Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts
May 9, 2010
Makaroni goreng
Apr 2, 2010
Jom makan kue tiaw kerang
Apr 1, 2010
Spaghetti Bolognese with Meatballs
Feb 12, 2010
Mee Goreng Hailam
Tapi bila teringatkan kat dalam peti ais ada lebihan mee kuning buat mee kari hari tu, siti masak la jugak mee goreng hailam ni. Kang expired lak mee tu. Tambahan lagi Jannah memang suka sangat makan mee. Tak rugi la kalau siti masak sebab dia mesti makan banyak.
Bahan2 lain siti campak jer apa yang ada dalam peti ais tu. Makan panas2..fuhhh..licin...
Feb 10, 2010
Mee Kari
Bahan-bahan (kuah):
400 gm ayam – dipotong kecil-kecil
200 gm isi kerang
3 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air
2 sudu besar cili kisar
1 1/2 kotak santan (200ml) - guna santan fresh pun boleh
sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kari
Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
1 labu bawang besar – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
Tauhu yg telah digoreng
Garam & gula secukupnya
Bahan-bahan lain & hiasan :
Mee kuning - dicelur & ditos
Taugeh – dicelur
Sawi – dipotong 1 inci & dicelur (takde stok)
Telur rebus – dibelah dua
Fish cake – digoreng dan hiris
Cili merah – dihiris halus
Limau kasturi secukupnya - dibelah dua (takde stok, siti pakai limau nipis)
Cara-cara:
Untuk kuah :
1. Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bawang dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari, cili kisar & air asam jawa dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan gaul rata bersama rempah. Biarkan sebentar.
4. Masukkan santan dan masak lagi hingga ayam empuk.
5. Akhir sekali masukkan kerang, tauhu, garam dan gula
6. Biarkan hingga mendidih sebentar & tutup api.
Cara hidangan:
Dalam mangkuk, letakkan mee kuning, taugeh, sawi, fish cake dan telur rebus di atasnya. Tabur cili merah, perahkan limau kasturi dan tuangkan kuah. Siap untuk dihidang.
Sep 3, 2009
Mee Goreng Basah
Jun 30, 2009
Mee Hoon Goreng
May 12, 2009
Mee Kari
Mee kari ni siti masak tuk dinner Jumaat lepas. Balik kerja terus masak. Pakai jer la apa yang ada. Memang simple sangat. Ni sebab siti tertengok mee kari kat umah salah sorang blogger (ampunnn..lupa blog saper). Hehehe..2 pinggan siti gi bantai makan, sampai papa pun naik heran. Hahahaha....Nasib la papa dapat isteri kuat makan.
May 7, 2009
Kue Tiaw Kerang
Mar 24, 2009
Mee Hoon Goreng & Kerang Bakar
Feb 13, 2009
Spaghetti Bolognese
Disebabkan semalam dah plan tuk kemas rumah & lipat baju, siti masak spaghetti ni jer la tuk dinner. Senang jer kan. Anak2 suka betul makan ni terutama kakak yg banyak kali menambah. Siti tak berapa gemar sos spaghetti yg dah ada kat market tu. Rasa dia takleh masuk sgt. Tekak melayu kan. Mesti nak ada citarasa melayu jugak.
Spaghetti Bolognese
250g daging cincang
Cendawan butang - dihiris nipis
1 biji tomato - dicincang
1/2 cawan tomoto puree
1 labu bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu cili kering yg telah dimesin
2 sudu sos cili
Mix herbs
Garam & gula secukupnya
Minyak tuk menumis
Cara:-
1. Panaskan minyak, masukkan bawang. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili & tumis sehingga cili garing.
2. Kemudian masukkan daging cincang. Masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan tomato puree & tomato cincang. Tumis sebentar.
4. Masukkan sos cili & cendawan butang. Kalau pekat boleh tambahkan air. Perasakan dengan garam & gula.
5. Hidang spaghetti di atas pinggan. Curahkan kuah & tabur mix herbs.
Jan 16, 2009
Mee Bandung...
Selain dari bubur kacang kat bawah, siti buat jugak la mee bandung ni. Ni mmg masak express. Tak plan pun. Nasib baik perencah mee bandung dah ada dalam peti ais. Berdesup jer siti buat.
Tgk gambar tu cuma ada tauhu jer sbb gambar ni siti ambik masa dah last stok kuah dia. Udang & telur semer dah licin.
Kuah ni senang jer nak buat sebab guna perencah yg dah sedia ada kat pasaran sekarang nih. Perencah ni siti kirim dari Nieza hari tu masa dia balik Johor. Agak pedas sikit kuah dia. Bahan2 lain yg siti masukkan dalam kuah ni seperti udang basah, telur & tauhu yg telah digoreng terlebih dulu.
Mee Hoon Goreng
Subscribe to:
Posts (Atom)

