Dec 23, 2010

Marble Cheese Cake




Fuhh..fuhhh..setelah sekian lama siti tak menayangkan (ayat tak ingat) hasil keras tangan siti kat dalam blog ni, akhirnya terkeluor jugak entry masak-memasak ni. Hehehe...sebenarnya aktiviti memasak siti memang berjalan seperti biasa (sama gak cam orang lain). Maklum la memasak ni merupakan aktiviti kegemaran siti la. Kalau time cuti2 tu..takleh nak duduk saja..mesti rasa macam nak masak macam2 (makan macam2..sebab tu tak kurus2). Tapi mood nak ambik gambar tu macam kurang sikit. Lepas siap masak..ngap..licin...hehehe

Marble Cheese Cake ni siti buat dah lama, masa mak siti datang rumah awal bulan 12 hari tu. Bila mak ada nih..galak sikit la aktiviti membaking siti sebab ada orang boleh tengokkan Wafi (yg manja itu). Resepi siti ambik dari blog Hana. Tergoda siti tengok marble cheese cake kat blog Hana tuh. Resepi asal katanya dari Kak Maz. Apa pun marble yang siti buat takla secantik kat blog Hana tu sebab siti takde coklat emelco. Guna paste coklat jerk. So bila tambah dalam adunan cheese, dia jadi cair sikit. Oklah..semak resepi yer.siti copy paste dari rumah Hana jer la. Siti ubah sikit sukatan menggunakan 250 g cream cheese sebab guna loyang 8 inc. Memang sedap sgt2 tau. Jannah & Batrisyia suka sangat makan cake ni. Sehari jer dah licin..



MARBLE CHEESE CAKE
by: http://hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

Base
(lapisan bawah)

  • 100g biskut marrie @ apa-apa biskut yang sesuai (siti pakai 150g)
  • 50g butter - dicairkan (siti letak 60g)
Filling Cream Cheese
  • 200g creamcheese (suhu bilik) (siti letak 250g)
  • 75g gula halus (siti letak 100g gula icing)
  • 135g yogurt plain @ apa-apa perisa ikut citarasa (siti pakai satu bekas kecik plain yogurt, 140g)
  • 10g tepung jagung (siti pakai 15g)
  • 1 biji telur saiz B (siti letak 2 biji telur saiz C)
  • 80ml whipping cream (siti letak 100ml)
  • 1/2 sudu besar jus lemon (siti letak 1 sudu)
  • 1/2 sudu besar lemon zest - tak letak, takde stock
  • sedikit coklat emelco - untuk buat marble (siti pakai coklat paste)
  • Loyang loose pan 7 inci yang dibalut dengan aluminium foil (siti pakai loyang 8 inci)

Cara-cara

Untuk Base (Lapisan Biskut)

1. Hancurkan biskut dan gaul dengan butter cair sehingga jadi macam serbuk roti. Tekan-tekan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak dan simpan dalam peti selama 15-12 minit (bukan sejuk beku ye).

Untuk Filling

1. Panaskan oven 150 C.

2. Putar creamcheese hingga sebati. Kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan yogurt, putar lagi. Masukkan tepung jagung dan whipping cream dan pukul sebati. Akhir sekali masukkan jus lemon, lemon zest dan telur. Putar lagi sekadar untuk sebatikan semua adunan.

3. Tuang dalam loyang yang telah sedia dengan lapisan biskut tadi, ambil 1 sudu besar adunan dan campur dengan sedikit coklat emelco. Letak secara rawak diatas permukaan adunan dan lorekkan guna lidi satay.

4. Bakar dengan suhu 150C selama 1 jam 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing dengan cara steam bath (1 loyang berisi air panas kemudian baru letakkan loyang kek yang telah dibalut dengan aluminium foil).

5. Bila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam oven selama 1 jam (masa ni kek masih lagi sedikit lembut dibahagian tengah, kek akan keras sendiri bila disimpan dalam peti, buka sejuk beku ye) kemudian balut loyang kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti selama 12 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.

6. Lorekkan ditepi keliling kek dengan pisau yang bermata nipis agar kek tidak melekat pada loyang. Kemudian boleh la dilonggarkan loose pan tadi dan dihias ikut cara masing-masing. (jika perlu, celupkan dulu mata pisau dalam air panas, kemudian lap dan baru digunakan).



Dec 3, 2010

Yang Ku Sayang berwajah baru



Hari ni tetiba terajin lak siti nak menukar baju blog siti ni. Sebenarnya nak bagi mood berblogging tu ada balik. Tak tau nak cakap dah berapa kali siti tukar imej blog siti ni. tapi yang siti ingat, paling lama siti pakai background warna hijau dengan bunga besar yang ceria. Lepas tu siti tukar lak background warna merah hati & love2 yg banyak. Tapi siti masih rasa tak berapa sesuai kat mata siti. Agaknya siti suka blog siti ni bewarna hijau walaupun siti sebenarnya suka warna biru...hehehe. Kak Ngah kalau tengok ni mesti dia suka..sebab dialah peminat fanatik warna hijau. kalau boleh semer nak warna hijau. Kasut sekolah pun suruh beli warna hijau..hahahha....
Kali ni disebabkan terlalu rajin, header pun ditukar sekali....:)

Oklah....harap2 rakan2 blog masih sudi singgah blog siti ni, walaupun dah lama bersawang...hehehe....tuan rumah ni terlalu RAJIN (malas) sangat jenguk rumah ni ha...

Hati ibu yang menangis..

Hari ni saja nak berkongsi kesedihan yang siti rasakan & mana tahu ada ibu2 yang lain mengalami masalah yang sama seperti siti, boleh la berkongsi idea & cara penyelesaiannya...

Apa yang membuatkan siti sedih sangat (boleh dikatakan terlalu sedih) sebab dah 8 hari Wafi tak direct breastfeed. Macam yang siti pernah ceritakan sebelum ni, Wafi sekarang tengah demam dan mengalami sakit dalam mulut (ada keputihan kat lidah Wafi & ulser). Tapi demam Wafi dah berkurangan & keputihan kat lidah pun dah takde (siti cuci pakai berus gigi baby yang getah tu). Cuma ulser masih lagi ada dalam mulut Wafi. Semalam siti mintak babysitter letak daktarin oral gel kat mulut Wafi & nampak ada perubahan. Wafi dah mula makan & hisap susu dalam botol.

Tapi, siti masih heran kenapa Wafi taknak direct breastfeed sedangkan dia dah mula boleh hisap susu dalam botol. Malam2 siti akan suakan breast kat mulut Wafi & dia cuma biarkan jer puting dalam mulut dia & tak hisap pun. Kadang2 dia letak sekejap lepas tu dia akan tolak breast siti. Siti sedih sangat2. Kadang siti fikir mungkin sebab ulser tu masih ada dalam mulut, sebab tu la dia masih rasa sakit untuk hisap susu.

Ada tak mama lain pernah mengalami masalah macam siti ni? Adakah normal bila Wafi masih lagi menolak untuk direct BF sebab ulser masih ada dalam mulutnya. Tapi kenapa Wafi boleh hisap susu melalui botol?
Siti sangat risau bila memikirkan yang Wafi berkemungkinan akan menolak terus dari direct BF sebab dah terlalu lama dia tak melakukannya. Mungkin wafi akan terlupa bagaimana cara untuk direct BF......huhu..sedih sangat2...

Dec 2, 2010

Outing @ Cyberjaya

Kejadian ini dah agak lama berlaku. Dah sebulan lebih kot rasanya. Baru ni nak buat entry. Maklum la mood berbloging baru ada balik. Tu pun belum sepenuhnya.

Photoshoot dibuat di salah sebuah pusat rekreasi di Cyberjaya, dekat dengan MMU. Siti dah lupa nama betul tempat tu. Photoshoot yang tidak la dirancang sgt sebenarnya. Kebetulan adik & kawannya yang buat part time photographer dari Johor datang & bermalam di rumah siti sebab nak attend majlis pertunangan kawan adik. So, adik pun ajak la kakaknya ni gi ambik2 gambar. Siti pun dengan suka hati ikut la walaupun dengan ketiadaan papa yg bekerja...

Takde la beria sangat berphotoshoot benornya. Anak2 ala2 meragam sebab sibuk nak mandi kolam. So, ambik gambar gitu jer. Lepas bagi anak2 mandi kolam kejap, siti singgah Alamanda, Putarajaya & layan Big Apple.

Layan jer la sebahagian gambarnye yer..sikit jer yg post kat sini. Kang kalau post semer..muntah ijau lak org tengok...hahahaha






Tak bawak baju spare pun tuk mandi kolam..So, anak2 pakai seluor kecik jer....Belasah jer la..dah sibuk meragam nak terjun kolam.















Dec 1, 2010

Selamat Hari Lahir Emak & Wafi

Assalammualikum semua...entry siti yang terbaru setelah sekian lama menyepikan diri...

Sebenarnya siti nak buat entry ni last week. Tapi dek kerana susah sungguh nak upload gambar, maka tertangguh la sehingga hari ni...dah lewat beberapa hari dari tarikh hari jadi Wafi...

27/11/09..merupakan tarikh lahirnya Wafi ke dunia ini....setahun yang lepas. 27/11/10..genapla setahun usia Wafi. Cepat benar masa berlalu...

Dan ketika siti buat entry ini..Wafi berada dalam keadaan yang kurang sihat. Hampir 6 hari Wafi mengalami demam & sakit mulut. Tepat pada hari jadi Wafi yang pertama..wafi diserang demam yang agak tinggi...kemudian air liur wafi selalu meleleh. Doctor dah periksa dalam mulut Wafi, tapi tak nampak ada ulser, mungkin ulser kat dalam tekak. Doc tak dapat nak tengok dengan jelas kerana Wafi mengamuk semasa pemeriksaan. Sakit agaknya. Yang merisaukan siti, wafi tak boleh nak direct BF atau hisap melalui botol. Siti terpaksa menggunakan syringe untuk bagi Wafi minum susu. Wafi nampak agak lemah kerana kurang makan & minum. Moga anak ibu cepat sembuh seperti biasa...Ibu sangat2 risau dan rindukan anak ibu yang aktif & periang.


Sempena hari lahir Wafi yang pertama, kami mengadakan sambutan secara kecil2an. Siti rasa inilah kali pertama siti adakan majlis hari jadi untuk anak2 siti. Sebelum ni cuma prepare kek jer. Mungkin kebetulan Wafi lahir pada hari Raya Haji dan kami pulang ke kampung untuk merayakan Hari Raya Haji tahun ni..maka kami saja suka2 buat majlis makan2 ni pada malam Hari Raya Haji yang lepas. Kami sambut juga hari lahir emak yang jatuh pada 6/11/10..2 in 1. Kami memang tak menjemput sesiapa, cuma ada bapa saudara & jiran terdekat sahaja....Majlis Hari Jadi ditaja oleh my only sister..:)..Thanks Ceksu..

Layan gambar la yer...


Kek Hari Jadi...Coklat Banana from Secret Recepi...Sedap sgt...Licin...

With Birthday Boy....Happy 1st Birthday my beloved son, Muhammad Aliuddin Wafi. Ibu doakan yang terbaik untuk anak ibu buat selamanya...

Ya Allah..Kau peliharalah anakku..Muhammad Aliuddin Wafi..
Kau jahuilah dia dari segala malapetaka..
Kau berikanlah kesihatan yang baik kepadanya..
Kau jadikanlah dia anak yang soleh, yang cerdik & pintar
Dan kau jadikanlah dia anak yang taat kepadaMu & taat kepada kedua2 ibu & bapa...
Amin..ya Rabbal Alamin...

With Birthday girl...Emak....Samakan muka kami....:)
Angah doakan moga emak sentiasa sihat ..dilindungi olehNya...peroleh kebahagiaan di dunia & di akhirat...Amin..

Potong2 kek...

Nak interprem nagn kek..


Our small family....abang takde..beraya umah mertua...




Bapa saudara yang sgt2 close..

Chef yang diimport dari jauh...hahaha

Sesi makan tak ingat....muka tgh penat benornya..


Ayam bakar yang memang terbakar....hahaha