Salam buat semua pengunjung blog siti yang siti kasihi & sayangi...
Niat di hati nak buat entry sekurang2nya sekali dalam sehari masih tak kesampaian...
Siti masih lagi berhutang entry mengenai Batrisyia & Wafi. Masih belum punya kesempatan untuk mencoretkan perihal anak2 siti yang berdua tu. InsyaAllah...siti akan usahakan dalam minggu ni jugak. Jangan marah yer anak2 ibu, Batrisyia & Wafi.
Apepun, bulan Ramadhan bertandang lagi....
Di kesempatan ini siti ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Dalam sedar atau tidak, masa berlalu begitu pantas. Alhamdulillah, siti masih punya kesempatan menyambutnya buat sekian kalinya. Tahun depan? Hanya Allah yg tahu. Siti hanya mampu berdoa untuk yang TERbaik buat diri ini.
Apepun, siti amat berharap..siti dapat melaksanakan segala impian & cita2 siti yang telah byk kali tidak kesampaian pada bulan Ramadhan sebelum ini, kali ini. Ya..segala cita2 memang mudah diungkapkan, tapi untuk melaksanakannya, bukan semua yang mampu kita lakukan. Hanya kekuatan iman sahaja yang menjadi pengukurnya...Yang penting usaha.
Pada bulan Ramadhan ini, siti rasa mungkin entry mengenai masakan yang menjadi pilihan siti untuk dimuatkan dalam blog kesayangan siti ni. Sudah menjadi kebiasaan siti untuk memasak sendiri hidangan untuk berbuka puasa walaupun terpaksa berkejar2 balik dari office untuk memasak. Jadi, rasanya bolehlah siti berkongsi dengan pembaca semua hidangan2 untuk dimasak ketika berbuka puasa bagi yang terkaku/terkering idea untuk memilih masakan apa yg ingin dihidangkan. Tapi, siti bukannya pakar sangat memasak. Setakat memasak lauk2 biasa tu boleh la. Tapi, tak salah jika berkongsi kan..bak kata orang "sharing is caring". Betul tak?
Di akhir kalam..selamat menyambut Bulan Ramadhan & selamat berpuasa kepada semua umat Islam diseluruh negara. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini akan lebih memberi makna kepada kita semua. :)
Aug 10, 2010
Aug 4, 2010
Siti Miftahul Jannah (4 Tahun)
Sebenarnya dari pagi tadi lagi siti nak post entry ni. Tapi dek kesuntukan masa..maka tertunda la sampai ke hari ni. Terlalu banyak yang hendak diceritakan tentang anak dara siti yang sulung nih. Tapi, hanya ini yang sempat dicoretkan...
Siti Miftahul Jannah (4 tahun)
- Sedari umur 2 tahun lagi Kak Long memang petah berkata-kata. Mulutnya sangat lancar berbicara. Tak ada langsung pelatnya. Pada usianya 4 tahun ini, kadang segala perkataan yang keluar dari mulutnya tidak membayangkan umurnya. Ada dikalangan teman2 yang menyuruh siti menghantar Kak Long ke sesi ujibakat untuk rancangan kanak2. Tapi tak pernah terdetik langsung dihati siti untuk berbuat demikian sekarang. Di masa akan datang....Wallahualam..
- Bertuahnya memiliki anak perempuan..bila sedikit sebanyak dia dapat membantu kita meringankan sedikit kerja2 yang biasa kita lakukan. Alhamdulillah...Kak Long juga sudah boleh diharap. Setakat disuruh ambilkan itu & ini, kemaskan mainan & tempat tidurnya...InsyaAllah, memang tidak ada masalah. Kadang2, tolong angkatkan baju di ampaian..Oh! anak ibu dah tinggi rupanya....
- Kak Long suka sangat menonton TV. Tambah2 lagi kalau cerita karton. Kadang2..jam sudah menginjak ke pukul 12 mlm, tapi Kak Long masih lagi setia dengan TVnya. Ada suatu hari papa ceritakan pada siti, Kak Long masih setia menonton cerita Laksamana Do Re Mi sedirian sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Kak Long cakap pada papa " Papa...kelakar la cerita ni" sambil ketawa bersungguh2. Kelakar papa kata tengok kerenah Kak Long tu. huhu...Kadang2 siti marah jugak. Tak elok untuk anak seusia dia tidur begitu lewat.
- Dalam usia 4 tahun, Kak Long masih lagi tidur bersama ibu (siti). Ermm..masih manja. Setiap kali hendak tidur, mesti ibu yang dicari dulu. Jarang sekali dia tidur bersama papa. Ada la sekali sekala apabila dia dah terlalu mengantuk atau letih, Kak Long akan tertidur di mana2 saja. Kadang2 selalu bertengkar dengan Kak Ngah, kerana berebut untuk tidur bersebelahan dengan siti. Dulu masa ketiadaan Wafi, boleh la sama2 adil, dua2 boleh tidur sebelah ibu. Tapi sekarang, satu tempat telah diisi oleh Wafi. Tak boleh tidak, Wafi tetap kena tidur sebelah ibu, senang nak menyusu nanti bila dia terjaga. Kalau dah anak2 semuanya mahu tidur bersama siti, maka papa tidur kat mana yer? hehehe..tak kisah la di mana2 pun..Papa tetap kena mengalah...
Namum, siti rasa ini tidak akan berpanjangan. Kerana siti sedar, kanak2 seusia Kak Long sudah sepatutnya tidur berasingan dari ibu bapa. InsyaAllah, tidak lama lagi. Bilik anak2 masih belum lengkap atau kata lain tidak punya apa2 kelengkapan lagi. hehehe...but sure very soon.
- Sebagai anak sulung, Kak Long selalu perlu mengalah. Mengalah bukan beerti kalah kan....Kak Long punya hati yang lembut. Senang untuk dipujuk. Alhamdulillah. Contohnya, bila dia hendak tidur disebelah siti, tapi Kak Ngah pun sama2 berebut untuk tujuan yang sama, siti lebih senang untuk memujuk Kak Long supaya mengalah. Selalu siti akan cakap " Kak Long bagi Kak Ngah tidur dulu. nanti bila Kak Ngah dah tidur, ibu bagi Kak Long tidur sebelah ibu"..dan Kak Long akan mengiakannya. Tapi dalam lembut2 Kak Long, ada juga saat & ketikanya garangnya keluar juga. Tangannya tu cepat jugak naik...bila dia terlalu marah, pasti ada yang menjadi mangsa cubitannya..
- Kak Long seorang yang mudah mesra, pandai berkawan. Walaupun baru berjumpa, tapi layanannya seolah2 dah kenal lama. Tak kira tua atau muda..semua dilayannya. Tambah lagi dia yang memang petah bercakap. Tak terlayan dek orang nanti.
Oh yer..tahun depan Kak Long akan mula bersekolah..Sebenarnya siti masih belum mencari lagi taska yang sesuai..Ermmm..sepatutnya siti tak boleh berlengah lagi..perlu mulakan percarian dari sekarang..kena survey2 dulu...betul tak?
Coretan Siti: Setiap anak punya kelebihan & punya juga kekurangan...Kalau kita rasa anak2 ini menyusahkan...maka kita berada dikalangan org yg rugi..kerana..walau dalam keadaan kita yang teramat penat dek kerana seharian bekerja, hanya dengan melihat wajah mereka, kita masih mampu untuk tersenyum....hilang segala kepenatan....:)

Bila Hati Terasa
Terpilihhhh....
Ini la padahnya bila dah lama tak jenguk blog....hahaha....segala perkembangan semuanya tak tau...
Huhu..terkedu kejap...sebab tak ingat dah pasal contest tu...hehehe...
Terus la siti pergi belek2 balik contest yg siti dah pernah sertai. Belek2 punya belek, terjumpa lah...hehehe..rupa2nya gambar Batrisyia terpilih sebagai 3 peserta pertama yang menyertai contest tersebut. Alhamdulillah..ada gak disediakan hadiah.
Dah lama pun N.A.I umukan penerima hadiah tu...huhu..tak tau la valid lagi ker tak nih...Apepun siti still nak publish gak kat sini..As kenang-kenangan...
Gambar yang terpilih adalah gambar Batrisyia (siti bagi 2 gambar, satu Jannah & satu Batrisyia). Ni kira kali yang kedua la tuah gambar Batrisyia ni. Alhamdulillah....Terima kasih pada N.A.I yang menganjurkan contest yer. :)
Nama kat gambar Siti Miftahul Jannah, tapi sebenarnya gambar ni milik Siti Miftahul Batrisyia. hehehe..Keliru dah N.A.I tengok yer. :)
Tadi dpt YM dari Pot Pet Mek Ros, dia bg tau siti dapat hadiah tuk BABY WITH SOOTHER/FEEDING BOTTLE CONTEST anjuran N.A.I
Huhu..terkedu kejap...sebab tak ingat dah pasal contest tu...hehehe...
Terus la siti pergi belek2 balik contest yg siti dah pernah sertai. Belek2 punya belek, terjumpa lah...hehehe..rupa2nya gambar Batrisyia terpilih sebagai 3 peserta pertama yang menyertai contest tersebut. Alhamdulillah..ada gak disediakan hadiah.
Dah lama pun N.A.I umukan penerima hadiah tu...huhu..tak tau la valid lagi ker tak nih...Apepun siti still nak publish gak kat sini..As kenang-kenangan...
Gambar yang terpilih adalah gambar Batrisyia (siti bagi 2 gambar, satu Jannah & satu Batrisyia). Ni kira kali yang kedua la tuah gambar Batrisyia ni. Alhamdulillah....Terima kasih pada N.A.I yang menganjurkan contest yer. :)
Nama kat gambar Siti Miftahul Jannah, tapi sebenarnya gambar ni milik Siti Miftahul Batrisyia. hehehe..Keliru dah N.A.I tengok yer. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)