Mar 19, 2013

Setelah Lama Menyepi...

Assalammualikum.
Sudah terlalu lama siti meninggalkan blog Yang Ku Sayang.
Rindu..sudah pasti. Tetapi, tiada keizinan untuk siti mencoretkan sesuatu di sini.
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan oleh Allah swt.


Setelah lama menyepikan diri, siti tidak tahu hendak bermula dari mana. Mungkin cuma dapat menceritakan update terkini setelah lama tidak mencoretkan apa2.

Mungkin ramai yang tidak tahu yang siti telah pun menjadi suri rumah sepenuh masa bermula dari 1.1.2012. Maknanya dah hampir setahun lebih dah kan. Sekejap jer. Alasan berhenti kerja pastilah kerana anak-anak & keluarga. Alhamdulillah, tiada sedikit pun penyesalan bila dah berhenti kerja ni. Siti bebas buat apa saja. Nak kemana-mana pun takde masalah. :) Yang paling penting siti dapat beri perhatian 100% terhadap perkembangan & pendidikan anak2.


Banyak perubahan yang baik dan kenangan yang indah terjadi dalam tahun pertama siti menjadi suri rumah sepenuh masa terutama dalam pendidikan anak2. Alhamdulillah, kejayaan yang mereka kecapi walaupun masik diperingkat awal pendidikan membuatkan pengorbanan siti dirasakan amat berbaloi.
Apapun semua yang terjadi adalah di atas bantuan Yang Maha Pencipta. Syukur Alhamdulillah.




Tahun 2013, Kak Long telah mula bersekolah dalam darjah 1. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami apabila Kak Long lulus ujian kemasukan darjah 1 di Sekolah Rendah Islam ABIM (SERI ABIM), Sungai Ramal, Kajang.  Siti dan papa bersepakat untuk menghantar Kak Long di SERI ABIM kerana kami ingin Kak Long meneruskan pendidikan di sekolah yang menitikberatkan pelajaran berteraskan Islam. Tambahan lagi kami tidak mahu apa yang Kak Long belajar di PASTI akan hilang begitu sahaja jika tidak dipraktikkan pada setiap masa. Walaupun terpaksa berulang alik agak jauh untuk mengambil dan menghantar Kak Long, namun kami tetap harungi dengan senang hati. Semoga pengorbanan yang kami lakukan adalah yang terbaik untuk anak-anak.








Kak Ngah pula sudah berumur enam 6 tahun & masih lagi belajar di PASTi Putra Permai untuk tahun yg ke-3. Kak Ngah mula belajar di PASTi sejak dari umur 4 tahun lagi. Seperti tahun lepas, Siti amat berharap Kak Ngah akan meneruskan kecemerlangannya pada tahun ini. Apepun, PASTi memang memberikan pendidikan awal sekolah yang terbaik merangkumi duniawi & ukhrawi. Alhamdulillah.









Masih lagi menjadi anak bongsu, Wafi pula sudah berumur 4 tahun. Pejam celik-pejam celik, dah besar pun Wafi. Disebabkan Wafi lahir pada hujug tahun, siti membuat keputusan untuk tidak menghantar Wafi ke PASTi lagi. Tambahan lagi, siti masih boleh mengajar Wafi di rumah. Wafi ni agak manja. Maklumlah, dah biasa duduk dengan siti kat rumah. Jadi, susahlah sikit untuk berenggang. :)

Cukup dulu coretan pembuka tirai setelah lama menyepi..hik2..Ni pun dah panjang lebar sgt rasanya. InsyaAllah, ada kelapangan, siti update lagi yer. :)