Mar 17, 2009

Sambutan Maulidur Rasul @ kampung

Kali ni siti nak citer pasal sambutan Maulidur Rasul yang meriah sgt. Ia telah diadakan di dewan serbaguna Kg. Lubuk Puyu..kampung siti la tu yer. Dewan ni terletak sebelah jer dengan rumah mak siti. Kebetulan masa siti balik kampung, mak bagi tau sempena sambutan Maulidur Rasul ni, org kampung akan tumbangkan seekor lembu.. Wahhhhh..memang best la leh makan gulai kawah lagi. Jom kita tengok apa yang ada sempena sambutan Maulidur Rasul kat kampung siti.

Majlis Maulidur Rasul dimulakan dengan perarakan oleh para penduduk kampung. Siti tak join la perarakan nih. Duk kat umah jer, sibuk uruskan anak2. Hujan renyai2 pagi tu, tapi diorg tetap berarak jugak. Memang semangat tau..
Lepas perarakan, diadakan pula ceramah sempena sambutan Maulidur rasul. Siti tak pasti lak sapa yang menyampaikan ceramah tu.. Hehehe

Abis jer ceramah, majlis diteruskan dengan marbahan oleh kaum2 wanita kampung lubuk puyu.


Kemudian, ada lak majlis cukur jambul. Ada tiga bayi terlibat dalam majlis nih.


Lepas tu barulah makan2. Semer pakat serbu termasuk la siti. Hehehe. Gambar tak sempat ambik sebab tgk sibuk makan. Hahahaha...Layan gelagat anak2 jer la yer.
Lepas jer majlis sambutan Maulidur rasul, siti terus bertolak balik ke KL. Huhu..sedih terpaksa tinggalkan mak...Dalam perjalanan balik, siti singgah kat Jaya Gading, beli kopok.

Award dari Noy...

Masuk jer office hari ni lepas bercuti terus gi ambik award dari noy nih. Hehehe.. Tag nanti siti buat yer noy. Banyak benda nak kena settle nih..Apepun terima kasih banyak la noy yer. Suka sangat kalau dapat award nih.

Mar 12, 2009

It's time for HoLiDaY....Yahooo


Siti akan becuti ke Penang mulai esok sampai hari Isnin. So, tak dapat la nak update blog. Nanti bila dah balik bercuti, siti report semula yer. Doakan keselamatan siti pergi dan balik yer. Salam semer.......