Showing posts with label Laksa. Show all posts
Showing posts with label Laksa. Show all posts

Apr 19, 2010

Laksa Penang


Hahaha...jangan marah yer. Hari ni asyik tempek gambor makanan jer. yer la, weeekend tak kemana2, just main masak2 jerk.

Dah lama teringin nak makan laksa penang & dah lama samngat la siti tak buat laksa ni. Sabtu lepas ada la kelapangan sikit, so sempat la gi pasar beli bahan2 tuk buat laksa nih. Kebetulan gak hari tu tetamu dari jauh nak datang, Kak Yati dari mama club. So, boleh la jamu laksa ni tuk tetamu.

Resepi laksa rasanya siti ada ada letak sebelum ni. Nak resepi boleh klik kat SINI.
Siti memang tak suka blender isi ikan, lebih suka tumbuk sebab ikan tak hancur sangat. Bila makan tu boleh rasa isi ikannya.


Jun 30, 2009

Laksa Johor


Kenapa siti wat laksa johor?? sebab siti teringin nak makan. Ni first time siti wat tau. Belek2 resepi & baca sekali imbas, senang jer nak buat nih...cuma remeh sikit la. So, apa lagi..layannn...tak rugi tau cuba. Siti ambik resepi kat mesra.net recepies. Tapi siti edit ikut suka siti. hehehehe..


Laksa Johor
1 paket spagetti - direbus bersama minyak masak/olive oil hingga lembut.

Bahan2 untuk kuah
1 kilo ikan kembung - rebus denagn garam & asam keping, asingkan isi & tulang, kisar berasingan. Guna air rebusan semasa mengisar.
Segenggam udang kering - kisar bersama isi ikan
Ikan kurau kering (sebesar tapak tangan)- bakar & kisar
1 labu bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
3 sudu serbuk kari ikan
2 sudu cili kisar
1/4 cwn air asam
Santan (dari sebiji kelapa)/ 1 kotak santan 250ml
Kerisik (tiga/empat sudu makan)
2 batang serai - diketuk
Garam & Gula secukupnya

Bahan ulam2an
1 batang timun - mayang halus
Taugeh - basuh
Kacang panjang - dihiris halus
Daun selasih - basuh dan mayang
Daun kesum (optional) - basuh dan mayang
Limau kasturi - belah dua

Bahan sambal - tumbuk
3 tangkai cili besar
5 tangkai cili padi
1 inc belacan
Garam & gula

Cara membuat kuah:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang, cili kisar, rempah kari & serai sehingga naik minyak. Masukkan kerisik & gaul rata
2. Masukkan isi ikan & lebihan air rebusan ikan.
3. Masukkan air asam jawa
4. Bila mendidih, masukkan santan. Kalau terlalu pekat tambah sedikit air.
5. Perasakan dengan garam & gula. Kalau kurang masam, boleh tambahkan asam keping. Biarkan mendidih sekali lagi sebelum tutup api.

Cara hidangan:
Masukkan spaghetti dalam pinggan, masukkan ulam2an, cedukkan sesenduk kuah, bubuh sambal belacan dan perahkan limau.

Feb 5, 2009

Laksa Penang

Smalamkan masa drive balik kerja, dalam hati tuk fikir "sedapnya kalau dapat makan laksa penang". Lepas jer ambik anak2 terus gi kedai beli laksa. Ikan dah ada kat umah. Sampai jer rumah terus gi dapur wat projek masak laksa penang. Hehehe...


Laksa Penang
1 bungkus laksa - siti beli yg dah siap. cuma rebus kejap jer.
5 ekor ikan sardin/kembung
1 batang bunga kantan - dibelah 4
Daun kesum
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
3 cawan air - utk kuah
1 sudu otak udang
2 keping asam keping/gelugur
Garam

Bahan ulam2an
Timun - dihiris halus + panjang2
Bawang besar - dihiris nipis
Cili merah - dihiris
Limau kasturi - dibelah 2
Telur rebus

Cara:-
1. Ikan direbus bersama 2 cawan air, 2 keping asam keping & garam. Isi ikan ditumbuk (siti tak suka isi ikan terlalu hancur) & tulang ikan dikisar bersama air rebusan tadi.
2. Di dalam periuk, masukkan semua bahan2 kuah. Biarkan mendidih & perasakan dgn garam.

Jan 30, 2009

Laksa Lemak Terengganu..


Laksa ni siti buat masa kat kampung gak. Punya la teringin nak makan, pujuk la mak suruh buat. Siti pernah gak buat laksa nih. Tapi, bila dah ngan mak nak la gak suh mak buat. Saja nak manja2. Hahahaha..Laksa lemak ni mmg asal dari pantai timur, Terengganu/Kelantan. Siti sekeluarga mmg asal dari Terengganu. Tapi dah lama menetap di Kuantan. Laksa Terengganu ni sebenarnya ada dua, satu yg kuah putih mcm ni (yg sama mcm mkn dgn laksam tu), lagi satu yg kuah merah tu. Apepun, dua2 jenis kuah siti suka.

Laksa Lemak Terengganu
1 paket laksa - direndam & direbus sehingga lembut
6 ekor ikan sardin/kembung - direbus & diambil isi*
3 cawan santan - dari sebiji kelapa*
3 ulas bawang merah - ditumbuk*
2 ulas bawang putih - di tumbuk*
Sedikit belacan*
1 keping asam gelugor/keping*
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk*
Garam

Untuk ulaman - diracik/hiris halus
Taugeh
Kacang panjang
Timun

Boleh juga tambah sayur2an lain yg sesuai seperti kobis & bunga kantan.

Sambal - ditumbuk
Cili padi
Garam
Belacan

Cara:-
1. Masukkan semua bahan2 kuah* ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. Perasakan dengan garam.
2. Di dalam pinggan, hidangkan laksa bersama kuah. Tabur segala bahan2 ulaman. Tambah sambal jika suka lebih pedas.