Jul 21, 2010

Jalan2 @ Sungkai Hot Spring



Last weekend balik kampung mak mertua siti kat Sg Besar. Lama adah rasnaya tak balik. Dalam sebulan lebih la rasanya. Rindu sangat2. Mak mertua pun pesan2 suruh balik gak.

Hari Sabtu tu ajak papa gi Sungkai Hot Spring. leh la bawak keluarga mertua jalan2 kan. Siti memang tak pernah sampai pun lagi kat Sungkai ni. Jalan pun tak tahu. Nasib baik la pak mertua tahu la jugak jalan nak ke Sungkai tu. Ok la, sampai jer kat sana, memang senang dah nak cari sebab ada banyak sign board. Boleh tahan jauh gak la, dalam sejam lebih2. Kitorang lalu jalan lama.

Ok la..cuci mata tengok gambar jer la yer. tu pun tak byk sangat leh snap...huhu....Layann..


















Jul 19, 2010

Entry Khas Buat Lya : Kami Prihatin

Gambar dipetik dari blog Abang Mat Gebu


Ya Allah..tak terucap siti bila baru tadi ketika siti melawat blog Abang Mat Gebu, tiba2 siti ternampak gambar Lya. Terus jantung siti berdegup kencang. Tertanya2 apa yang terjadi kepada Lya.

Setelah hampir seminggu siti tak menjenguk & update blog, membuatkan siti telepas semua cerita tentang rakan2 blogger yang lain. Semasa membaca apa yang tertulis di blog Abang Mat Gebu, air mata siti mengalir. Terus siti telefon Lya. Sayu hati siti bila mendengat suara Lya. siti tahan tangisan siti. Walaupun siti tak pernah bersua muka dengan Lya, tetapi siti terasa begitu rapat dengannya, sama seperti rakan2 yang lain. Lya adalah salah seorang rakan yang pernah membantu siti ketika siti menghadapi masalah dalam blog ni.

Masih teringat dua minggu lepas, siti pernah bagitau Lya yang siti nak berjumpa dengannya bila siti balik ke Kuantan. Tapi, tak kesampaian disebabkan masa yang terhad. Terkilan juga siti rasanya...

untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan Lya..bileh klik SINI
.Untuk mengetahui tentang penyakitnya..Klik SINI


Buat rakan2 sekalian, sama2 lah kita berdoa agar Lya cepat sembuh & sihat seperti sediakala. ...Amin..terbayang2 wajah comel anaknya, Asya.

Buat mereka yang ingin mengulurkan sumbangan, boleh la menyalurkan ke akaun:

Alyani Binti Amran - 155014985523 (Maybank)




Jul 7, 2010

Steamboat @ Home

Sejak 2/3 hari lepas, siti memang teringin nak makan steamboat. Huhu...siap ajak papa gi cari restoran steamboat lagi. Tapi, papa benornya kurang sikit makan ni. Pastu kalau nak gi Jonis papa kurang sikit la. Tegendala la hasrat di hati.

Pastu petang hari Isnin tu siti tengok citer warung kita. Sekali tgh diorg gi makan steamboat la pulak (lupa nama host dia tu). Isk..takleh tahan lagi keinginan siti nih.

So, petang semalam gi la cari apa2 yang patut tuk buat steamboat....Akhirnya...impian terlaksana jugak..Ni kira 2nd time la siti buat steamboat ni. Buat dalam rice cooker jer tau. Kebetulan adik ada kat rumah..Ada geng la kan nak makan..seronok sikit.

Cara nak buat leh klik SINI.






Jul 6, 2010

Agar-agar Lumut

Semalam jenguk2 blog Abang Mat Gebu, TERtengok gambor agar2 lumut kat situ..huhu..takleh jadi..dah terliur la pulak. So, apa lagi..balik kerja gi cari agar2. Sampai jer rumah terus projek mula. kejap jer, 10 minit..dah siap agar2 lumut nih.

Resepi copy paste jer la dari umah Abang Mat Gebu yer. Mintak halal yer.

BAHAN-BAHANNYA :-)
45 g agar2 tali, kerat dan rendam dengan 1.5 liter air selama 15 minit (siti tak rendam pun, hehehe..nak cepat)
100 g gula Melaka, potong kecil
3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 pewarna coklat (jika suka)
500 ml pati santan*
1 biji telur*
1 camca teh esen vanilla*
Secubit garam*(*disatukan dan pukul rata dengan whisk)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jerang agar2 bersama daun pandan, gula melaka dan gula pasir hingga agar2 larut. Tapis bancuhan ke dalam periuk lain. Biar mendidih.
  2. Masukkan bancuhan santan tadi dan masak hingga mendidih dan kelihatan seakan berbiji2. Matikan api dan tuang dalam bekas yang sesuai. Biarkan sejuk dan betul2 keras sebelum dipotong. Lagi sedap kalau dihidangkan sejuk.....



Jul 5, 2010

Picnic @ Pantai Sepat, Kuantan

Impian jadi kenyataan...Last week balik kampung ku...dalam kepala..nak picnic & BBQ jer...
Masa sampai kat kuantan ptg jumaat tu..nampak cam hujan jer...duk fikir la..kalau cuaca gini, camna la nak picnic esoknya..

Tapi, Alhamdulillah, hari Sabtu tu..cuaca elok jer..Pagi2 dah gi pasar cari bahan mentah tuk BBQ. Malang sungguh kat pasar langsung takde ikan (ni psr taman tas yer, bukan psr kuantan)..tapi sebab semangat nak berBBQ tu tinggi...siti redah jer cari kat mana2 kedai..Dapat la jugak...huhu..Alhamdulillah...

Picnic kali ni kat Pantai Sepat, Kuantan yer. Buat orang2 kuantan, kalau nak berpicnic + BBQ, siti sgt recommend tempat ni yer..Tak ramai orang sgt, pokok2 byk..redup jerk....

Jom layan gambar jer la yer..Banyak sangat gambar..malas dah nak susun..huhu..Layannnn...