Mar 4, 2009

Mee Goreng ala Mamak


Mee goreng adalah favourate anak-anak siti. Kalau buat mee goreng, memang confirm makan banyak. Adik yg selalu tak makan nasi (suka makan lauk jer), kalau bagi mee goreng, cepat jer bukak mulut. Mee goreng ni ala jer mamak, sebab bahan2 tak cukup. selalu kalau mee goreng mamak ada cam jemput udang tu, tauhu semer.

Mee Goreng ala Mamak
1 paket mee kuning
1 keping fish cake - dihiris nipis
1 genggam udang geragau
2 biji telur
20 sen taugeh
2 batang jagung muda - dipotong kecil
2 sudu bawang besar & bawang putih yang telah dikisar*
1 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
Kicap manis secukupnya - sampai mee nampak hitam
Garam - jangan letak byk sebab kita letak banyak kicap
2 sudu minyak masak

Cara:
1. Tumiskan bahan2 kisar* sehingga naik bau.
2. Masukkan udang. Tumis sebentar. Kemudian masukkan fish cake & jagung muda.
3. Tambahkan sedikit air. Masukkan sos cili & kicap. Letakkan sedikit sahaja garam.
4. Pecahkan telur & terus masukkan mee kuning & taugeh. Kacau rata sehingga mee menjadi kering. (kalau mee goreng kat kedai mamak tu sampai ada hangus2). Hahaha.

No comments: