Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Jul 6, 2010

Agar-agar Lumut

Semalam jenguk2 blog Abang Mat Gebu, TERtengok gambor agar2 lumut kat situ..huhu..takleh jadi..dah terliur la pulak. So, apa lagi..balik kerja gi cari agar2. Sampai jer rumah terus projek mula. kejap jer, 10 minit..dah siap agar2 lumut nih.

Resepi copy paste jer la dari umah Abang Mat Gebu yer. Mintak halal yer.

BAHAN-BAHANNYA :-)
45 g agar2 tali, kerat dan rendam dengan 1.5 liter air selama 15 minit (siti tak rendam pun, hehehe..nak cepat)
100 g gula Melaka, potong kecil
3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 pewarna coklat (jika suka)
500 ml pati santan*
1 biji telur*
1 camca teh esen vanilla*
Secubit garam*(*disatukan dan pukul rata dengan whisk)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jerang agar2 bersama daun pandan, gula melaka dan gula pasir hingga agar2 larut. Tapis bancuhan ke dalam periuk lain. Biar mendidih.
  2. Masukkan bancuhan santan tadi dan masak hingga mendidih dan kelihatan seakan berbiji2. Matikan api dan tuang dalam bekas yang sesuai. Biarkan sejuk dan betul2 keras sebelum dipotong. Lagi sedap kalau dihidangkan sejuk.....



May 28, 2010

Apam Mekar lagi

Masih ingat kat apam mekar siti yang warna biru? hahaha..kali ni wat kaler pink lak yer. Takde la rasa pelik sgt kan...hehehe...Hari tu buat besar2 kan. Ni siti buat kecik jer, senang nak ngap. Buat setengah adunan, kejap jer habis. Anak2 suka sangat makan nih.

Siti letak sekali lagi la yer resepi kat sini. Copy paste jer dari umah Kak Hanieliza. Tapi siti buat satu warna jer, malasnya pasal:

Bahan

250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1.
Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..


May 8, 2010

Jemput Roti

Dah breakfast ke belum semer nih? Pagi ni kita makan jemput roti yer. Ni salah satu favourate siti tau. Kalau ada roti lebih, memang siti akan buat jemput ni. Carik2an roti tu, tambah tepung sikit, tambah garam/gula & air. Pastu goreng. Rasa dia memang sedap tau. Ada lemak2 gitu. Kalau siti ngadap ni sambil tengok tv, sepinggan pun leh habis. Tak caya? alaaaa..caya la..hehehe...


Mar 31, 2010

Resepi Cream Puff

Disebabkan ramai la yang mintak resepi cream puff ni, siti letak la kat sini. Rasanya sebelum ni dah wat entry cream puff ni. Takpe, disebabkan ada sedikit kerajinan, siti tempek lagi sekali yer.
Resepi dari Bro Rozzan. Yummy.

Pastry Choux

Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad

3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:

Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

Mar 9, 2010

Apam Mekar..kaler biru?

Siti ambik resepi apam mekar ni dah lama. Tapi nak buat tu asyik bertangguh jer. Runpanya senang jer nak buat ni.Kat rumah siti takde paper cup yg sesuai lak. Masuk jer dalam acuan ni. Sebab acuan tu besar, jadi la mekar mcm dalam gambar tu.
Pelik tak tgk apam mekar siti warna biru? belasah jer la kaler apa yang ada kat umah yer..hehehe...Resepi dari Kak Hanieliza.

Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1.
Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..




Mar 1, 2010

Cream Puff


Cream puff ni memang favourate siti la. Akhirnya tercapai juga hasrat nak buat sendiri. Nampaknya siti akan selalu la buat cream puff ni sebab selain siti anak2 pun suka sangat makan.
Resepi dari Chef Rozzan.

Pastry Choux
Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur
Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. Sebelum bakar zura polish ngan egg wash pada adunan yg telah diterap tu supaya puff tu nampak cantik.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.
Krim Kastad

3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla
Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.
Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

Feb 26, 2010

Kuih Koci Kacang Merah

Ni la kuih koci ibu mertuaku. Setiap kali ada kenduri mesti mak mertua sitib uat kuih ni. Lagi satu kuih yangs elalu mak mertua siti buat ialah kuih sagu (siti akan post dalam next entry). Ni mak mertua siti buat masa kenduri akikah wafi hari tu. Kuih dari air tangan mak mertua siti ni memang sedap. Ni siti mintak resepi dari dia. Kata mak mertua siti, kalau takmo letak kacang merah, boleh letak labu, pulut hitam atau pandan.

Bahan A:
500g tepung gandum
250 g tepung pulut
250g kacang merah - direbus & dikisar
garam
air secukupnya

Bahan B (untuk inti):-
1/2 biji kelapa (ambil putih sahaja)
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan air
Daun pandan

Daun pisang secukupnya - lap bersih. Potong anggaran 4" x 4". Selepas potong layur daun pisang di atas api.
1/2 cawan minyak


Cara membuatnya:

Untuk Doh:

Satukan semua bahan2 A kecuali air, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan, tambah sedikit lagi air jika perlu.

Untuk Inti:

Masak gula melaka, gula pasir dan air hingga gula larut. Angkat dan tapis gula tadi. Masukkan kan ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukkan kelapa parut tadi dan daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga inti sedikit kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

Untuk membungkus kuih koci:

Ambil secukupnya doh dan ratakan. Ambil 1 - 1 1/2 camca teh inti dan letak di tengah2 doh. Cantumkan & bulatkan doh. Ratakan doh yang telah siap di dalam minyak masak & letakkan di atas daun pisang. Bungkus kemas dan letak dalam pengkukus. Buat hingga siap. Kukus 15 - 20 minit atas air mendidih.





Feb 5, 2010

Pau Kacang


Dah lama jugak siti buat pau kacang ni. Baru ada masa nak posting ni.
Saja nak share resepi yang siti guna. Alhamdulillah...menjadi dengan gebunya. Resepi pau ni siti cedok dari umah kak ummie (terima kasih). Resepi asal tak pasti datang dari mana yer. Setakat ni, memang siti setia ngan resepi ni jer. Siti pernah jugak guna resepi yg sama ni tuk buat roti. Guna cara yang sama, cuma masukkan jer dlm oven. Siti copy & paste resepi dari umah k ummie jer la yer (halal yer k ummie).

Bahan:- (lebihkurang 20 biji)
  • *12gm yis
  • 500gm tepung pau/hong kong flour
  • 4 sudu teh double action baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 220ml air
  • 6 sudu besar gula
  • 5 sudu besar shortening
  • Inti kesukaan -siti letak inti kacang merah
Cara-Cara:-
  1. Campurkan yis dan air, kacau. Biar selama 15min.
  2. Ayak tepung dan double action baking powder.
  3. Masukkan garam n gula, gaul rata. Buat lubang di bahagian tengahnya.
  4. Letak campuran yis tadi n gaul rata.
  5. Masukkan shortening n uli hingga jd doh yang licin dan tidak lekit di tangan. Tutup n perap selama 1-1 1/2 jam.
  6. Kemudian keluarkan adunan dan tumbuk2 dan uli sebentar.
  7. Ambik doh, letak inti dan bulatkan. Letak atas kertas minyak yang dipotong kecil2...rehatkan selama 15min.
  8. Kukus selama 12-15 minit.



Sep 2, 2009

Murtabak Mini


Kali kedua siti buat murtabak mini. Senang jer nak buatnya. Boleh buat banyak2 & frozenkan. Anak2 memang suka sangat makan. Asalnya Siti cedok resepi dari MyResepi. Tapi masa buat kali ni, siti dah ingat2 lupa dah resepi asalnya. So, siti edit la ikut suka siti yer. Apepun tetap rasa murtabak la.

Bahan-bahan:
Kulit popia secukupnya

Inti Murtabak:
300g daging cincang
2 biji kentang - dipotong dadu & direbus empuk
1 biji bawang besar-dipotong dadu
2 ulas bawang putih-dipotong dadu
4 sb rempah kari - campur sedikit air
garam & gula secukup rasa
1 biji bawang besar -potong nipis2
2 biji telur atau secukupnya

Cara:
1. Tumiskan bawang sehingga layu. Masukkan rempah kari. Tumis rempah kari sehingga naik minyak.
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga daging empuk, masukkan kentang.
3. Perasakan dengan garam & gula. Kacau sehingga kering. Biarkan sejuk.
4. Campurkan inti yang telah sejuk bersama bawang dan telur. Kacau rata.
5. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan inti murtabak tadi & bungkus seperti membungkus popia.
6. Goreng hingga kekuningan.

Aug 24, 2009

Buah Melaka/Onde-Onde


Kalau bulan puasa memang tak sah kalau tak buat buah melaka ni. Kalau buat mesti nak hantar ke surau sekali tuk moreh. Sebab simple je nak buatnya kan. Tapi bila duk berdiri jer menggentel buah melaka ni, memang naik lenguh kaki. Tambah2 lagi kalau buat banyak. Kali ni siti buat guna 1 1/2 kilo tepung pulut. Menang naik menggigil kaki. hehehe....

Bahan-bahan:
1/2 kilo tepung pulut
Air perahan daun pandan/pewarna hijau dicampur dengan air
Gula melaka - yg telah dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - ambik bahagian putihnya
Satu sudu kecil garam

Cara:
1. Kelapa & garam disatukan dan digaul sehingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan air di dalam periuk.
3. Sementara menunggu air mendidih, satukan tepung dan air daun pandan sedikit demi sedikit. Uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan atau adunan boleh digentel.
4. Ambil tepung sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Letakkan sedikit gula melaka di tengah2 & tutupkan semula. Bentukkan bulat2.
6. Masukkan kuih yang telah dibulatkan ke dalam air yg telah mendidih.
8. Apabila kuih masak, ia akan timbul & bolehlah diangkat.
9. Golek2kan di dalam kelapa yang telah dicampur garam tadi. Hidangkan

Feb 20, 2009

Karipap

Dah lama siti bercita2 nak buat karipap ni. Anak2 suka makan. Pastu siti asyik duk beli jer kat gerai dekat rumah tu. Pastu papa cakap "ibu try la buat sendiri". Hehehe...masa balik kampung papa hari tu ternampak acuan karipap. Beli jer la sebab siti rasa kalau nak mengelim ni lambat la. Pernah buat ngan mak mertua dulu. Nak siapkan satu2 ambik masa. Kes malas pun ada gak ni.

Resepi karipap rangup siti ambik dari nasuha1523@myresipi.com . Memang rangup & mudah nak buat. Inti lak siti guna sambal sardin lebihan makan ngan lempeng tu.

Doh Karipap
500 g tepung gandum - diayak
½ sd besar garam
94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
1 biji telur
½ cawan ais
250 ml air
Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara:
1. Masukkan tepung dalam mangkuk.
2. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti.
3. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
4. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
5. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
6. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
7. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
8. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.


Siti gorengkan karipap tu sekejap sebelum disejuk bekukan.