Jun 30, 2009

Sambal Udang Petai


Fuhhhh..merah menyala sambal udang siti. Hahahaha...meleleh lak air liur. Masak sambal udang ni pun dah lama, request dari adik kesayanganku. Nikmatnya makan ngan nasi panas2. Mesti semer dah tahu camna nak masak kan, takyah la siti taruk resepi yer.

Mee Hoon Goreng


Masak mee hoon ni dah lama..terperuk lak dalam blog ni lupa nak publish. Masak tuk breakfast, letak udang kering banyak2 sebagai perisa. Memang sedap. Favourate anak2 siti nih.

Kek Karot Kukus

Ni kali kedua siti buat kek karot. Kali ni lebih moist..resepi sama je mcm yg dulu. cuma dulu siti tak letak serbuk kayu manis, kali ni siti letak sesudu kecil. Rasanya tetap sedap.




Laksa Johor


Kenapa siti wat laksa johor?? sebab siti teringin nak makan. Ni first time siti wat tau. Belek2 resepi & baca sekali imbas, senang jer nak buat nih...cuma remeh sikit la. So, apa lagi..layannn...tak rugi tau cuba. Siti ambik resepi kat mesra.net recepies. Tapi siti edit ikut suka siti. hehehehe..


Laksa Johor
1 paket spagetti - direbus bersama minyak masak/olive oil hingga lembut.

Bahan2 untuk kuah
1 kilo ikan kembung - rebus denagn garam & asam keping, asingkan isi & tulang, kisar berasingan. Guna air rebusan semasa mengisar.
Segenggam udang kering - kisar bersama isi ikan
Ikan kurau kering (sebesar tapak tangan)- bakar & kisar
1 labu bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
3 sudu serbuk kari ikan
2 sudu cili kisar
1/4 cwn air asam
Santan (dari sebiji kelapa)/ 1 kotak santan 250ml
Kerisik (tiga/empat sudu makan)
2 batang serai - diketuk
Garam & Gula secukupnya

Bahan ulam2an
1 batang timun - mayang halus
Taugeh - basuh
Kacang panjang - dihiris halus
Daun selasih - basuh dan mayang
Daun kesum (optional) - basuh dan mayang
Limau kasturi - belah dua

Bahan sambal - tumbuk
3 tangkai cili besar
5 tangkai cili padi
1 inc belacan
Garam & gula

Cara membuat kuah:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang, cili kisar, rempah kari & serai sehingga naik minyak. Masukkan kerisik & gaul rata
2. Masukkan isi ikan & lebihan air rebusan ikan.
3. Masukkan air asam jawa
4. Bila mendidih, masukkan santan. Kalau terlalu pekat tambah sedikit air.
5. Perasakan dengan garam & gula. Kalau kurang masam, boleh tambahkan asam keping. Biarkan mendidih sekali lagi sebelum tutup api.

Cara hidangan:
Masukkan spaghetti dalam pinggan, masukkan ulam2an, cedukkan sesenduk kuah, bubuh sambal belacan dan perahkan limau.

Jun 25, 2009

Sambal Ikan Kembung & Sayur Lemak Kobis

Siti masak simple sgt tuk dinner semalam. Dah takde idea nak masak apa. Dalam fridge cuma ada ikan kembung jer. Last2 buat jer la sambal nih. Tapi memang la sedap bila makan ngan nasi panas-panas. Huhu..tambah lagi sambal ni ada masam2 sikit sebab siti letak cuka masakan. Tak sedar siti makan bertambah-tambah. Kakak & Adik pun makan banyak gak. Kakak memang suka kalau lauk yang pedas2 sikit. Nak masak ni memang mudah sgt, tutup mata pun leh masak. Siti rasa ramai yg dah tahu nak masak ni. Tapi takpe, siti letak gak resepi yer. Hehehe..tgh rajin nih.

Sambal Ikan Kembung
4 ekor ikan kembung
3 tangkai cili besar*
3 tangkai cili padi*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 sudu cuka masakan
Garam & gula secukupnya
Minyak tuk menumis

Cara:
1. Ikan dibersihkan. Gaul dengan kunyit & garam. Goreng hingga garing.
2. Tumbukkan bahan2 yg bertanda *. Jangan terlalu lumat.
3. Panaskan sedikit minyak tuk menumis. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk. Goreng hingga naik bau. Masukkan cuka & tambah sedikit air. Perasakan dengan garam & gula. Kacau sebentar sehingga air kering sedikit. Tutup api.
4. Susun ikan di atas pinggan. Curahkan dengan sambal yg telah dimasak tadi.

Kalau masak sambal, memang sesuai sgt dimakan bersama masak lemak. Tak kira la kobis ker, taugeh ker, terung ker. Waaa..memang serasi lah. Takyah resepi lah yer. Semer dah tahu camna nak masak nih.

Jun 24, 2009

Award & Tag from Anna



Dapat award n tag ni dari anna (mmg terer wat cuppies nih). Thanks anna..ingat gak anna kat siti yer...hehehehe...


The rules:

1• Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.


Anna yg siti kenali :

1. comei orgnya
2. pandai hias kek & cuppies (sanggup woo berjaga malam..salute la)
3. dah kurus badannya..isk..kena korek rahsia nihhhh...hahahah..jgn marah yer anna
4. isteri kepada en. syuk & mummy kepada amsyar & aisya
5. ada tahi lalat yg siti rasa sweet sgt kat muka anna..kat mana yer???..lupa lak..hehehe

2• Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.

1. Suka masak
2. Suka kemas rumah
3. Suka baca novel. Kalau dah baca novel, leh lupa keadaan sekeliling.
4. Bakal menimang cahaya mata yg ke-3..tak sabornya
5. Siti kdg2 kuat majuk especially ngan husband..tapi majuk mmg tak lama..kejapppppppp jer
6. Seorang yg pemalu la gak (perasaan). Susah la nak memulakan bicara yg pertama tu. Tapi kalau dah kenal..jgn terkejut ngan kekecohan siti yer.
7. Badan dah mula berisi nih..huhu..kena tunggu baby lahir baru leh diet
8. Suka citer2 seram, kelakar & romance
9. Suka makan..camna la badan tak naik..hahahah..salah diri sendiri..
10. Ermmmm..apa lagi yer...sayang sgt ngan papa & both of my daughter...Love forever...

3• Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.
Alamak! ramainya....mesti dah ramai yg dapat award & tag ni kan..hehehe..siti leh cari 7 jerk...ok la kan...

1. Adda - mama to syafi..mmg caring orgnye...
2. Adi - mama kepada Alani..bakal menimang seorg lagi cahaya mata..sonoknya
3. Azura - siti baru jer kenal azura nih..minta masak gak mcm siti yer..
4. Noy - Tinggal kat brunei..antar sahabat blogger yg terawal siti kenal.
5. K Murni - Kenal di Mama Club..mama kepada 2 org anak lelaki yg comel
6. Hajar - Adikku yg comel & rajin jenguk blog siti..hehehe
7. June - Suka pada semangatnya tul fullybfeed. nak ikut jejak langkah june nanti nih.

4• Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged.

5• Paste the award badge in your sidebar.


Jun 23, 2009

Happy Birthday Adam (3yrs) & Kaseh (1yr)

Special entry for Adam & Kaseh, anak2 kepada Mummy Jelita & Daddy dari Mama Club. Happy Birthday to both of you. Semoga Adam & Kaseh sihat sentiasa, panjang umur, dimurahkan rezeki & menjadi anak yg soleh & solehah..

Last sunday Mummy Jelita invite siti sekeluarga tuk celebrate birthday Adam & Kaseh at KFC, Sunway. Memang happening betul party tuk Adam & kaseh ni. Siti & family enjoy sangat & siti rasa tetamu lain pun mcm tu jugak. So, layan jer la gambar sepanjang birthday party tu yer..

Anak2 sibuk nak main..

Ibu with Kakak

We're happy family..hehehe...

Ibu with Adik

Lepas jer makan2..aktiviti games lak..seronok betul time games nih..Semer excited nak rebut hadiah..hehehe




Dah abis main, kita potong kek lak yer...

Birthday boy & girl tgh tiup lilin. Yang baju biru tu Mummy Jelita & daddy yg tgh duduk pegang adam tuh...family yg romantik sgt2..hehehe....jgn marah yer mummy.

Gambar2 ngan chicky.

Tgk siti angkat dua org anak sekali..Sabor jer la..tak sedor dalam perut tu ada isi..Nasib baik takde apa2.

Puding Gula Hangus aka Caramel

Wat Caramel ni atas permintaan adikku tu itu yg tetiba ckp "Dah lama angah tak masak caramel". Terus gi kedai cari susu cair & telur. Caramel kali ni ala2 terlebih hangus sikit disebabkan oleh kejadian yg tak diingini. Hahahaha..tapi still sedap....Resepi sama jer mcm siti masak sebelum nih..

Ikan Parang Masak Pindang & Sambal Terung

Lauk ni siti masak tuk dinner, tapi dah lupa bilanya..lama gak terperuk dlm kamera. Ikan Parang ni biasanya paling sedap kalau kita masak asam pedas. Tapi kali ni siti wat masak pindang lak. Ala2 mcm singgang jugak la pindang nih. Cuma cili padi tu ditumbuk & ada serai. siti lak pandai2 tambah daun kesum tuk naikkan aroma. Hehehe...

Sambal terung dah biasa siti masak. Memang siti suka lauk nih. resepi leh tgk kat tag sayur yer.

Jun 12, 2009

Kari kepala Ikan


Ni lak menu siti tuk malam Rabu lepas. Masa papa bukak tudung saji & nampak kari kepala ikan ni, terus papa pelik & tanya siti "asal ibu tetiba nak makan kari kepala ikan nih?". Hehehe..entah naper time pregnant ni asyik la nak makan benda yg jarang sekali siti makan. Ni kali kedua siti masak kari kepala ikan. Yang pertama dulu dah lama sangat. Terkejut gak bila tengok papa buat balik kepala ikan. Tak pasti lak ikan apa masa tu. Kepala ikan ni biasanya memang org buat kari kan, tapi siti rasa style karinya tu lain sikit dari kari yg biasa. Masa tu pakai hentam jer la masak, tapi leh la tahan..menjadi gak...hehehehe..perasan nih. Siti benornya kurang sikit makan yang pelik2 ni tambah lagi kalau ikan tu besor.
Tapi, kali ni lak siti sendiri lak yg beli kepala ikan ni. Kepala ikan merah..hehehe..mmg besor tau. Siti beli separuh jer. Tak tau la baper ringgit sebab siti ni kalau membeli pakai ambik jer, malas nak tanya2. Jom kita tenagok kari kepala ikan versi siti..hehehehe..

Kari Kepala Ikan
Kepala ikan merah - siti guna sebelah kepala jer tapi besor
2 sudu bawang besar + bawang putih yg telah dikisar
2 sudu cili kisar
2 sudu rempah kari
2 sudu rempah campur tuk kari ikan (jintan manis, halba & biji sawi) - boleh beli yg dah siap campur kat pasar raya.
1 cm halia - dicincang halus
1/4 cawan air asam jawa
1/2 cawan santan pekat - kalau taknak letak pun takpe. siti guna tuk pekatkan kuah
5 batang bendi
1 biji tomato - dibelah 4
2 cawan air
3 sudu minyak masak
garam & gula secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak & tumis bawang, cili kisar, halia, rempah kari & rempah campur sehingga garing & naik bau.
2. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan pekat & air asam jawa. Biarkan mendidih sekali lagi.
3. Masukkan kepala ikan bersama bendi. Kacau perlahan2 & biarkan sehingga ikan masak. Parasakan dengan garam & gula. Sebelum diangkat masukkan tomato. Sedia tuk dihidang.


Sayur campur ni siti masak tuk dihidangkan bersama kari kepala ikan. Baru lengkap hidangan. Takyah resepi la yer. Pakai campak2 jer. Senang bangat nak buatnya.

Jun 11, 2009

Masak Lemak Cili Api Ketam + Belimbing Buluh

Ketam ooooo ketam..hehehhe..siti beli 3 ekor ketam besor masa gi pasar tani lepas balik kerja. Memang teringin nak makan. Plan asalnya nak goreng gitu jer. Sekali ternampak belimbing buluh, terus tukar plan masak lemak cili api. Hehehe...Terlebih kuning lak masakan siti kali nih. hahaaha, belasah jer la yer.

Masak lemak Cili Api Ketam + Belimbing Buluh
3 ekor ketam - dibelah 2 dan dibersihkan
5/6 biji belimbing buluh
4 tangkai cili padi - ditumbuk*
1cm halia - ditumbuk*
2 sudu bawang besar + bawang putih yg telah dikisar*
1 batang serai - diketuk*
1 kotak santan pekat (250 ml)*
2 cawan air*
Garam & gula secukupnya

Cara:
1. Masukkan semua bahan2 bertanda * ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Kuah perlu dikacau selalu yer supaya santan tak pecah. Kemudian masukkan ketam & belimbing buluh. Biarkan sehingga ketam masak. Perasakan dengan garam & gula.

Masa kat pasar tani tu siti beli jugak ikan kering ni yang diperbuat dari ikan cermin. Memang nipis sangat & rangup betul bila digoreng. Macam makan keropok lak. Memang sedap bila makan dengan nasi panas2. Cuma ikan kering ni tak masin. Memula beli, siti ingat dia tergolong dalam jenis ikan masin, so masa siti goreng tu takde la siti letak garam. Rupanya, rasa dia tawar jerk. Lepas ni sebelum goreng kena ratakan ngan garam sikit. Baru lagi sedap.

Riang Ria Ceria

Hehehehhe..semalam lepas jer ambik gambar masakan siti yg tak seberapa (nanti siti upload yer), Kakak & adik pun sibuk gak berposing. Terjerit-jerit suh siti tangkap gambar diorang. Layan jer la...hehehehe.



Jun 10, 2009

Keladi Masak Asam

Dah lama gak siti masak keladi ni, baru terasa nak posting. Siti memang suka makan ni, tambah2 lagi kalau ada budu & ikan goreng. Memang tak toleh kiri kanan la. Kadang2 tu siti duk ratah jer sambil hirup kuah dia yg pedas2 masam tu..nikmatnya. Kali ni siti masak yang paling simple jer la. Kalau ada tempoyak lagi sedap. Kuah dia tu akan jadi pekat2 sikit.

Keladi Masak Asam
2 ikat keladi
1 genggam ikan bilis - ditumbuk separuh hancur
Asam keping secukupnya
2 sudu cili kisar
2 sudu bawang besar + bawang putih yg telah dikisar
Daun kesum - siti tak letak sebab takde stok
1 batang bunga kantan - takde stok gak
3 cawan air
Garam secukupnya

Cara:
1. Potong & cuci keladi hingga bersih. Rebus keladi bersama2 asam keping sehingga separuh masak. Cuci & toskan.
2. Di dalam periuk, masukkan air, bawang, cili, ikan bilis & asam keping. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan bunga kantan & daun kesum. Setalah bunga kantan layu, masukkan keladi. Perasakan dengan garam. Masak sebentar & sedia untuk dihidang. Jangan masak keladi terlalu lama, nanti terlebih lembik lak.

Jun 9, 2009

Kakak & Adik

Uik..dah lama betul tak update blog. Dah berhabuk pun rumah nih. Takde mood benornya. Hilang melayang entah kemana. Tengah2 duk bosan kat opis nih..teringat lak yg dah lama siti tak update gambar anak2 kat dalam blog ni. So, untuk tatapan semua..gambar terbaru kakak & adik...