Showing posts with label steamboat. Show all posts
Showing posts with label steamboat. Show all posts

Jul 7, 2010

Steamboat @ Home

Sejak 2/3 hari lepas, siti memang teringin nak makan steamboat. Huhu...siap ajak papa gi cari restoran steamboat lagi. Tapi, papa benornya kurang sikit makan ni. Pastu kalau nak gi Jonis papa kurang sikit la. Tegendala la hasrat di hati.

Pastu petang hari Isnin tu siti tengok citer warung kita. Sekali tgh diorg gi makan steamboat la pulak (lupa nama host dia tu). Isk..takleh tahan lagi keinginan siti nih.

So, petang semalam gi la cari apa2 yang patut tuk buat steamboat....Akhirnya...impian terlaksana jugak..Ni kira 2nd time la siti buat steamboat ni. Buat dalam rice cooker jer tau. Kebetulan adik ada kat rumah..Ada geng la kan nak makan..seronok sikit.

Cara nak buat leh klik SINI.






May 26, 2009

Steamboat


Steamboat ni siti buat sabtu lepas. Puas hati, dapat makan banyak. Lepas ni confirm takyah gi dah mana2 kedai stemaboat kalau nak makan nih. Wat sendiri jerk. Confirm sedap. Hehehe...


Tapikan..steamboat ni siti buar dalam rice cooker jer tau. Siti takde la periuk tuk wat steamboat tu..apa la nama dia..lupa lak. Siti angkut jer periuk rice cooker tu letak depan tv. Sambil makan sambil layan drama. Bahan2 tuk wat sup memang simple jer. Cara pertama, kita boleh rebuskan tulang ayam selama 1-2 jam, pastu masukkan garam. Lepas tu keluarkan tulang2 ayam tuh, baru masukkan segala jenis seafood, sayuran & mee. Cara kedua, masukkan dua sudu serbuk pati ayam maggie & tambahkan garam. Biarkan air sampai mendidih baru masukkan bahan2 steamboat. Senang kan.......















Untuk sos steamboat, siti cuba wat resepi yang ala2 sama ngan sos kat Johny's tuh. Belek punya belek, dapat la siti satu resepi. Lupa lak dari mana siti cedok resepi nih. Kalau tak silap dari My Resepi kot. Memang sedap sos nih. Sebijik mcm kat Johny's.

Sos Steamboat
8 biji cili besar*
2 ulas bawang putih*
3 sudu sos ikan*
2 sudu minyak bijan*
1/4 cawan cuka*
1/4 cawan air*
Garam & gula secukupnya*
1/2 sudu kacang tanah*
Bijan
Daun ketumbar

Cara:
Masukkan bahan bertanda * di dalam pengisar. Kisar sebati. Masak di atas dapur sehingga sos menjadi sedikit pekat. Sejukkan. Bila nak hidang masukkan bijan & daun ketumbar.