Aug 11, 2011

Anak-anak Belajar Berpuasa (2)

Assalammualaikum....
Entry kali ni siti nak sambung kisah anak-anak belajar berpuasa. Kalau nak baca entry sebelum ni boleh klik SINI.

Lepas dah bersembang serba sedikit dengan cikgu, siti pun ajak Kak Long & Kak Ngah balik. Bukan main aktif lagi budak berdua nih. Langsung tak nampak macam berpuasa. Tapi, bibir memang kering la. Kak Long siap mengadu cakap bibir dia sakit. Kesian....
Masa dalam kereta siti teringat pasal gula-gula yang papa beli semalam. Siti perasan Kak Ngah ada masukkan gula-gula tu dalam bekas pensil dia. Pagi tu sebenarnya dah pesan kat anak-anak, jangan bawak gula-gula pergi sekolah. Tapi, Kak Ngah bawak jugak. Bila siti tanya Kak Ngah pasal gula-gula tu, terus Kak Long jawab, Kak Ngah dah makan tadi. Aduhai.....sayangnya. Mungin cikgu tak perasaan agaknya. Tambah lagi Kak Ngah baru berumur 4 tahun, masih belum faham sepenuhnya tentang puasa. Jadi siti pun tegur dan explain pada Kak Ngah & Kak Long, kalau puasa tak boleh masukkan apa-apa pun dalam mulut. Kak Ngah nampak sedih sangat, mungkin rasa bersalah. Takpelah....baru mula nak belajar.

Masa balik kat rumah, Kak Long nampak OK jer. Cuma Kak Ngah merengek minta air. Walaupun Kak Ngah dah termakan gula-gula siang tu, siti ambik pendekatan nak mengajar juga dia berpuasa. Lalu siti pujuk-pujuk dia supaya bertahan. Bukan apa, dah hampir waktu berbuka. Tambahan lagi kalau siti benarkan dia minum, nanti esok-esok mesti dia mintak lagi & kalau siti tak bagi, mesti dia cakap kenapa semalam boleh. Hehehe....

Alhamdulillah....Kak Long dapat berpuasa penuh pada hari ke-2 Ramadhan. Walaupun Kak Ngah termakan gula-gula, namun siti masih tetap rasa syukur sebab Kak Ngah bertahan untuk tidak makan apa-apa pada hari tu. Papa juga rasa terkejut bila siti beritahu yang Kak Long & Kak Ngah berpuasa hari tu.

Sejak dari hari ke-2 Ramadhan, sehingga hari ini, Alhamdulillah...Kak Long & Kak Ngah masih belum tinggal puasa lagi. Syukur kepada Allah taala kerana memberi kekuatan kepada mereka berdua. Jarang sekali siti dengar rengetan dari mereka mengadu lapar atau dahaga. Sesekali ada juga Kak Ngah ulang alik bukak peti ais. Bila siti tanya, dia cakap dia nak tengok air kotak yang ada kat dalam tu...hehehe...
Siti berdoa semoga Allah terus memberi kekuatan kepada anak-anak agar mereka dapat meneruskan puasa sepanjang bulan kali ni. Kata papa "kalau anak-anak dapat berpuasa sepuluh hari pun papa dah cukup bersyukur, sebab anak-anak kita masih kecil tapi dah mampu berpuasa".

Bila siti tengok Kak Long & Kak Ngah berpuasa, siti rasa sedikit bersalah kerana siti tersilap menilai keupayaan mereka pada mulanya. Siti sepatutnya yakin akan keupayaan anak-anak. Walaupun mereka masih kecil, tapi kadang-kadang mereka dapat melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Sebagai ibu bapa kita perlu mengasuh & memberikan galakan kepada mereka.

Gambar kat bawah ni saja siti selitkan kat entry ni. Nampak comel sangat anak-anak PASTi Putra Permai, masa bergambar ni. Gambar ni diambil oleh pihak sekolah pada bulan 7 hari tu kalau tak silap siti. Gambar ni siti ambil dari Blog Pasti Putra Permai. Untuk mendapatkan gambar yang asal, kena tunggu akhir tahun nanti. :)

Ni kelas Jannah, 5 Hanafi. Jannah duduk 3 dari kanan. Siap dipakaikan jubah. Cute jer.

Ni pulak kelas Batrisyia, 4 Muslim. Batrisyia no 1 dari Kiri.

Sekian...semoga jumpa lagi. :)


My New Header


Assalammualaikum...

Sebelum siti sambung entry pasal anak-anak belajar puasa, nak tanya satu soklan dulu. Korang perasan tak..perasan ker tak? hehehe....bagi yang selalu jenguk2 blog siti la walau tuan rumah asyik hilang jer. Cuba tengok header blog Yang Ku Sayang ni. Ada nampak kelainan? hehehe....siti dah ada header baru. Cantik tak? Cepat cakap cantik kalau tak babap karang. :)
Special thanks buat sahabat siti Rosalina Alyna aka Apel sebab buatkan header yang cantik ni untuk siti. Apel ni sebenarnya bakal besan kita (cheeewahhhhh). Camna leh jadi bakal besan?
Hehehe...kisah bermula sejak 4 tahun dulu la kot rasanya melalui Mama Club kat satu forum ni. Kenal Apel melalui Mama Club tu la. Pastu tetiba terkenan ngan anak teruna dia yg comei sgt masa tu lalu dikenenkan la ngan Batrisyia. hehehe....gitu la serba ringkas citernya. Mana tahukan..kot2 ada jodoh betul, tak berbesan kita nanti yer Apel? hik2.


Apepun, terima kasih banyak2 yer Apel. Kalau rajin, nanti buatkan sekali tuk footer ker, signature ker, watermark ker....hehehe....Lebih2 lak yer...Dah bagi betis nak peha lak....:)

Sekian...Semoga berjumpa lagi...






Aug 10, 2011

Anak-anak Belajar Berpuasa

Assalammualaikum.....
Lama betul siti tinggalkan blog ni kesepian. Kesian....tuan rumah dah hampir-hampir lupa pada kewujudan blog ni yang suatu masa dulu pernah menjadi teman setia. Kalau sehari tak dapat update blog, rasa macam ada sesuatu yang tak kena.
Entah kenapa, hari ni rasa rindu pulak....rindu dengan blog ni..rindu dengan kawan2 yang sama-sama berblogging suatu masa dulu. Entahkan mereka masih ingat atau sudah lupa pada siti...:)

Oklah..intro taknak panjang-panjang. Rasanya belum terlambat untuk siti mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam seluruh dunia amnya, & umat Islam di Malaysia khususnya. Semoga ibadah puasa kali ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik & sempurna.

Entry sulung kali ni (setalah lama tak berupdate) siti nak menceritakan pengalaman siti yang pertama kali mengajar anak-anak berpuasa. Pada mulanya tak terlintas pun dihati nak suruh mereka berdua berpuasa pada tahun ni memandangkan usia mereka yang masih muda. Mengenangkan siti dulu pun mula belajar berpuasa ketika umur 8/9 tahun.
Pada hari pertama bersahur, siti kejutkan juga anak-anak untuk bangun sama-sama bersahur. Agak teruja Kak Long & Kak Ngah untuk berpuasa, jadi semangat juga mereka bangun untuk bersahur walaupun makan tidak la sebanyak mana.

Pada hari pertama berpuasa, siti terpaksa hantar Kak Long & Kak Ngah ke rumah bbsitter lama mereka (bbsitter Wafi sekarang) kerana PASTi 3P tutup sempena 1 Ramadhan. Disebabkan siti tidak berniat untuk bagi Kak Long & Kak Ngah puasa, maka siti takde la pesan pada bbsitter supaya jangan bagi Kak Long & Kak Ngah makan. Dalam fikiran siti, anak-anak masih kecil, mesti mereka tak tahan untuk menahan lapar. Tapi semasa siti sampai di pejabat, siti terfkir, apa salahnya kalau kita cuba untuk ajar mereka berpuasa. Lalu siti sms bbsitter supaya cuba untuk tidak memberi anak-anak makan terutama Kak Long sehingga tengahari. Tapi, rupa-rupanya Kak Long & Kak Ngah dah selamat makan kek & nugget bersama air milo di rumah bbsitter. Takpe la....anak-anak masih kecil.

Pada hari kedua Ramadhan, siti masih lagi kejutkan Kak Long & Kak Ngah untuk bersahur. Paginya seperti biasa papa hantar ke PASTi 3P. Petangnya ketika ambik Kak Long & Kak Ngah, siti tanya pada Kak Long, "Kak Long puasa ker hari ni?" Kak Long cakap "puasa". Siti cuma senyum jer sebab memang biasa budak-budak kalau kita tanya puasa ker tak, mereka akan jawab puasa walaupun sebenarnya tak puasa. Tapi..rupanya apa yang Kak Long cakap memang betul bila cikgu bagi tahu siti yang Kak Long & Kak Ngah memang puasa, tak makan apa-apa pun.
Memang siti rasa terkejut sangat tambah teruja. Tak sangka pulak mereka berdua boleh bertahan. Menurut cikgu PASTi, kalau anak-anak bangun bersahur, cikgu akan cuba pastikan yang anak-anak berpuasa. Bagi anak-anak yang berpuasa, cikgu akan bagi jajan (air kotak, kuih muih, biskut, ext) untuk berbuka bagi menggalakkan mereka supaya berpuasa. Alhamdulillah...syukur pada Allah taala.

Tapi ada cerita yang berlaku masa siti dalam kereta dengan Kak Long & Kak Ngah. Nanti la siti cerita yer. Nak kena pump susu dah ni. Kejap lagi dah nak balik. Macam biasa balik dari office, ambik anak-anak & bergegas masak untuk berbuka....Semoga jumpa lagi...:)