool apartment tu jer. Jadi la yer. hehehehhe.....
Layan gambar anak2 main air kat pool apartment jerk..


<--Siti & anak2 + anak dara nieza










Kakak & Adik tgh seronok mandi ngan anak2 nieza -->



<--Hehehhee...masam jer muka kakak bila siti ajak balik. Dia paling suka bab main air nih..








Adik malu2 bila izzi (anak bongsu nieza) nak usik2. Hehehehehe....-->



Dalam kul 11.00 siti dah check out tuk pegi kenduri...Tapikan bagi siti Bukit Merah ni takde la best sgt. Tempat dia agak lama & tak berapa cantik. Bila malam lak macam suram jerk..Tak happening. Siti prefer lagi A Famosa Resort. Walaupun agak mahal, tapi still berbaloi...Tambah lagi hari tu masa pegi A famosa siti dapat beli voucher yg agak murah dari rakan internet..

1 comment:

Anil Wanina said...

bestnye jalan2... :D