Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

May 25, 2010

Lauk dinner yang dah abis

Paru masak sambal (orang ganu panggil lempung..betul ke yer?)

Dah lama tak makan paru ni. Kali ni wat style yang mak selalu masak time bulan puasa. Kalau time sahur tu siti suka mak masak nih. Berselera siti makan. hehehe...

Ikan goreng (nak tunjuk gak)

Masak lemak putih terung

Masak lemak ni kalau kita letak isi ikan kembung yang dah direbus memang sedap tau. Kuah dia jadi pekat & manis. Kita tumbuk isi ikan, bawang merah & lada itam..masukkan dalam santan...sedapnya hirup kuah dia.


Mar 23, 2010

Ikan Kembung Percik

Waaaa..lama sungguh siti tak posting pasal masakan siti yer. Hehehe...Bukannya apa tau, siti cuma masak yang simple2 jer sekarang ni. Nak post kat sini nanti wat gelak kat orang jer..hehehe.



Ikan percik ni pun versi simple gak siti buat yer. Masak pun dalam oven jerk. Takde masa nak bakar arang bagai..huhu...Layan gambar jer la yer, resepi tahyah la yer...Ramai dah tau buat ni. Semer pakar-pakar masak belaka....:)


Sep 16, 2009

Tumis Cuka Ikan Tongkol



Tumis cuka ikan tongkol ni siti masak tuk dimakan bersama petola masak bening kat bawah nun. Selalunya ikan tongkol ni siti maska sambal macam biasa jer, takpun singgang atau gulai. Tapi kali ni buat kelainan sikit. Rasa masakan ni ada sedikit pedas, manis & masam. Memang membangkitkan selera. Jannah makan banyak betul lauk ni.


Bahan2:-
3 keping ikan tongkol - direbus bersama asam keping & sedikit garam
4 batang cili besar*
1 labu bawang besar
*2 ulas bawang putih*
1 biji tomato*
2 sudu cuka makan*
1 sudu gula*
1 sudu kecil garam*
Minyak untuk menumis

Kisar bahan2 bertanda*

Cara:-
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan ikan tongkol bersama2 air rebusan. Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.Sedia untuk dihidangkan.

Sep 10, 2009

Siakap 3 Rasa

Masak ikan siakap ni tuk jamu kawan sesama Univerisiti dulu. Saja ajak dia datang berbuka puasa kat rumah. Sebenarnya dia duk takde la jauh sangat dari rumah siti. Sekangkang kera jer, tapi jarang jumpa. Kebetulan dia tengah bercuti. Seronok bila dah jumpa. Borak2 sampai tak ingat dah hampir tengah malam. heheheh...Resepi nanti siti letak yer. Penyakit M tengah melanda sekarang ni. Huhu...

Aug 24, 2009

Ikan Terubuk Bakar Portugis

Menu tuk berbuka puasa pada hari pertama Ramadhan. Siti ambik resepi ni dari rumah kak zana. Kak zana lak ambik resepi ni dari blog Nureen. Siti tak pasti lak resepi asal datang dari siapa. Tapi memang dah ramai yg mencuba resepi ni. Memang sedap sgt. So, siti copy & paste jer la resepi dari blog k zana. hehehe...

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung.. ( siti guna sebelah ikan terubuk)
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa
daun pisang & aluminium foil

Bahan2 kisar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2 Sudu jintan manis (siti tambah sendiri)
2 sudu jintan putih (siti tambah sendiri)
1 sudu ketumbar (siti tambah sendiri)
2 batang serai
2cm lengkuas
1cm kunyit
2 biji cili merah - dibuang biji
2-3 biji cili padi (siti tak letak)
2 sudu besar pes cili (cili kisar)
1cm belacan - dibakar dahulu
jus dari 1 biji limau nipis

Cara:
1. Panaskan minyak ,tumis bahan2 kisar sehingga wangi
2. Masukkan sos cili thai dan kacau rata ,bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula. Angkat.
3. Letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil. Sudukan sedikit kuah ,letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
4.Taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
5. Bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
6. Boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper

Kalau ada ikan bakar, mesti ada air asam kan. Resepi yang mcm biasa siti buat. Asam jawa + belacan + bawang bessar + cili padi + tomato + garam & gula.

Aug 7, 2009

Ikan Patin Masak Tempoyak

Huhu...ada citer disebalik kisah ikan patin ni..tak tau la citer sedih ker citer gembira ker atau citer takde perasaan...

Ikan patin ni benornya ada org bagi. Siti tak kenal pun. Kebetulan masa gi beli lauk kat kedai runcit dekat umah hari tu, ada sorang abang ni tgk duk potong2 ikan patin ni. Dia baru lepas balik mancing. Pastu dia tanya siti, " nak ikan patin tak?". Dalam hati duk fikir..siti bukannya makan ikan patin, kalau kuah dia yg masak tempoyak tu siti makan..hehehe. Tapi seingat siti papa pernah citer dia makan ikan patin. So, siti pun ambik la 2 keping. Ikan ni mmg besor tau. Memula dia nak bagi sebelah. Adoiiii, apa nak buat byk2.

Dua hari selepas dapat ikan patin ni, siti pun mula la projek memasak. Siti pernah tengok & rasa kuah ikan patin masak tempoyak. So, leh la agak2 camna nak masak. Sambil tu try la usha resepi sana sini. Senang jerk rupanya..hehehee..Tapi rasa tak tau la camna..Petang lepas balik kerja, singgah kedai beli daun kesum, bunga kantan & kunyit hidup. Cari punya cari..tempoyak lak takde. Nasib baik sebelum tu Anis (Mama Club) dah nak sponsor tempoyak kalau takde kat kedai. So, sebelum balik umah, singgah umah Anis dulu ambik tempoyak. Dah janji ngan Anis nak bagi ikan patin masak tempoyak kat dia. Hehehehe..

Sampai umah, apa lagi..bersilat la masak 2 keping ikan patin tu. Sap sap sui..siap la.
Aruma tempoyak..takyah citer la...rasa tak sabor nak hirup kuah. Tapi yang mengharukan, rupanya papa pun tak makan ikan patin. Huhuhu...pakat duk makan kuah jer. Kalau tahu siti tak ambik dari abang tu. Nasib baik la sehiris dah bagi Anis. Berbaloi la jugak penat memasak ada gak org makan. Kalau tak terbang dalam tong sampah jer la ikan patin tu. Huhu..apa nak buat..kesimpulannya len kali cek dulu ngan papa sebelum nak masak ikan pelik2. Tapi yg siti heran, papa ni kalau ikan sungai mmg dia makan. Selalu perli siti bila siti tak makan ikan sungai. Tu yang siti ingat papa mkn jer segala jenis ikan. Rupanya ada gak yang terkecuali..

Hehehe, panjang lebor lak cerita. Apepun layan jer la resepi yer.


Ikan Patin Masak Tempoyak
2 hiris ikan patin (besor punya tau) - dibasuh bersama air asam jawa + air limau kasturi tuk hilangkan hanyir. Pastu bilas& toskan.
Segenggam daun kesum
1 batang bunga kantan - dibelah dua
2 keping asam keping
1 senduk tempoyak
4 tangkai cili padi - mmg pedas betul cili padi siti - ditumbuk
1 labu bawang besar - ditumbuk
1/2 inc kunyit hidup- ditumbuk
3 cawan air
Garam & gula

Cara:
1. Masukkan air kedalam periuk bersama2 bahan yang telah ditumbuk. Masukkan juga tempoyak, asam keping, bunga kantan & daun kesum. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air mendidih, masukkan ikan patin. Biarkan sehingga ikan patin masak. Perasakan dengan garam & gula sebelum diangkat. Biarkan kuah sehingga sedikit pekat.


Kangkung goreng ngan sotong ni siti masak sebagai pelengkap hidangan..hehehe.

Masak Lemak Daging Cincang

Setelah lama menyepi, siti mulakan entry baru siti dengan masakan yang simple ni. Dah lama jugak la masak ni tuk dinner. Daging cincang aka teltel ni memang favourate siti la. Tak kira masak apa pun. Suka sangat bila makan tu ada liat-liat sikit. Baru mencabar. Resepi masak lemak semer org dah tahu kan.....



Ni lak ikan terubuk masin beli masa gi Kuching hari tu (Next entry siti cerita psl cuti2 Kuching yer). First time la siti makan & terus jatuh hati. Nyesal lak tak borong banyak. Kalau makan ngan nasi panas2, memang leh abis 2/3 pinggan.

Sebagai pelengkap hidangan, siti sajikan jugak jantung pinsang celur & budu. Huhu.....Ada yang meleh air liur tak? Hehehe...

Jun 25, 2009

Sambal Ikan Kembung & Sayur Lemak Kobis

Siti masak simple sgt tuk dinner semalam. Dah takde idea nak masak apa. Dalam fridge cuma ada ikan kembung jer. Last2 buat jer la sambal nih. Tapi memang la sedap bila makan ngan nasi panas-panas. Huhu..tambah lagi sambal ni ada masam2 sikit sebab siti letak cuka masakan. Tak sedar siti makan bertambah-tambah. Kakak & Adik pun makan banyak gak. Kakak memang suka kalau lauk yang pedas2 sikit. Nak masak ni memang mudah sgt, tutup mata pun leh masak. Siti rasa ramai yg dah tahu nak masak ni. Tapi takpe, siti letak gak resepi yer. Hehehe..tgh rajin nih.

Sambal Ikan Kembung
4 ekor ikan kembung
3 tangkai cili besar*
3 tangkai cili padi*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 sudu cuka masakan
Garam & gula secukupnya
Minyak tuk menumis

Cara:
1. Ikan dibersihkan. Gaul dengan kunyit & garam. Goreng hingga garing.
2. Tumbukkan bahan2 yg bertanda *. Jangan terlalu lumat.
3. Panaskan sedikit minyak tuk menumis. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk. Goreng hingga naik bau. Masukkan cuka & tambah sedikit air. Perasakan dengan garam & gula. Kacau sebentar sehingga air kering sedikit. Tutup api.
4. Susun ikan di atas pinggan. Curahkan dengan sambal yg telah dimasak tadi.

Kalau masak sambal, memang sesuai sgt dimakan bersama masak lemak. Tak kira la kobis ker, taugeh ker, terung ker. Waaa..memang serasi lah. Takyah resepi lah yer. Semer dah tahu camna nak masak nih.

Jun 23, 2009

Ikan Parang Masak Pindang & Sambal Terung

Lauk ni siti masak tuk dinner, tapi dah lupa bilanya..lama gak terperuk dlm kamera. Ikan Parang ni biasanya paling sedap kalau kita masak asam pedas. Tapi kali ni siti wat masak pindang lak. Ala2 mcm singgang jugak la pindang nih. Cuma cili padi tu ditumbuk & ada serai. siti lak pandai2 tambah daun kesum tuk naikkan aroma. Hehehe...

Sambal terung dah biasa siti masak. Memang siti suka lauk nih. resepi leh tgk kat tag sayur yer.

Jun 12, 2009

Kari kepala Ikan


Ni lak menu siti tuk malam Rabu lepas. Masa papa bukak tudung saji & nampak kari kepala ikan ni, terus papa pelik & tanya siti "asal ibu tetiba nak makan kari kepala ikan nih?". Hehehe..entah naper time pregnant ni asyik la nak makan benda yg jarang sekali siti makan. Ni kali kedua siti masak kari kepala ikan. Yang pertama dulu dah lama sangat. Terkejut gak bila tengok papa buat balik kepala ikan. Tak pasti lak ikan apa masa tu. Kepala ikan ni biasanya memang org buat kari kan, tapi siti rasa style karinya tu lain sikit dari kari yg biasa. Masa tu pakai hentam jer la masak, tapi leh la tahan..menjadi gak...hehehehe..perasan nih. Siti benornya kurang sikit makan yang pelik2 ni tambah lagi kalau ikan tu besor.
Tapi, kali ni lak siti sendiri lak yg beli kepala ikan ni. Kepala ikan merah..hehehe..mmg besor tau. Siti beli separuh jer. Tak tau la baper ringgit sebab siti ni kalau membeli pakai ambik jer, malas nak tanya2. Jom kita tenagok kari kepala ikan versi siti..hehehehe..

Kari Kepala Ikan
Kepala ikan merah - siti guna sebelah kepala jer tapi besor
2 sudu bawang besar + bawang putih yg telah dikisar
2 sudu cili kisar
2 sudu rempah kari
2 sudu rempah campur tuk kari ikan (jintan manis, halba & biji sawi) - boleh beli yg dah siap campur kat pasar raya.
1 cm halia - dicincang halus
1/4 cawan air asam jawa
1/2 cawan santan pekat - kalau taknak letak pun takpe. siti guna tuk pekatkan kuah
5 batang bendi
1 biji tomato - dibelah 4
2 cawan air
3 sudu minyak masak
garam & gula secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak & tumis bawang, cili kisar, halia, rempah kari & rempah campur sehingga garing & naik bau.
2. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan pekat & air asam jawa. Biarkan mendidih sekali lagi.
3. Masukkan kepala ikan bersama bendi. Kacau perlahan2 & biarkan sehingga ikan masak. Parasakan dengan garam & gula. Sebelum diangkat masukkan tomato. Sedia tuk dihidang.


Sayur campur ni siti masak tuk dihidangkan bersama kari kepala ikan. Baru lengkap hidangan. Takyah resepi la yer. Pakai campak2 jer. Senang bangat nak buatnya.

May 25, 2009

Ikan Bakar Berempah


Ikan ni siti bakar untuk makan malam Jumaat lepas. Baru ada masa nak tayang nih. Disebabkan kesuntukan masa, siti bakar dalan roaster jer la yer. Muat2 jer tuk 3 ekor ikan. Biasanya siti akan makan ikan bakar dengan air asam jawa sebagai pencicah. Tapi, kali ni siti buat air asam limau kasturi. Memang sedap.

Rencah untuk ikan bakar ni, siti gunakan rencah yg sama masa siti goreng lala tuh. Siti memang buat rencah ni banyak2 & frozenkan. Macam2 masakan yg kita boleh buat dengan rencah nih.

Ikan Bakar Berempah
3 ekor ikan kembung (guna ikan apa2 pun boleh)
Daun pisang secukupnya (nak guna daun kunyit pun boleh)

Bahan2 rempah (masukkan jer dalam pengisar)
2 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 tangkai cili besar
1 sudu rempah kari
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
1 sudu biji ketumbar
2 biji buah keras
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa

Cara:
Ratakan rempah keseluruh ikan. Balut ikan dengan daun pisang. Bakar selama lebih kurang 20-30 minit.

Air Asam Limau Kasturi
4 biji limau kasturi (ambil jus)
3 biji cili padi -dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
1 biji tomato - didadu kecil
Sedikit belacan
Daun ketumbar - dihiris
Garam & gula secukupnya

Cara:
Gaulkan semua bahan di atas sehingga rata.

May 14, 2009

Ikan Siakap Masak Masam manis

Ikan siakap ni pun siti masak tuk dinner semalam gak. Makan bersama2 ngan kerabu mangga kat bawah tu...huhu..memang tak terkata la sedapnya. Bila masak sendiri lauk2 camna ni sebenarnya memang dapat jimat banyak sangat. Semalam masa tgh2 masak tu siti duk fikir, siti beli bahan2 tuk ikan siakap sweet sour & kerabu mangga kat bawah tu baru abis dalam RM10++..Kalau makan kat kedai mahu dah berpuluh2 nih. Tapi, sekali sekala nak la gak mersa makan kat luarkan..hehe..tukar selera..tul tak? Apepun sekor ikan siakap ni licin di ngap siti sekeluarga walaupun siti beli agak besar jugak la ikan tuh. Hihihi...

Sweet Sour Siakap
1 ekor ikan siakap - dibersihkan & ditos kering
Sedikit tepung jagung

Bahan Kuah
2 sudu bawang besar + bawang putih yang telah dikisar
1 1/2 sudu cili kisar
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Bunga kobis secukupnya
Karot
2 batang jagung muda
1 biji tomato - dibelah kecil
1 labu bawang besar - di hiris memanjang/bulat
Daun limau purut (kalau ada..kat umah siti dah abis)
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Ikan dilumurkan dengan tepung jagung yg dicampurkan sedikit garam. Goreng sehingga garing. Letakkan dalam pinggan hidangan.
2. Tumis bawang kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar & tumis sehinnga cili garing. Masukkan karot & tumiskan sebentar. Kemudian masukkan semua jenis sos. Kacau rata. Tambahkan sedikit air.
3. Seterusnya masukkan bunga kobis & jagung muda. Kacau sebentar. Perasakan dengan dengan garam & gula. Sebelum angkat masukkan tomato, kacau & tutup api. Curahkan kuah ke atas ikan siakap tadi. Siap. Hiaskan dengan daun sup jika suka.

Nasi Lemak + Rendang Ayam Pencen

Ni nasi lemak siti masak tuk breakfast merangkap lunch sabtu lepas. Dah lama gak rasanya tak masak nasi lemak. Selalu siti buat nasi lemak kukus, tapi kali ni buat biasa jer sebab siti guna beras basmathi. Makan nasi lemak ngan rendang ayam pencen ni memang sedap lah. Berkali2 jugak siti duk ulang makan. Hehehe..Anak2 pun suka. Anak2 siti memang makan pedas, jadi takde masalah la kalau siti nak wat sambal pedas2.

Nasi Lemak
3 cawan beras basmathi - cuci & toskan
4 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 sudu kecil garam
Daun pandan disimpul

Cara:
Masukkan beras, santan, garam & daun pandan ke dalam rice cooker. Kacau sedikit supaya garam rata. Masak sehingga nasi kering & tanak.

Sambal Ikan Bilis
2 genggam ikan bilis - digoreng garing
2 sudu bwg besar & bawang putih yg telah dikisar (kat umah mmg siti dah siap blender bawang besar + bawang putih siap2, simpan dlm peti)
4 sudu cili kisar
sedikit air asam jawa
2 sudu gula melaka/kabung
garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili garing.
2. Kemudian masukkan air asam jawa & gula melaka. Kacau sebentar. Lastly baru masukkan ikan bilis. Perasakan dengan garam. Jgn masak ikan bilis terlalu lama, nanti ikan bilis dah tak rangup.

May 8, 2009

Singgang Asam Ikan Kembung

Ni la lauk dinner semalam. Singgang asam ikan kembung, taugeh goreng & budu. Perut memang lapar betul balik kerja semalam sebab tak lunch. Sampai jer umah godek2 peti ais, keluarkan ikan. 30 minit..siap semer lauk...Singgang asam ni mmg la sedap sunhguh, ngan masam & pedas dia. Hirup kuah jer..slurpppppp. lawan lak ngan budu. Fuhhhhh...memang tak toleh kiri kanan la time makan tu. Hehehe..


Apr 6, 2009

Asam Pedas Ikan Pari


Asam pedas...terliur eh. Still teringat rasa dia yg pedas2 masam tu...huhu..sejak pregnant ni siti suka mknan yg pedas & masam...resepi sama cam asam pedas yg siti wat sebelum nih. Untuk resepi klik di sini.

Mar 12, 2009

Ikan Bawal Sweet Sour

Siti jarang tau beli ikan bawal. Sebab tak tahu la nak masak apa. Tapi hari tu ada ternampak ikan bawal sweet sour kat blog sapa yer..lupa la pulak. Tingin lak rasanya. Beli sekor yang agak besar la jugak. Belah ekor buat sweet sour ni. Belah kepala simpan dulu, leh buat kari kot.

Goreng gak udang harimau ni tuk anak2 yang memang hantu udang. Hehehe...

Feb 16, 2009

Dinner 13/2/09


Dek kemalas yg melanda diriku ini, maka lauk yg mudah sajalah menjadi pilihan hati. Hahaha..kenapa la kemalasan asyik melanda siti nih.
Takpe la, kadang2 lauk yang simple pun boleh membuatkan kita tambah nasi berkali2 gakkan. Hehehe
Posted by Picasa

Feb 11, 2009

Dinner (Lupa dah bila)

Dinner yang paling simple dan cepat untuk dimasak. Ni gara2 papa yang dah kelaparan balik dari kerja. Siti pun tak dapat nak fikir panjang nak masak apa. So, siti terpaksa la masak lauk2 yang mudah jer.

Ikan singgang ni kalau makan ngan nasi panas2, ada pulak sambal belacan atau budu..huhu...memang bertambah2 la makan nasi. Siti rasa ikan singgang ni lauk org2 pantai timur belah terengganu & kelantan.

Singgang Ikan Tongkol
3 keping ikan tongkol
1 keping asam gelugur/keping
Bawang merah & bawang putih - dihiris
3 tangkai cili merah (nak guna cili padi pun boleh)
1 cm lengkuas
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air

Cara:
1. Rebuskan air di dalam periuk bersama2 bawang, lengkuas & serbuk kunyit. Bila air mendidih, masukkan ikan, cili merah & asam keping. Biarkan sehingga ikan masak & perasakan denagn garam.


Terung Goreng Bercili
1 batang terung panjang
Sedikit ikan bilis
Bawang besar & bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Terung dipotong nipis & digoreng.
2. Tumiskan bawang di dalam kuali sehingga naik bau. Masukkan cili & tumis lagi sehingga naik minyak. Kemudian masukkan air asam & ikan bilis. Perasan dengan garam & gula.
3. Susun terung di dalam pinggan. Curahkan sambal cili di atas terung tadi.

Feb 4, 2009

Nasi Dagang

Nasi dagang ni siti buat atas permintaan papa. Hari sabtu lepas papa pergi pasar borong, pastu dia beli 2 ekor ikan tongkol. Terkejut siti. Tiap2 hari kena masak ikan tonggol la nampaknya. Pastu hari ahad tu, tetiba papa cakap " ibu, kalau buat nasi dagang sedap gakkan". Hehehehe, patut la beli ikan tongkol, ada udang di sebalik mee rupanya.

Nasi Dagang
3 cawan beras wangi*
1 cawan beras pulut* (*direndam semalaman)
3 cawan santan - dari 1 biji kelapa
Bawang merah - dihiris halus
Halia - dihiris halus
Halba
Garam

Cara:
1. Toskan beras dan masukkan dalam kukusan yg berlubang. Kukus sehingga separuh masak.
2. Keluarkan beras dari kukusan dan masukkan ke dalam bekas. Siramkan dengan santan yang telah digaul dengan garam sehingga rata. Masukkan semula dalam kukusan.
3. Setelah nasi benar2 masak, keluarkan dan siramkan dengan santan untuk kali kedua. Campurkan juga bawang merah, halia & halba. Gaul rata & sedia untuk dihidangkan.

Nota: Biasanya siti akan masukkan nasi ke dalam rice cooker & keep warm untuk mengekalkan kepanasan nasi & membuatkan nasi lebih lembut.

Siti dah try byk cara wat gulai ikan tongkol ni. Dari yg simple jer sampai la yg agak byk bahan2 dia. Tapi siti rasa yg ni paling sesuai & sedap tuk makan ngan nasi dagang ni.

Gulai Ikan Tongkol/Aya
Ikan tongkol secukupnya - dibersihkan & direbus bersama garam & asam keping
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
3 sudu rempah kari ikan
10 tangkai cili kering - dikisar
Bawang merah/besar & bawang putih - dikisar
1 keping asam gelugur/keping
Jintan manis, jintan putih & kentumbar - di kisar kering
3 tangkai cili merah
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:-
1. Di dalam kuali, panaskan minyak. Tumis cili yg telah dikisar sehingga naik minyak. Kemudian masukkan cili merah. Tumis sebentar & angkat.
2. Di dalam periuk, tumiskan bawang, jintan2 & ketumbar sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh dengan sedikit air. Tumis hseingga rempah benar2 masak & naik minyak.
3. Kemudian masukkan santan & asam keping. masak sehingga mendidih. Santan perlu dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak.
4. Setalah santan mendidih, masukkan cili tumis tadi. Kacau sebentar.
5. Kemudian masukkan ikan tongkol. Perasakan dengan garam & gula. Biarkan sehingga medidih sebentar. Sedia untuk dihidang.

Acar Mentah
Karot - dihiris nipis & panjang
Timun - dihiris nipis & panjang
Cili merah - dihiris nipis
Bawang besar - dihiris nipis
Cuka masakan
Garam & Gula

Cara:-
1. Sebatikan cuka masakan, garam & gula. Kemudian masaukkan bahan2 acar. Gaul hingga semuanya mesra & sebati.

P/S: resepi nasi dagang nasi la siti bagi yer.

Jan 23, 2009

Asam Pedas Ikan Parang...

Ni salah satu lauk favourate siti. Tapi mesti nak ikan parang. Ikan ni memang banyak tulang. Tapi isinya manis sgt. Siti boleh ratah jer ikan tu. Harga ikan ni leh tahan mahal jugak. Siti beli 2 ketul isi ikan RM8.00++. Huhu... Takleh la nak makan selalu.

Asam Pedas Ikan Parang
2 ketul isi ikan parang
1/2 cawan air asam jawa
10 tangkai cili kering - di kisar*
Bawang besar & bawang putih - dikisar*
Sedikit belacan
Kacang bendi
Tomato - dibelah 4
1 batang bunga kantan - dibelah 2
Daun kesum
Garam & gula secukupnya
Minyak utk menumis

Cara:-
1. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg telah dikisar* sehingga naik bau & garing.
2. Masukkan belacan, daun kesum & bunga kantan. Kemudian masukkan air asam jawa & air.
3. Setalah mendidih, masukkan ikan & kacang bendi. Kacau sekali sekala. Jangan sampai ikan hancur. Perasakan dengan garam & gula
4. Apabila ikan sudah masak & kuah menjadi sedikit pekat, masukkan tomato. Biarkan sebentar & tutup api.