Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Mar 19, 2009

Bubur Jagung

Jom makan bubur jagung. Macam dah lama tak masukkan gambar masakan. Hehehe..Nak buat senang jer. Sama macam buat bubur yang lain gak.


Jagung dihiris/disagat (tak tahu nak ckp camna), mcm gambar kat atas tu. Pastu rebus dulu sampai jagung tu empuk. Baru masukkan santan, gula melaka, garam, daun pandan & sagu.


Layan gambar anak2 duk kacau ibu..huhu...nak masak pun byk halangannn...hehehe..

Feb 3, 2009

Bubur Kacang + Durian

Sabtu lepas papa ajak gi kenduri kahwen kawan lamanya kat Gemenchih, N. Sembilan. Masa on the way tu nampak ada gerai jual durian. So, siti bagi tau papa nak beli time balik nanti. Memang dah lama tingin nak makan durian nih. Kalau tak silap siti kat area sana memang tgh musim sebab dua minggu lepas kawan papa ajak papa gi dusun durian dia. Tapi, papa busy lak. Melepas...

Masa balik tu singgah la beli. Durian yg siti beli ni sekilo RM3. Siti beli dalam RM40 selepas mintak diskaun RM5. Hehehe..Balik jer rumah terus serbu mkn durian. Siti mkn ngan adik jer. Kakak mmg kurang sikit durian ni. Papa lak ada kerja.


Disebabkan byk lagi durian yg lebih, hari Ahad tu papa belikan kacang hijau. Dia suh buat bubur kacang + durian. Byk la jugak siti buat, bagi kat jiran2 sikit. Resepi sama cam bubur kacang yg siti buat sebelum ni, cuma masukkan jer durian bila time bubur dah masak.

Jan 16, 2009

Bubur Kacang...

Ni lagi satu menu Ahad lepas jugak. Kebetulan hari ahad tu ada jamuan hari jadi anak Anis (Mama Club). Rumah Anis berhampiran jer dgn rumah siti. Jadi, kawan2 Mama Club lain pun plan nak singgah ke rumah siti jugak. Jadi, Siti buat la bubur kacang ni. Sempat la jamu kawan2.

Bubur Kacang
1 kilo kacang hijau
2 kotak santan (siti guna santan kotak jer)
1/2 cawan sagu kecil
1 helai daun pandan
1 ketul gula kabung/melaka
Gula
Garam

Cara:-
1. Kacang hijau direbus hingga kacang separuh empuk. Buangkan air rebusan. Toskan.
2. Sagu direbus sehingga separuh kembang. Buang air. Toskan
3. Di dalam periuk lain, didihkan air bersama gula kabung. Setelah air mendidih, masukkan kacang hijau bersama santan & daun pandan. Kemudian, masukkan sagu. Perasakan dgn sedikit garam (siti taruk garam utk menaikkan rasa lemak). Kalau kurang manis, tambah gula. Masak sehingga kacang benar2 empuk.