Mar 18, 2009

Best Mom Award & Tag dari Connie



Baru dapat ambik award ni. Thanks Connie atas ingatan yer. Best sgt dpt award nih. Len kali bagi lagi byk2 award kat siti yer. Hehehe..

Nak ambik award ni ada rules gak. kena jawab soklan lak. Ermmmm...

Admit one thing you feel awful about (involving being a mom).

Suara singa siti selalu keluor bila anak2 buat hal time siti balik kerja/penat sgt2. Sian anak2 jadi mangsa. Huhu...

List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

1. Bila anak2 cakap "Kakak/adik sayang ibu"

2. Kakak/adik petah sangat bercakap. Kadang2 unexpected words keluar dari mulut diorg.

3. Kakak & Adik manja sgt ngan siti. Nak tidur mesti cari siti, pastu siti kena peluk dua2 kalau tak mesti salah sorang jealous. Kalau bangun malam, tgk siti takde mesti terus "waaaaaaaa....ibuuu..ibuuuuuuu".

4. Aktiviti yang siti selalu buat ngan anak2..makan sama2..tgk tv sama2....pastu siti suka sgt peluk2 & cium diorg. Tu pun mesti kena dua2 & adil. Hehehe..dua beradik ni dah macam kembar..hehehe...

5. Siti rasa apa yg anak2 suka tentang siti ialah, siti suka masak apa yang diorg suka makan. hahahaha

6. Siti pun suka belikan diorg baju. Kalau tanya anak2 sapa yg belikan baju mesti diorg jawab "ibuuuuuu".. hehehehe.

7. Siti sayang sangat anak2 siti sebab diorg la penyeri hidup siti. Tanpa mereka sunyi lah siti. Tak sanggup rasanya nak berpisah. Siti tak pernah lagi berpisah ngan diorg lebih dari sehari. Tu pun kalau kat office asyik teringat kat diorg. Sayangggg kakak & adik.

Rentetan Perjalanan (Pulau Pinang ) - 4

Hari Keempat (16/3/2009)

Dah tiba masa tuk kemas2 & check out. Sebelum check out macam biasa gi breakfast kat hotel dulu. Makan puas2....hahahaha...

Lepas jer check out, dalam kul 11 siti terus bertolak ke Kuala Ketil tuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat siti masa kat UNITEN dulu, Siti Asyikin. Majlis diadakan serentak dengan adiknya, Siti Asyraf. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 15 minit.

Memang meriah majlisnya walaupun dibuat pada hari Isnin. Macam2 makanan ada. Selain nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging + batang pisang, dalca...tetamu juga dihidangkan ngan laksa penang. Air pun ada bermacam2 jenis termasuk la teh tarik. Siti cuma makan laksa jer sebab perut dahs enak breakfast banyak kat hotel. Huhuhu..rugi tak mkn gulai daging batang pisang.


Siti Asyikin & suami (baju hijau)...Siti Asyraf & suami (Baju gold)..Sama cantik sama padan.



Bersama sahabat2 karib masa kat UNITEN.

Siti tak singgah lama kat majlis perkahwinan Syikin. Dalam kul 2 ptg, siti dah bertolak balik & tiba di Seri Kembangan pada pukul 7.30 malam.

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku. InsyaAllah, kalau panjang umur...siti akan bercuti lagi ke Pulau Pinang....Tamat.

Rentetan Perjalanan (Pulau Pinang) - 3

Hari Ketiga (15/3/2009)

Macam biasa turun breakfast kat hotel. Kali ni pun makan banyak gak. Tak tahu nak makan mana satu sebab semuanya nampak sedap. Hahaha...



Bergambar kat hotel sebelum gi jalan-jalan.

Destinasi kali ni ialah Toy Museum. Dekat jer ngan hotel tempat siti menginap. Nak masuk sini kena bayar RM10 tuk dewasa & RM6 tuk kanak atas 2 tahun. Macam2 watak kartun ada. Jom layan gambar.



Lepas habis melawat toy museum, siti terus ke pusat bandar. Cadangnya nak cari jeruk. Memula park kat Komtar. Cari punya cari tak jumpa gak tempat orang jual jeruk. So, tanya la orang. Rupanya tempat org jual jeruk tu tak jauh dari komtar. Tapi kalau berjalan kaki, berpeluh wooo ngan cuaca panas sgt. Nama tempat tu Chowrasta Market. Ada byk pilihan kedai. Pilih jer mana yang suka. Bab harga siti rasa takde beza dari satu kedai ngan kedai yang lain. Siti pun borang la pelbagai jenis jeruk & asam. Hehehehe...tak sempat nak snap gambar sebab crowded sgt.

Habis memborong jeruk, terus balik kat hotel. Papa cuma bungkuskan nasi kandar. Cuaca yang panas membuatkan kami tak selesa nak duk kat luar lama2. Baik mkn kat hotel jer. Ada aircond. Hehehe. ...Lepas tu sempat la bwk anak2 kat pool main air lagi. Malamnye time tuk rest sebab esok papa nak kena drive jauh tuk balik ke KL.