Apr 18, 2011

Pesta Sukan PASTi Kawasan Puchong

Assalammualaikum...
Dah lama siti tak update blog. Sekarang ni memang rasa kurang rajin sikit nak update.
Tapi kali ni siti nak sangat berkongsi kenangan siti yang indah dalam blog siti ni, supaya suatu masa nanti siti boleh mengimbau kembali kenangan2 bersama anak-anak PASTi yang cilik tetapi berbakat ini.

Pesta Sukan PASTi bagi kawasan Puchong telah diadakan pada 17/4/11 bertempat di Tongga de Futsal, Pinggiran Putra. Dua sukan yang dipertandingkan iaitu bola sepak dan bola jaring. 12 pasukan dari Pasti Kawasan Puchong telah menghantar wakil masing-masing. Pasti Putra Permai telah menghantar 2 pasukan untuk bertanding dalam sukan bola jaring & dua pasukan dalam sukan bola sepak.

Alhamdulillah..siti dapat menyumbangkan sedikit tenaga dan ilmu yang diberikan oleh Allah swt untuk melatih anak-anak cilik ini untuk bermain bola jaring bersama-sama dengan jurulatih & guru-guru yang lain. Syukur juga kerana Allah swt kerana memberi siti kesempatan walaupun siti sibuk bekerja ditambah lagi dengan adanya anak sekecil Wafi. Terima kasih kepada pengasuh siti & papa yang banyak membantu.

Setelah hampir 2 bulan kami berlatih, mengeluarkan peluh, berkorban masa & tenaga, Alhamdulillah...Allah memberikan kemenangan kepada kami . Sesuatu yang tidak dijangka oleh siti pada mulanya. Tetapi berkat kesungguhan anak-anak cilik ini bermain, kejayaan menjadi milik kami jua. Pasukan bola jaring (A) telah menjadi johan dalam sukan kali ini. Buat Pasukan bola jaring (B) dan pasukan bola sepak, walaupun terkandas tetapi tetap memberikan tentangan yang hebat & baik. InsyaAllah..kita akan cuba lagi pada tahun hadapan.

Siti cuma sempat ambil gambar ketika majlis penyampaian hadiah sahaja kerana agak sibuk menguruskan pasukan & memberikan sokongan. Buat guru-guru Pasti Putra Permai, jurulatih2 & ibu bapa, kita akan berusaha lebih kuat lagi pada tahun hadapan supaya kejayaan yang lebih besar akan diperolehi...Amin.


Siti bersama pemain-pemain cilik 3P (A)

Menunggu majlis penyampaian hadiah

Pemain cilik yang berbakat (dari depan): Adik Ireen (C), Adik Hazirah (GA), Adik Izzah (GD), Adik Bilqis (GK), Adik Roaina (WD), Adik Aleesa (GS), Adik Fatin (S)..tiada dalam gambar..Adik Yasmeen (WA)..


Kamilah Juara!!! Johan Pertandingan Bola Jaring..

Pemenang Gol Emas (shooter terbaik)..Adik Aleesa..kecil-kecil cili api.



Pemenang tempat ketiga

Pemenang tempat kedua..Pasti Bestari

Piala yang menjadi rebutan


Pemain bersama jurulatih & guru-guru Pasti Putra Permai


Dari Kiri : Pn Hasnah (pengurus), Siti (jurulatih), Eli (jurulatih) & Kak Era (jurulatih)

Yang terlibat & yang memberi sokongan (guru2, jurulatih & ibu bapa)



Lastly...gambar ibu & anak2...hehehe



Kak Long yang berramin untuk pasukan bola jaring (B). Walaupun kalah tetap happy.....dah penat sangat...dari pagi sampai petang..tudung pun dah bukak..isk..isk..


Feb 16, 2011

Pizza (gebu)

Assalammualaikum...

Entry kali ni nak tanyang gambar pizza yang tersangat la mewah dengan bahan-bahannya. Kalau buat pizza sendiri memang macam ni la kan..macam2 kita boleh letak. Rasanya dah lama jugak siti tak pergi makan pizza kat Pizza Hut. Kalau terasa nak makan atau anak2 request, mmg buat sendiri jer la. Maklum la, sejak ada BM..semuanya jadi mudah...hehehe...


Disebabklan anak2 siti memang la suka sangat makan pizza, maka lebihan doh roti gula kat bawah sana tu, siti buatla base pizza. Tak sampai 5 minit...dah siap pizza untuk dibakar. Makan panas2, memang sedap..tambah lagi letak cheese banyak2 (tak ingat dah pasal diet)...

Untuk topping, mula-mula siti ratakan sos cili + sos spaghetti kimball (beli jer kat giant). Lepas tu letak sardin (yang dah dihancurkan), crab stick & hotdog. Kemudian, siti picitkan mayonis & thousand island dressing. Last sekali barulah taburkan cheese. Siap. Jom makan...tapi kena buat sendiri la yer..Yang ni dah licin masuk perut. :)

Fresh from oven

Yang belum dibakar


Bun Lembut Osaka

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran hari ni dengan roti yang sangat gebu & lembut ni. Haha..sebelum apa2 jangan puji2 siti sebab rajin menguli roti yer....Ini kerana siti menggunakan khidmat bibik melayu atau nama lainnya Bread Maker (BM) untuk uli doh roti ni...hahaha....
Kalau nak menguli pakai tangan, memang tak jadi roti la gamaknya. Bukannya apa...dulu2 siti pernah gak main uli2 tepung ni untuk buat pau & roti. Tapi, sejak adanya Wafi, memang takleh harap la kalau nak berlama2 kat dapur. Manjanya...Allah swt jer yang tahu..(mak cakap ikut perangai siti masa kecik2 dulu)..So, memang takleh nak komplen lebih2...hehehe.

Resepi roti ni siti ambik dari dapur Ros Jintan Manis yang terkenal dengan resepi rotinya yang lembut lagi gebu. Kalau tak, takkanlah resepi2nya tu boleh masuk dalam majalah kan. Kalau tak silap siti majalah Mingguan Wanita. Maaf la yer Ros, siti dah derhaka sikit kat resepinya tu dengan meletakkan gula sebagai topping..Nak tahu macamana Ros boleh dapat nama Bun Lembut Osaka, kena la pergi baca kat blog Ros yer. Sambil2 tu..boleh jugak belek2 resepi yang best2.
Mintak halal yer Ros, siti nak copy paste resepinya kat sini. Terima kasih.


Bun Lembut Osaka
Sumber: Ros @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( Untuk Doh)

300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux - siti ganti dengan bread softener
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam

* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu

resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.