Mar 17, 2009

Sambutan Maulidur Rasul @ kampung

Kali ni siti nak citer pasal sambutan Maulidur Rasul yang meriah sgt. Ia telah diadakan di dewan serbaguna Kg. Lubuk Puyu..kampung siti la tu yer. Dewan ni terletak sebelah jer dengan rumah mak siti. Kebetulan masa siti balik kampung, mak bagi tau sempena sambutan Maulidur Rasul ni, org kampung akan tumbangkan seekor lembu.. Wahhhhh..memang best la leh makan gulai kawah lagi. Jom kita tengok apa yang ada sempena sambutan Maulidur Rasul kat kampung siti.

Majlis Maulidur Rasul dimulakan dengan perarakan oleh para penduduk kampung. Siti tak join la perarakan nih. Duk kat umah jer, sibuk uruskan anak2. Hujan renyai2 pagi tu, tapi diorg tetap berarak jugak. Memang semangat tau..
Lepas perarakan, diadakan pula ceramah sempena sambutan Maulidur rasul. Siti tak pasti lak sapa yang menyampaikan ceramah tu.. Hehehe

Abis jer ceramah, majlis diteruskan dengan marbahan oleh kaum2 wanita kampung lubuk puyu.


Kemudian, ada lak majlis cukur jambul. Ada tiga bayi terlibat dalam majlis nih.


Lepas tu barulah makan2. Semer pakat serbu termasuk la siti. Hehehe. Gambar tak sempat ambik sebab tgk sibuk makan. Hahahaha...Layan gelagat anak2 jer la yer.
Lepas jer majlis sambutan Maulidur rasul, siti terus bertolak balik ke KL. Huhu..sedih terpaksa tinggalkan mak...Dalam perjalanan balik, siti singgah kat Jaya Gading, beli kopok.

2 comments:

♥ Mrs. C ♥ said...

bagus la... sgt meriah... salu jrg attend maulidur rasul yg sebegini meriah...

Hezesuze said...

ermm...kt rumah ze just gotong royong masak2 tuk kenduri kt surau