Showing posts with label Air Asam. Show all posts
Showing posts with label Air Asam. Show all posts

May 25, 2009

Ikan Bakar Berempah


Ikan ni siti bakar untuk makan malam Jumaat lepas. Baru ada masa nak tayang nih. Disebabkan kesuntukan masa, siti bakar dalan roaster jer la yer. Muat2 jer tuk 3 ekor ikan. Biasanya siti akan makan ikan bakar dengan air asam jawa sebagai pencicah. Tapi, kali ni siti buat air asam limau kasturi. Memang sedap.

Rencah untuk ikan bakar ni, siti gunakan rencah yg sama masa siti goreng lala tuh. Siti memang buat rencah ni banyak2 & frozenkan. Macam2 masakan yg kita boleh buat dengan rencah nih.

Ikan Bakar Berempah
3 ekor ikan kembung (guna ikan apa2 pun boleh)
Daun pisang secukupnya (nak guna daun kunyit pun boleh)

Bahan2 rempah (masukkan jer dalam pengisar)
2 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 tangkai cili besar
1 sudu rempah kari
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
1 sudu biji ketumbar
2 biji buah keras
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa

Cara:
Ratakan rempah keseluruh ikan. Balut ikan dengan daun pisang. Bakar selama lebih kurang 20-30 minit.

Air Asam Limau Kasturi
4 biji limau kasturi (ambil jus)
3 biji cili padi -dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
1 biji tomato - didadu kecil
Sedikit belacan
Daun ketumbar - dihiris
Garam & gula secukupnya

Cara:
Gaulkan semua bahan di atas sehingga rata.

Jan 9, 2009

Dinner 6/1/09...

Ni la menu simple siti yg ketandusan idea nak masak apa. Ikan bakar yg hangus, sup yung tau fu, sambal asam & ulam daun selom yg dipetik kat umah mak mertua masa balik kampung hari tu. Segar lagi walaupun dah beberapa hari duk dlm peti ais.

Ikan yg siti bakar ni dah terlebih hangus lak. Bakar dlm ovenku yg secoet tu jerk. Memula siti dah bakar dlm 15 minit. Pastu nak gi solat maghrib, siti tambah lagi 15 minit. Tengok2 dah jadi gitu rupanya. Tapi yg hanus tu bkan ikan tau tapi rempahnya. Hehehehe...cover nih. Ni mmg ikan bakar versi cepat & simple yg siti buat.

Ikan bakar
3 ekor ikan kembung
Bawang besar & bawang putih - yg dimesin
5 tangkai cili kering - yg dimesin
Serbuk kunyik
Kicap manis cap kipas udang
Garam

Cara:-
Gaulkan semua bahan perapan & ratakan ke atas ikan. Kemudian masukkan ke dalam oven untuk dibakar. (kalau oven siti yg kecik tu jenis takde suhu. Jadi siti rasa jangkaan masa utk ikan ni masak lebih kurang 25-30 minit)

Air Asam
Air asam jawa secukupnya
1/2 labu bawang besar - dihiris halus
5 tangkai cili padi - dihiris halus
1/2 biji tomato - dicincang dadu
Sedikit belacan
Garam & gula

Cara:-
Gaulkan semua bahan dia atas sehingga mesra.

Sup ni siti buat untuk anak2. bahan2 yong tau fu siti beli jer dekat Giant. Tempat frozen food tu ada macam2 yong tau fu. Pilih jer mana yg berkenan. Supnya pulak siti cuma gunakan kiub ayam maggie. Rebus air bersama kiub ayam maggie. Setelah mendidih masukkan semer yong tau fu. Siti tambah sedikit karot. Dah siap. Memang mudah jer. Masa hidang taburkan daun bawang (siti takde) & bawang goreng.