May 20, 2011

Takoyaki

LinkAkhirnya...tercapai juga hasrat nak buat takoyaki sendiri. Puas hati dapat makan banyak-banyak. Siti beli kuali takoyaki dari Kak Mimi. Jauh dari Penang datangnya kuali takoyaki nih. Siapa2 yang nak order boleh jenguk blog Kak Mimi yer. Resepi takoyaki ni siti ambik dari blog Hana. Siti punya ni tak guna sotong, so sebenarnya takleh la letak nama tako(sotong). Siti guna crabstick, tapi tak tahu la dalam bahasa Jepun panggil aper. So, siti letak la jugak nama takoyaki yer....hehehe....
Thanks Hana sebab sudi kongsi resepi. Siti copy & paste jer la resepi dari blog Hana.

Takoyaki
Source: Hana Memories

Bahan-bahan

  • *250g tepung takoyaki - bleh ddapati d jusco section japanese food
  • *2 biji telur
  • *750ml air
Bahan Isi
  • tako@sotong - bleh juga crab stick - potong kecil2
  • kubis - cincang halus
  • keropok - mcm dlm gambar.kat mesia tak tau ade ke tak (siti letak bawang besar cincang)
Bahan Topping
  • mayonis
  • sos okonomiyaki - klu tk jumpa leh gune kicap manis+sos tiram - siti tukar ngan sos cili
  • fish flakes @ ikan parut
  • nori halus - siti tak letak
  • Kalau taburkan daun bawang pun sedap, tapi siti takde stock
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan2 *. kacau supaya tdk berketul2.
  • panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit. kalau xde bleh gune acuan kuih cara.
  • tuang adunan tepung ke dalam acuan.
  • cepat2 masukkan bahan2 isi ke dalam tepung.
  • tuang lagi adunan tepung menutupi semua kuih takoyaki tuh.
  • balik2kan menggunakan chopstick/lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
  • dah masak angkat.
  • tuang sos okonomiyaki dan juga mayonis. taburkan nori dan juga fish flakes.
  • siap utk dmakan! sedap makan panas2!

Apr 18, 2011

Pesta Sukan PASTi Kawasan Puchong

Assalammualaikum...
Dah lama siti tak update blog. Sekarang ni memang rasa kurang rajin sikit nak update.
Tapi kali ni siti nak sangat berkongsi kenangan siti yang indah dalam blog siti ni, supaya suatu masa nanti siti boleh mengimbau kembali kenangan2 bersama anak-anak PASTi yang cilik tetapi berbakat ini.

Pesta Sukan PASTi bagi kawasan Puchong telah diadakan pada 17/4/11 bertempat di Tongga de Futsal, Pinggiran Putra. Dua sukan yang dipertandingkan iaitu bola sepak dan bola jaring. 12 pasukan dari Pasti Kawasan Puchong telah menghantar wakil masing-masing. Pasti Putra Permai telah menghantar 2 pasukan untuk bertanding dalam sukan bola jaring & dua pasukan dalam sukan bola sepak.

Alhamdulillah..siti dapat menyumbangkan sedikit tenaga dan ilmu yang diberikan oleh Allah swt untuk melatih anak-anak cilik ini untuk bermain bola jaring bersama-sama dengan jurulatih & guru-guru yang lain. Syukur juga kerana Allah swt kerana memberi siti kesempatan walaupun siti sibuk bekerja ditambah lagi dengan adanya anak sekecil Wafi. Terima kasih kepada pengasuh siti & papa yang banyak membantu.

Setelah hampir 2 bulan kami berlatih, mengeluarkan peluh, berkorban masa & tenaga, Alhamdulillah...Allah memberikan kemenangan kepada kami . Sesuatu yang tidak dijangka oleh siti pada mulanya. Tetapi berkat kesungguhan anak-anak cilik ini bermain, kejayaan menjadi milik kami jua. Pasukan bola jaring (A) telah menjadi johan dalam sukan kali ini. Buat Pasukan bola jaring (B) dan pasukan bola sepak, walaupun terkandas tetapi tetap memberikan tentangan yang hebat & baik. InsyaAllah..kita akan cuba lagi pada tahun hadapan.

Siti cuma sempat ambil gambar ketika majlis penyampaian hadiah sahaja kerana agak sibuk menguruskan pasukan & memberikan sokongan. Buat guru-guru Pasti Putra Permai, jurulatih2 & ibu bapa, kita akan berusaha lebih kuat lagi pada tahun hadapan supaya kejayaan yang lebih besar akan diperolehi...Amin.


Siti bersama pemain-pemain cilik 3P (A)

Menunggu majlis penyampaian hadiah

Pemain cilik yang berbakat (dari depan): Adik Ireen (C), Adik Hazirah (GA), Adik Izzah (GD), Adik Bilqis (GK), Adik Roaina (WD), Adik Aleesa (GS), Adik Fatin (S)..tiada dalam gambar..Adik Yasmeen (WA)..


Kamilah Juara!!! Johan Pertandingan Bola Jaring..

Pemenang Gol Emas (shooter terbaik)..Adik Aleesa..kecil-kecil cili api.



Pemenang tempat ketiga

Pemenang tempat kedua..Pasti Bestari

Piala yang menjadi rebutan


Pemain bersama jurulatih & guru-guru Pasti Putra Permai


Dari Kiri : Pn Hasnah (pengurus), Siti (jurulatih), Eli (jurulatih) & Kak Era (jurulatih)

Yang terlibat & yang memberi sokongan (guru2, jurulatih & ibu bapa)



Lastly...gambar ibu & anak2...hehehe



Kak Long yang berramin untuk pasukan bola jaring (B). Walaupun kalah tetap happy.....dah penat sangat...dari pagi sampai petang..tudung pun dah bukak..isk..isk..


Feb 16, 2011

Pizza (gebu)

Assalammualaikum...

Entry kali ni nak tanyang gambar pizza yang tersangat la mewah dengan bahan-bahannya. Kalau buat pizza sendiri memang macam ni la kan..macam2 kita boleh letak. Rasanya dah lama jugak siti tak pergi makan pizza kat Pizza Hut. Kalau terasa nak makan atau anak2 request, mmg buat sendiri jer la. Maklum la, sejak ada BM..semuanya jadi mudah...hehehe...


Disebabklan anak2 siti memang la suka sangat makan pizza, maka lebihan doh roti gula kat bawah sana tu, siti buatla base pizza. Tak sampai 5 minit...dah siap pizza untuk dibakar. Makan panas2, memang sedap..tambah lagi letak cheese banyak2 (tak ingat dah pasal diet)...

Untuk topping, mula-mula siti ratakan sos cili + sos spaghetti kimball (beli jer kat giant). Lepas tu letak sardin (yang dah dihancurkan), crab stick & hotdog. Kemudian, siti picitkan mayonis & thousand island dressing. Last sekali barulah taburkan cheese. Siap. Jom makan...tapi kena buat sendiri la yer..Yang ni dah licin masuk perut. :)

Fresh from oven

Yang belum dibakar