Mar 31, 2009

Takde mood

Sejak siti dapati siti pregnant ni, siti dah takde mood nak masak sgt. Kalau masak pun siti malas betul nak ambik gambar dah. Takde mood nak buat kerja rumah. Takde mood nak update blog. Semernya takde mood lah.

Nak cakap sebab alahan, tak pulak. Buat masa ni siti memang takde muntah2, loya2 atau pun pening2. Siti macam biasa jer. Heran jugak sebab tak macam org pregnant pun. Bab makan memang tetap berselara. Alhamdulillah, belum ada lagi alahan yang teruk. Mungkin rezeki siti kali ni pregnant takde alahan. Ataupun masih awal lagi kot. Apepun siti harap, takmo la ada alahan yang teruk2. Moga siti sihat sentiasa.

So, buat pengunjung2 blog, siti minta maaf kalau takde update yg terbaru dari siti yer. Nanti bila keadaan dah kembali reda (mood siti la), insyaAllah siti akan kembali update apa2 yg patut. Walaumcmana pun siti tetap akan berkunjung ker blog2 sahabat yg lain. Hehehe...

Mar 30, 2009

Tag Lagi dari Noy & Adda

Dapat Tag lagi dari Noy & Adda...Pagi2 ni takde kerja lagi, so merajinkan diri la wat tag nih. BTW, thanks noy & adda sebab choose siti. Both of you memang my favourate blogger yang best.

Download your favourite photo using effects at www.photofunia.com


1. Do you think you are HOT?
Hehehe..ermmm...hot ker? siti rasa takde la kot. siti ni jenis simple jerk. Ada pakwe pun masa umur dah 19. Hahaha..maybe dulu sekolah perempuan kot.

2. Why do you like this picture?
Sebab Kakak & adik nampak cute sgt2.

3. When was the last time you ate pizza?
Ermmm...lupa la..tapi siti rsa takde la lama sgt..Ni pun mcm ada tingin gak nak mkn pizza. Wajib kena pi cari nih.

4. The last song you listen to?
With You_Unknown

5. What are you doing right now besides this?
Chatting with friends from Mama Club

6. What name u prefer besides yours?
Siti Syareena Natasya..DUlu siti bercita2 nak letak nama ni tuk bb girl. Tapi, tak kesampaian..hahaha

7. People to tag
1. Noza
2. Wanli
3. Hajar
4. K Mida
5. Suzie

8. Who is no.1
Siti kenal noza melalui Mama Club. Mama muda yg hot. Sama cam siti ada dua org anak perempuan & sama2 tengah pregnant ngan siti nih. Heheheh..

9 No.3 is having relationship with?
Of course la ngan Muhammad Fairus..Her beloved husband.

10. Say something about no.5
Suzie ni rajin masuk blog siti. Ibu kepada Aqeel. Orangnya comei sgt.

11. How about no.4?
K Mida seorang yg sangat lembut. Ibu kepada Fatin Amily & Farris Adam. Tinggal nun jauh di Dubai. Dah lama tak jumpa K Mida.

12. Who is no.2
Siti kenal Wanli melalui Mama Club juga. Wanli memang rajin tolong siti waktu siti mula2 berjinak ngan blog nih. Sayangggg wanli.

Mar 27, 2009

Apa Hadiah tu yer???

Bertemu kembali..hehehehe..Hari ni dah masuk office semula walaupun kepala pening..
Nak ucapkan berbanyak terima kasih buat rakan2 blogger yg wish anniversary pada siti.
Sambut anniversary dalam keadaan tak sihat. Papa lak agak busy. So, malam jer sempat keluar mkn2 ngan papa. Papa belanja Kenny Rogers. Actually that's one of my favourate food. But, semalam siti cuma mkn side dishes jer. Ayam mmg tak lalu. Kenapa???? jawapannya ada di bawah. Hahaha..

Oklah, back to the topic. Hadiah apa yer yg siti bagi kat papa....Ada 3 kan...

Kita bukak kotak pertama dulu...Jeng..jeng..jengggggg....Taaa daaaaa.. Hehehe
Handphone Nokia E63 ni khas buat papa. Sebenarnyakan siti kesian dekat papa. Sejak siti kahwin ngan papa dah 2 kali papa beli telefon baru. Tapi setiap kali papa beli, mesti siti yang pakai dulu. Papa tetap pakai telefon yang lama. Last sekali ada kawan papa bagi telefon kat papa, siti gak yang pakai. Hahahaha...Pastu sekarang ni papa pakai telefon nokia yang lama, yang takde kaler2, hitam putih tu. Hahaha...Memandangkan papa dah mula berkerja sendiri sekarang , siti rasa papa amat mememerlukan telefon ni. Banyak kegunaannya....
Kotak yang kedua lak mengadungi Motorola Bluetooth Headset nih. Tuk papa gunakan sekali ngan handphone kat atas tu. Hehehe...tuk kemudahan papa yg selalu busy. Pastu telefon asyik la berbunyi tak kira masa. So untuk keselamatan papa ketika memandu, siti rasa headset nih amat la berguna.

Dan yang paling istimewa yg siti letakkan dalam kad anniversary tu, tadaaaaaaa..kat bawah nih...Alhamdulillah, rezeki siti & papa murah lagi. Kami bakal dikurniakan seorang lagi baby. Excited sungguh siti lepas buat test tau. Ni pun baby accident gak. Tak plan. Masuk ni nampaknya ketiga2 anak siti semernya accident. Hahahaha..Cuma kali ni dia datang tepat pada masa anniversary siti & papa. Alhamdulillah...siti bersyukur atas kurniaan ni. Tahun ni, pada umur 27 tahun, siti akan mempunyai 3 org anak...Ibu muda sungguh kannnn..hahaha..perasannn...Apepun siti sangat2 gembira & tak sabar lak rasanya. Harap, rakan2 blogger semer mendoakan kesihatan siti & baby dalam perut ni yer. Aminnnnn...

Mar 25, 2009

Tak Sihat

Huhuhu..dah masuk 4 hari siti demam. Start hari Ahad hari tu. Demam sampai menggigil2 & batuk2. Papa bawak gi hospital putrajaya. Hari isnin dah kebah sikit. Tapi still rasa pening & batuk2. Siti gagahkan gak diri gi office. Hari selasa dah rasa macam nak sembuh.
Tapi, tiba2 hari ni demam datang balik. Kali ni siap package ngan batuk & selsema sekali. Huhu...
Siti still kena gi office gak sebab ada kerja yang tak settle. Plan nya lepas ni kang nak terus gi klinik, ambik mc dua hari...rest kat umah...Huhu...Doakan semoga siti cepat sembuh yer.

Mar 24, 2009

Our Anniversary : Coming soon

Huhu..tak sampai 2 hari lagi untuk anniversary yg ke-4. Tak sangka gak..mcm2 dugaan yg dah siti & papa tempuhi.
Sempena anniversary tahun ni siti dah belikan something special tuk papa. Hehehe..tahun ni wat cepat2 sebab tahun lepas memang kelam kabut siti duk cari hadiah last minute. Nak tahu apa hadiahnya..jeng..jeng...jeng....


Hehehe..buat masa ni leh tgk kotak yg dah berbalut jer dulu. Bila sampai harinya nanti baru siti bagitau yer. Selain dua hadiah yg siti beli, ada satu lagi hadiah yg special buat papa yg siti letakkan bersama2 kad anniversary tu.. Nak tahuuuu..Tungguuuuu...hehehe..ada yang leh teka ker? Hahahaha...

Kreative Award from Adda


Dapat award lagi..Kali ni dari Adda lak. Terima kasih banyak adda sebab sudi bagi award ni kat siti walaupun siti ni takde la kreative mana. Hahahaha..lain la blog adda yg cute gitu. Hehehe...

Mee Hoon Goreng & Kerang Bakar

Mee hoon goreng tuk dinner gara2 terliur tgk mee hoon goreng abg mat gebu. Hahaha...

Pastu bakar lak kerang nih. Bakar dalam kuali jerk. hehehe

Udang Masak Halia


Siti suka sgt kalau wat masak halia sebab siti suka makan halia tu. Leh hilangkan angin dalam badan. Layan gambar jer la yer. Mood mmg takde nak taip byk2.

Mar 23, 2009

Dapat award ni dari Noy. Terima kasih banyak noy. Sahabat jauh yg sentiasa melawat blog siti. Love your blog too.

The rules for the award:
Add the logo of the award to your blog.
Add a link to the person who awarded it to you.
Nominate at least 7 other blogs.
Add link to those blogs on your blog.Leave a message for your nominees on their blog.


Nak bagi lak award ni kat sahabat2 yang tercinta:

1. Noza
2. Connie
3. Suzie
4. Hajar
5. Leenn
6. Heze
7. Adi

Mar 20, 2009

TAG Hubby from Adda

Dapat tag ni dari Adda. Excited nak buat tau. Baca jer kat blog adda ada nama siti terus siti ambik. MInggu depan siti akan sambut anniversary yg ke-4, so siti leh la uji sejauh mana siti mengenali papa dalam masa 4 tahun ni..Hehehe..

Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do.The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.
______________________________
1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Buletin Utama atau apa2 berita...Tepat kul 8 mesti papa duk depan TV..

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Mayonis/ Thousand island

3. What’s one food he doesn’t like?
Ermmmm...papa ni makan apa saja...mmg tak pernah memilih..

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Papa prefer hot water. Kopi 'O" kaw

5. Where did he go to high school?
Ermmmmm..lupa la nama sekolah, tapi kat Sg Besar.

6. What size shoes does he wear?
6/7, tgk pada jenis kasut

7. If he was to collect anything, what would it be?
Errmmm..tak pernah nampak papa kumpul barang. siti rasa papa takde minat tu kot.

8. What is his favorite type of sandwich?
Sardin. hehehe

9. What would this person eat every day if he could?
Ermmmm..papa takde makanan yg betul2 dia gemar. Dia makan semer la...Susah nak agak.


What would he never wear?
Baju batik.. sama cam husband adda. hehehehe...

12. What is his favorite sports team?
Chelsea?Levepool

13. Who did he vote for?
Vote? tak pernah.

14. Who is his best friend?
Papa ramai kawan & semernya bestfriend

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Membebel...papa memang tak suka dgr siti membebel...

16. What is his heritage?
Jawanise

17. What is his favourite colour?
Green

18. What is his habit?
Suka baca surat khabar lama2 bila gi kedai mamak..letih nak nunggu

19. What is he proud of?
Bangga dengan dirinya yg boleh dikatakan succes walaupun takde la belajar tinggi mana.

20. Lastly, do you think he will read this?
Takkan..sebab papa kureng sikit psl internet nih..Apalagi blog. Hahahah

Lamb Chop

Semalam siti buat lamb chop ni tuk dinner. Untuk anak2 lak siti buatkan chicken grill. Kakak suka sgt makan sambil cicah ngan blackpaper sos tu. Papa lak tolong buatkan air milo suam. Huhuhu..Memang berselera betul makan.

Mar 19, 2009

Masak Tumis Pedas Perut

Perut ni perut fresh tau. Papa ambik masa sembelih lembu tuk sambut Maulidur Rasul. Nak mengerjakan perut ni sebelum dapat dimasak bukan senang. Huhu..siti tak sanggup nak buat tau. Papa yang rajin. Bila dah bawak balik Seri Kembangan, baru la siti rebus sampai empuk & tumis pedas nih.

Perut fresh memang sedap wooooo..Rasa dia takleh lawan perut yg kita beli dah siap proses tu. Tak caya...cubalah..tapi kena tunggu ada org sembelih lebu dulu yer...

Bubur Jagung

Jom makan bubur jagung. Macam dah lama tak masukkan gambar masakan. Hehehe..Nak buat senang jer. Sama macam buat bubur yang lain gak.


Jagung dihiris/disagat (tak tahu nak ckp camna), mcm gambar kat atas tu. Pastu rebus dulu sampai jagung tu empuk. Baru masukkan santan, gula melaka, garam, daun pandan & sagu.


Layan gambar anak2 duk kacau ibu..huhu...nak masak pun byk halangannn...hehehe..

Mar 18, 2009

Street Slang Definition of Urself -Tag dari Noy Lagiiiiiii


Lagi2 tag dari Noy..hahahaha..takpe siti akan cuba gak siapkan...
Go to urbandictionary.com. Type in answer to each question in the search box,then write the definition it gives you.If there's more than one, just pick the first one.

1) Your name?
Siti - The highest state of jerk-o-sity. There is no turning back from being a jerker. (Uikkkksssss..hahahaha)

2) Your age?
26 - 750ml of alky , 1 mickey + 1 mickey = a 26

3) One of your friends?
Noza - 1.just kidding 2. No really?

4) What should you be doing?
Housewife - A woman who stays home to take care of the house, the kids, the husband and the pets. She works up a sweat, has anxiety attacks and burst into tears when a 2 year old says "no!" for the 100th time that day after having to picking up dog poop from the livingroom floor, washing 3 loads of laundry, washed all the dishes, went grocery shopping with 2 screaming kids, who get sick and throw up in the middle of the store. Then she comes home ,cleans up the kids, starts to make dinner with both kids hanging on her leg, only to have it burn. She recieves no thanks from anyone and gets no paycheck

5) Favorite color?
Blue - The hue of the portion of the visible spectrum lying between green and indigo, evoked in a human observer by radiant energy with wavelengths of approximately 420 to 490 nanometers.

6) Hometown?
Kuantan - A small village located in Malaysia

7) Month of your birthday?
September - A wonderful month when the air smells sweet and the weather is perfect for the girls where to tight little sweaters that show off their curves

8) Last person talked to on the phone?
Eileen (my officemate at Singapore) - a person with the ability to uncannily mimic every Disney character; someone who is able to make people believe she is actually a Disney Princess/Jamaican lobster; also could be someone who is often mistaken for Miley Cyrus

9) Favorite sport?
Netball - The sport of manly men. (uikkk..ni permainan org prempuan la)

10) Your last name?
Zakaria -A person or an object with no sense of humor or style. (Ayah ni serious orgnya)

TAG lagi dari Noy

Kena Tag lagi dari Noy. Dah ada sikit masa ni kena la buat kan...

Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Yang Ku Sayang - Siti create blog ni khas didedikasikan untuk anak2 tersayang. Segala coretan ada buat anak2 siti. Perjalanan hidup, pengalaman & juga masakan yg siti paparkan dalam blog ni adalah untuk tatapan anak2 siti bila diorg dah besar nanti.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
www.teratakibu.blogspot.com - Sebab ni la rumah siti tuk siti kongsi apa saja dengan anak2 siti & bloggers yg lain.

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Method? hehehe...semuanya la ada kat sini..Apa yg siti rasa siti nak tulis, siti tulis..

4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tak pernah la terfikir nak delete. Panat wooo..type byk2.. Hehehe

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Siti rasa Noy ni mmg nice sgt orgnya. Walaupun tak pernah bersua muka & baru kenal dlm alam cyber nih, but siti rasa mcm dah berkawan lama jer. hehehe..Hope persahatan berkekalan.

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
Rasanya dah ramai yg dpt tag ni...Nanti siti cari sapa yg belum kena tag ni lagi yer.

Best Mom Award & Tag dari Connie



Baru dapat ambik award ni. Thanks Connie atas ingatan yer. Best sgt dpt award nih. Len kali bagi lagi byk2 award kat siti yer. Hehehe..

Nak ambik award ni ada rules gak. kena jawab soklan lak. Ermmmm...

Admit one thing you feel awful about (involving being a mom).

Suara singa siti selalu keluor bila anak2 buat hal time siti balik kerja/penat sgt2. Sian anak2 jadi mangsa. Huhu...

List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

1. Bila anak2 cakap "Kakak/adik sayang ibu"

2. Kakak/adik petah sangat bercakap. Kadang2 unexpected words keluar dari mulut diorg.

3. Kakak & Adik manja sgt ngan siti. Nak tidur mesti cari siti, pastu siti kena peluk dua2 kalau tak mesti salah sorang jealous. Kalau bangun malam, tgk siti takde mesti terus "waaaaaaaa....ibuuu..ibuuuuuuu".

4. Aktiviti yang siti selalu buat ngan anak2..makan sama2..tgk tv sama2....pastu siti suka sgt peluk2 & cium diorg. Tu pun mesti kena dua2 & adil. Hehehe..dua beradik ni dah macam kembar..hehehe...

5. Siti rasa apa yg anak2 suka tentang siti ialah, siti suka masak apa yang diorg suka makan. hahahaha

6. Siti pun suka belikan diorg baju. Kalau tanya anak2 sapa yg belikan baju mesti diorg jawab "ibuuuuuu".. hehehehe.

7. Siti sayang sangat anak2 siti sebab diorg la penyeri hidup siti. Tanpa mereka sunyi lah siti. Tak sanggup rasanya nak berpisah. Siti tak pernah lagi berpisah ngan diorg lebih dari sehari. Tu pun kalau kat office asyik teringat kat diorg. Sayangggg kakak & adik.

Rentetan Perjalanan (Pulau Pinang ) - 4

Hari Keempat (16/3/2009)

Dah tiba masa tuk kemas2 & check out. Sebelum check out macam biasa gi breakfast kat hotel dulu. Makan puas2....hahahaha...

Lepas jer check out, dalam kul 11 siti terus bertolak ke Kuala Ketil tuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat siti masa kat UNITEN dulu, Siti Asyikin. Majlis diadakan serentak dengan adiknya, Siti Asyraf. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 15 minit.

Memang meriah majlisnya walaupun dibuat pada hari Isnin. Macam2 makanan ada. Selain nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging + batang pisang, dalca...tetamu juga dihidangkan ngan laksa penang. Air pun ada bermacam2 jenis termasuk la teh tarik. Siti cuma makan laksa jer sebab perut dahs enak breakfast banyak kat hotel. Huhuhu..rugi tak mkn gulai daging batang pisang.


Siti Asyikin & suami (baju hijau)...Siti Asyraf & suami (Baju gold)..Sama cantik sama padan.



Bersama sahabat2 karib masa kat UNITEN.

Siti tak singgah lama kat majlis perkahwinan Syikin. Dalam kul 2 ptg, siti dah bertolak balik & tiba di Seri Kembangan pada pukul 7.30 malam.

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku. InsyaAllah, kalau panjang umur...siti akan bercuti lagi ke Pulau Pinang....Tamat.

Rentetan Perjalanan (Pulau Pinang) - 3

Hari Ketiga (15/3/2009)

Macam biasa turun breakfast kat hotel. Kali ni pun makan banyak gak. Tak tahu nak makan mana satu sebab semuanya nampak sedap. Hahaha...



Bergambar kat hotel sebelum gi jalan-jalan.

Destinasi kali ni ialah Toy Museum. Dekat jer ngan hotel tempat siti menginap. Nak masuk sini kena bayar RM10 tuk dewasa & RM6 tuk kanak atas 2 tahun. Macam2 watak kartun ada. Jom layan gambar.



Lepas habis melawat toy museum, siti terus ke pusat bandar. Cadangnya nak cari jeruk. Memula park kat Komtar. Cari punya cari tak jumpa gak tempat orang jual jeruk. So, tanya la orang. Rupanya tempat org jual jeruk tu tak jauh dari komtar. Tapi kalau berjalan kaki, berpeluh wooo ngan cuaca panas sgt. Nama tempat tu Chowrasta Market. Ada byk pilihan kedai. Pilih jer mana yang suka. Bab harga siti rasa takde beza dari satu kedai ngan kedai yang lain. Siti pun borang la pelbagai jenis jeruk & asam. Hehehehe...tak sempat nak snap gambar sebab crowded sgt.

Habis memborong jeruk, terus balik kat hotel. Papa cuma bungkuskan nasi kandar. Cuaca yang panas membuatkan kami tak selesa nak duk kat luar lama2. Baik mkn kat hotel jer. Ada aircond. Hehehe. ...Lepas tu sempat la bwk anak2 kat pool main air lagi. Malamnye time tuk rest sebab esok papa nak kena drive jauh tuk balik ke KL.

Rentetan Perjalanan (Pulau Pinang) - 2

Hari Sabtu (14/3/2009)

Bangun pagi, mandi & terus bersiap tuk turun breakfast. Siti breakfast kat hotel jer since dapat free breakfast kan. Hidangan buffet yang disediakan memang memuaskan, pilihan menu yang banyak & semuanya sedap2 belaka.


Lepas breakfast, kami terus bertolak ker Bukit Bendera. Sebelum tu, anak2 bergambar kat hotel dulu.


Sampai kat Bukit Bendera lebih kurang pukul 11. Cuaca kat Pulau Pinang ni memang panas betul, terik wooooo...berpeluh2 kalau duk kat luar. Papa dapat beli tiket ketapi kul 12.30. So, kena tunggu la. Huhu..nasib baik kat tempat menunggu tu ada aircond & kipas. Dapat la sejukkan badan.


Sementara menunggu turn tuk naik train, anak2 leh tgk la lanskap binatang yg dibuat kat tempat menunggu train tu.


Yahooooo...dah leh naik train. Tapi....mak aiiiiiiii..dah macam dlm tin sardin. Pack betul. Nasib baik siti bawak anak2, so diberi keutamaan tuk duduk. Jauh jugak tau naik train ni. Kalau kena berdiri, lenguh kaki.


Dah sampai kat puncak Bukit Bendera. Apa yang menarik yer???? Leh la tengok Pulau Pinang dari puncak bukit ni. Ermmmmm...disebabkan cuaca yang panas & lenguh kaki, siti tak la jalan sgt kat atas tu. Tak larat....sempat singgah kat Masjid tuk sembahyang zuhur & hilangkan penat.



Sebelum turun, kami singgah minum air kelapa muda. Nyum..nyummmmm...leh hilangkan dahaga, Pastu siti cuba gak laksa penang nih. Huhu..leh tahan la rasa dia. Kalau rasa nak beli baju, elok la beli kat atas bukit ni sebab harga dia murah berbanding kat bawah.


Lepas jer aktiviti kat Bukit Bendera, siti terus balik ke hotel. Penatttt sebab cuaca panas. Takde mood nak jalan ke mana2.

Sampai jer kat hotel, siti terus bawak anak2 main pool. Seronok betul diorg. Siti tingin nak masuk dalam jakuzi tapi sebab takde swimming suit, lupakan jer la.


Lepas mandi manda kat pool, bawak anak2 gi beach lak. Pantai belah penang ni tak secantik pantai dekat belah timur cam pahang, trengganu..Batu2 kasar & banyak lak cengkerang yg pecah2. Nak main air pun duk tepi2 jer. Ombak kuat tau....tapi anak2 tetap happy...


Malam lak takde aktiviti. Cuma keluar makan & terus tidur...Hehehe. Eh lupa lak..sebelum keluor makan, ada lak pertunjukan ular ni kat lobi hotel. So, siti sempat la layan jap. Hehehe.

Mar 17, 2009

Rentetan Perjalanan (Pulau Pinang)

Sebenarnya siti rancang cuti-cuti Pulau Pinang ni sebab nak attend wedding kawan U siti (Siti Asyikin Binti Asbollah) kat Kuala Ketil, Kedah pada 16/3/2009. Alang2 dah sampai belah utara tu, siti pun bercuti la sekali. Sambil menyelam sambil minum air la. Sekali bayar toll & minyak.
Jom ikuti rentetan perjalan siti ker Pulau Pinang.

Hari Pertama (13/3/2009)

Bertolak dari rumah pada pukul 9 pagi. Singgah tuk breakfast sekejap kat area rumah. Lepas tu papa kena gi Suruhanjaya Tenaga kat PJ dulu. So, kena la tunggu papa jap. Dalam kul 11.30 baru papa keluor dari bangunan PKNS. Kami terus bertolak ke Pulau Pinang.

Anak2 dalam kereta tengah tunggu papa. Lambat lak papa nihh..

Semasa dalam perjalanan, kami cuma singgah di perhentian Sg Perak tuk sembahyang. Setelah hampir 5 jam baru lah kami sampai di Jambatan Pulau Pinang. Excited gak la nak lalu kat jambatan nih. Banyak construction sedang dijalankan kat atas jambatan. Siti rasa tuk lebarkan jambatan.


Plan asalnya siti nak singgah di Bukit bendera dulu sebelum check in. Tapi, memandangkan papa dah penat sgt & hari pun dah petang, kitorang terus gi check in kat hotel jer. Sebelum check in siti singgah makan kat gerai berhampiran hotel. Siti jer yang makan nasi goreng ayam. Papa & anak2, minum jerk.


Sampai kat hotel dah kul 5.30 ptg. Oooo... sebelum tu, siti menginap di Tanjung Bungah Beach Hotel (3 star) sepanjang berada di Pulau Pinang nih. Siti booked masa bulan 12 tahun lepas melalui http://www.hoteltravel.com/. Harga yang siti dapat dlm USD35 (RM122.5) per night tuk standard seaview room include breakfast. Kira berbaloi & murah kalau book internet nih. Siti ada gak kol hotel & tanyakan rate dia tuk time siti nak book tu. Harga dia mencecah RM170++ per night, maybe time siti nak pergi ni time weekend & school holiday kan.


Room dia tak la besar sgt. Boleh la....Perabot dah agak lama. But, view dia very nice (kalau ambik seaview la). Kalau ambik hill view mmg ngadap jalan raya jer la. Apa yg best tentang Tanjung Bungah ni sebab hotel ni terletak memang betul2 tepi pantai. So, kalau nak ke pantai, takde la nak jalan jauh2. Oh yer..staff dia pun baik sgt & very friendly.



Bila dah check in, semernya dah kepenatan. Perjalanan jauh woooo nak sampai ke sini.

Lepas maghrib, barulah kitorang keluar tuk jalan2. Pertama sekali menuju ker Batu Feringghi tuk jalan2 kat night market. Kitorang cuma ambil masa dalam 10 minit tuk sampai. Dekat jer. Batu Feringghi letaknye cuma bersebelahan dengan Tangjung Bungah. Bila dah sampai, rupanya2 night market tu mcm kitanya Chow Kit kat KL tu. Gerai2 jualan sepanjang jalan. So, siti ambik keputusan taknak singgah kat night market tu. Takde apa pun nak dibeli. Kebanyakkan barang yang dijual adalah barang2 tiruan seperti beg, belt, kasut..ada jugak barang2 hiasan & pakaian.

Lepas tu kitorang terus jer jalan2 cari makan lak. Batu Feringghi memang kebanyakannya dipelopori oleh kaum Cina (memang masuk Pinang macam gi negara Cina jer)..hahahaha..Kedai makan melayu memang susah nak jumpa kat Batu Feringghi. Jadi kena patah balik ker Tanjung Bungah. Akhirnya jumpa gak satu restoran melayu tak jauh dari hotel (lupa lak nama restoran tu). Restoran ni tepi jalan jer. Ada gak dua tiga kedai melayu lain yg berhampiran kat situ. Kami cuma makan lauk biasa jer..sup tulang, khailan ikan masin, udang goreng halia, nasi putih 3 & air 2..semunya RM 15. Murah betul & siap ada diskaun lagi. Hahaha...

Lepas makan jer terus balik hotel tuk zzzzzzz. Memang badan rasa penat sgt2. Aktiviti akan disambung pada keesokan hari pulak. Hahahaha...

Hadiah Birthday dari Noy


Hari ni masa siti sampai kat office, nampak la bungkusan dari jauh dah sampai. Yahooo...barang yang noy pos dah sampai. Terus bukak...hahahaha...tak sabor betul..padahal dah tahu tu hadiah tuk Kakak (jannah).
Cantik sungguh baju yg noy beli tuk kakak..mesti kakak suka. Terima kasih noy tuk ingatan noy buat anak2 siti. Walaupun nun jauh di sana, noy tetap kirimkan buah tangan tuk kakak. Semoga persahatan kekal berpanjangan...Aminnn..