Nov 2, 2011

Bercuti di Sabah...Day 3 (Poring Hot Spring & Canopy Walk)

22/10/11..Day 3

Perjalanan pada hari ke-3 diteruskan ke Poring Hot Spring yang terletak 19km dari Pekan Ranau. Kami tiba di Poring Hot Spring lebih kurang pada pukul 2.30 petang.
Tiket masuk ke Poring adalah sebanyak RM3/pax bagi dewasa dan RM1/pax bagi kanak2 yang telah bersekolah.

Banyak tempat menarik yang boleh kita lawati di Poring ni, tapi kami cuma memilih untuk canopy walk & berendam air panas sahaja.

Tempatnya agak cantik & tersusun sahaja.

Melalui jambatan ini sebelum sampai ke tempat air panas.

Untuk ke canopy walk kita perlu membayar entrance fee sebanyak RM3/pax untuk dewasa & RM1/pax untuk kanak2 yang telah bersekolah. Kamera juga dikenakan charge sebanyak RM5.

Untuk sampai ke canopy walk kita perlu mendaki setinggi lebih kurang 700m. Fuhhh..memang agak memenatkan tapi kami sangat seronok. Udara di dalam hutan sangat nyaman & permandangannya sangat cantik.

Memulakan edisi pendakian. Bersemangat semuanya.



Uik..sempat lagi papa bertelefon dalam hutan nih..hik2.

Anak2 yang memang tak tahu penat. Laju jer masa mendaki tu Ni pun suruh diorg rehat jap sambil tunggu yang lain yang masih ketinggalan...hik2..

Dah sampai kat tempat canopy walk...Pondok Manggas...muka keletihan...


Menunggu giliran untuk naik canopy walk. Cuma 6 orang dibernarkan melalui canopy walk dalam satu-satu masa. Panjang canopy walk adalah 1.7m dan terdapat sebanyak 4 check point. Hati memang berdebar-debar sebab tak pernah naik pun sebelum ni. Tambah lagi dengan ketinggiannya tu, memang mencabar.


Nampak tak muka cuak tu. bergoyang-goyang tau...Memang tak berani nak pandang ke bawah.
Anak-anak memang takde rasa takut langsung..bagus diorang nih.


Mak yang memang kuat semangat. Walaupun dalam takut-takut (takut yang amat sgt), namun mak berjaya jugak melaluinya..

Fuhhhh..berjaya sampai ke check point...dapat la juga tarik nafas lega sebelum lalu canopy walk yang seterusnya.

Kali ni kena dukung Wafi lak sebab dia mengamuk-ngamuk nak dengan siti sebab nak zzzz...Tapi kali ni siti dah berani sikit, so takde masalah pegang sebelah tangan...hahaha..eksyen tuhhh...




Selepas bercanopy walk, kami terus ke tempat air panas untuk rendam kaki. Plan asalnya kami nak la jugak mandi manda dalam air panas tapi disebabkan masa yang tidak mencukupi, rendam kaki jer la.


Anak-anak pula diberi kesempatan untuk mandi di Rock Pool. Kena la jugak bagi mandi walaupun sekejap sebab dari masa sampai lagi diorg dah terjerit2 cakap nak mandi.


Disebabkan kami ingin buat fish massage dengan ikan kelah di ‘Tagal’ Sungai Moroli, kami tak dapatlah berlama-lama di Poring. Ketika itu jam sudah menjangkau ke pukul 4.30 dan kami perlu bergerak segera ke ‘Tagal’ Sungai Moroli kerana tempatnya akan tutup pada pukul 6.

Sambungannya dalam next entry la yer. :)

Bercuti di Sabah...Day 3 (Kundasang & Desa Cattle)

22/10/11....Day 3

Pada hari ke 3 , kami akan meneruskan perjalanan ke Kundasang & Ranau yang terletak hampir 100km dari bandar KK. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Selesai sahaja urusan daftar keluar dari Marina Court pada pukul 7.30 pagi kami terus memulakan perjalan ke Kundasang.

Selamat tinggal Marina Court....

Di dalam perjalanan kami singgah di sebuah kedai mamak untuk sarapan.

Perjalanan ke Kundasang menyajikan permandangan yang sangat indah. Dari jauh, kita sudah boleh lihat puncak Gunung Kinabalu. Disebabkan agak sukar untuk kita lihat papan tanda ke Kundasang, kami berhenti beberapa kali untuk bertanya. Alhamdulillah, perjalanan tidaklah sesukar mana.

Di dalam perjalanan, kami sempat berhenti di salah satu tempat yang disediakan untuk kita bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Sebenarnya, untuk melihat puncak Gunung Kinabalu dengan jelas, bergantung kepada keadaan cuaca. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan (hujan), maka puncak Gunung Kinabalu akan diselaputi kabus (awan).


Indah sungguh ciptaan Allah swt. Sepanjang perjalanan, kami tidak lepas2 untuk melihat ke arah puncak Gunung Kinabalu yang sangat cantik ini.

Destinasi pertama yang ingin kami tuju hari ini adalah Kinabalu Park. Tetapi ketika kami sampai, mereka tidak membenarkan kereta dibawa masuk ke dalam kerana ada aktiviti yang siti tidak berapa pasti. Kami hanya boleh letak kereta di bawah/di luar dan berjalan kaki untuk masuk kedalam yang siti rasa agak jauh juga. Jadi kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan sahaja & tidak singgah di Kinabalu Park.

Destinasi kami yang seterusnya adalah ke Desa Cattle untuk melihat ladang lembu yang dikatakan sangat cantik hampir menyerupai ladang lembu yang ada New Zealand. Jadi, kami sangat teruja untuk melihat sendiri permandangan tersebut.

Sebelum ke Desa cattle, kami singgah dahulu di gerai-gerai yang menjual pelbagai buah-buahan & bermacam-macam kuih muih di Kundasang. Disebabkan kami tidak tahu arah tuju yang betul untuk ke Desa Cattle (tak nampak signboard pun), kami sempat bertanya kepada penjual di situ. Rupa-rupanya kami telah terlajak sedikit dari simpang untuk ke Desa Cattle.


Setelah kami usai membeli sedikit buah-buahan dan kuih, kami terus menuju ke Desa Cattle. Jalan yang kami terpaksa lalui agak mencabar dengan keadaan jalan yang agak curam. Walaupun mencabar, kami semua tetap rasa sangat teruja. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni kan. Hik2.

Kami tiba di Desa Cattle pada pukul 11pagi. Kita boleh membeli susu lembu segar yang ada dijual di sini. Siti pun tak lepaskan peluang untuk mencuba rasa susu segar yang tidak dicampur dengan apa2 bahan pengawet. Susu yang dibeli tidak boleh disimpan terlalu lama. Jika tidak dimasukkan ke dalam peti ais, ia hanya boleh bertahan selama 4 jam sahaja. Sekiranya ingin melihat bagaimana proses perahan susu lembu di buat, kita boleh melawat Desa cattle pada pukul 3 petang.

Tiket masuk untuk ke Desa Cattle adalah RM3/pax bagi dewasa & RM1/pax bagi kanak2 yang telah bersekolah.

Hik2..baju siti pun dah sama dengan kulit lembu..memang betul2 mengikut tema..hahahaha




Kami...


Permandangan di sini memang cantik dengan udara yang sejuk. Sesekali angin menyapa badan, terasa hingga ke tulang.

Selesai melawat Desa Cattle, kami meneruskan perjalanan ke Ranau untuk ke Poring Hot Spring. Sebelum ke Poring, kami singgah di Pekan Ranau untuk makan tengahari. Di sini, kita perlu berhati-hati memilih kedai makan yang betul2 terjamin halal kerana siti rasa majoritinya penduduk di sini adalah beragama Kristian. Ini kerana sepanjang perjalanan ke sini, terdapat begitu banyak signboard gereja di tepi jalan.






Harga makan tengahari ni Ranau agak murah. Untuk kami sekeluarga harga semuanya cuma RM50++ sahaja. :).

Disebabkan perjalanan pada hari ke-3 sangat panjang & banyak tempat yang kami lawati, maka siti terpaksa la buat banyak sikit entry untuk hari ke-3 yer. :)..[Perjalanan yang seterusnya akan disambung dalam next entry.