Mar 18, 2009

Rentetan Perjalanan (Pulau Pinang) - 2

Hari Sabtu (14/3/2009)

Bangun pagi, mandi & terus bersiap tuk turun breakfast. Siti breakfast kat hotel jer since dapat free breakfast kan. Hidangan buffet yang disediakan memang memuaskan, pilihan menu yang banyak & semuanya sedap2 belaka.


Lepas breakfast, kami terus bertolak ker Bukit Bendera. Sebelum tu, anak2 bergambar kat hotel dulu.


Sampai kat Bukit Bendera lebih kurang pukul 11. Cuaca kat Pulau Pinang ni memang panas betul, terik wooooo...berpeluh2 kalau duk kat luar. Papa dapat beli tiket ketapi kul 12.30. So, kena tunggu la. Huhu..nasib baik kat tempat menunggu tu ada aircond & kipas. Dapat la sejukkan badan.


Sementara menunggu turn tuk naik train, anak2 leh tgk la lanskap binatang yg dibuat kat tempat menunggu train tu.


Yahooooo...dah leh naik train. Tapi....mak aiiiiiiii..dah macam dlm tin sardin. Pack betul. Nasib baik siti bawak anak2, so diberi keutamaan tuk duduk. Jauh jugak tau naik train ni. Kalau kena berdiri, lenguh kaki.


Dah sampai kat puncak Bukit Bendera. Apa yang menarik yer???? Leh la tengok Pulau Pinang dari puncak bukit ni. Ermmmmm...disebabkan cuaca yang panas & lenguh kaki, siti tak la jalan sgt kat atas tu. Tak larat....sempat singgah kat Masjid tuk sembahyang zuhur & hilangkan penat.



Sebelum turun, kami singgah minum air kelapa muda. Nyum..nyummmmm...leh hilangkan dahaga, Pastu siti cuba gak laksa penang nih. Huhu..leh tahan la rasa dia. Kalau rasa nak beli baju, elok la beli kat atas bukit ni sebab harga dia murah berbanding kat bawah.


Lepas jer aktiviti kat Bukit Bendera, siti terus balik ke hotel. Penatttt sebab cuaca panas. Takde mood nak jalan ke mana2.

Sampai jer kat hotel, siti terus bawak anak2 main pool. Seronok betul diorg. Siti tingin nak masuk dalam jakuzi tapi sebab takde swimming suit, lupakan jer la.


Lepas mandi manda kat pool, bawak anak2 gi beach lak. Pantai belah penang ni tak secantik pantai dekat belah timur cam pahang, trengganu..Batu2 kasar & banyak lak cengkerang yg pecah2. Nak main air pun duk tepi2 jer. Ombak kuat tau....tapi anak2 tetap happy...


Malam lak takde aktiviti. Cuma keluar makan & terus tidur...Hehehe. Eh lupa lak..sebelum keluor makan, ada lak pertunjukan ular ni kat lobi hotel. So, siti sempat la layan jap. Hehehe.

2 comments:

Hezesuze said...

wah bestnye...bleh tau ke sume onkos ke penang berapa hinggit arr??? coz bleh ajukan proposal kt hubby tuk g holiday kt penang...hehehe

Siti said...

heze: ongkos yer..ni tuk sitinye la yer..

Hotel - RM368
Minyak - RM180
Tol - RM 120
Makan - RM150

Siti memang tak shopping kecuali beli jeruk jer...hehehe..