May 28, 2010

Apam Mekar lagi

Masih ingat kat apam mekar siti yang warna biru? hahaha..kali ni wat kaler pink lak yer. Takde la rasa pelik sgt kan...hehehe...Hari tu buat besar2 kan. Ni siti buat kecik jer, senang nak ngap. Buat setengah adunan, kejap jer habis. Anak2 suka sangat makan nih.

Siti letak sekali lagi la yer resepi kat sini. Copy paste jer dari umah Kak Hanieliza. Tapi siti buat satu warna jer, malasnya pasal:

Bahan

250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1.
Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..


May 27, 2010

Beryl's Free Chocolate Buffet @ Bandar Baru Bangi

JOM SERBU!!!!!!


Beryls Chocolate & Confectionery Sdn. Bhd. will having a Free Chocolate Buffet at Bandar Baru Bangi.

From 28 May 2010 until 30 May 2010

Every day 9.00am ~ 6.00pm

Location:
No. 8 Jalan 9/1, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.


May 25, 2010

Lauk dinner yang dah abis

Paru masak sambal (orang ganu panggil lempung..betul ke yer?)

Dah lama tak makan paru ni. Kali ni wat style yang mak selalu masak time bulan puasa. Kalau time sahur tu siti suka mak masak nih. Berselera siti makan. hehehe...

Ikan goreng (nak tunjuk gak)

Masak lemak putih terung

Masak lemak ni kalau kita letak isi ikan kembung yang dah direbus memang sedap tau. Kuah dia jadi pekat & manis. Kita tumbuk isi ikan, bawang merah & lada itam..masukkan dalam santan...sedapnya hirup kuah dia.


Nuffnang buat orang stress???

Pernah tak nuffnang buat anda stress, resah gelisah, bercelaru bila tak dapat nak update blog???

Hehehe....dulu2kan masa memula tahu pasal nuff ni boleh jana pendapatan dengan syarat traffic nak kena tinggi, siti jadi resah gelisah gak la bila tak dapat update blog. Yer la kalau tak update blog, camna traffic nak tinggi kan. Takde cerita takde la orang nak masuk blog kita. takde orang masuk blog kita, takde la iklan nuffnang kan?????

Siti ni kalau sabtu ahad memang takleh nak update blog la. Kat rumah mana ada tenet. Ni harap tenet kat opis jer la. Ops.....dah buat personal matter lak kat opis yer, hehehe...Takpe2 boss tahu & setakat ni takde la dia nak sound lagi. Kalau dia dah sound, kena la stop, yer tak??. Tambah lagi siti takde la sampai 8 jam bekerja tu nak ngandap blog jer. Yang peting kerja jalan. Isk, tapikan ada yang leh buat entry sampai 20/30 sehari tu....huhu...tak buat keja opis ker (bagi yg berkerja la kan)????. Tu belum masuk duk ronda2 blog kengkawan lagi. huhu...Siti yang buat entry 2/3 kali sehari pun takleh nak kejor masa..

Takpe2..siti takmo jadi orang yang busy body..Biarla mereka ngan cara mereka...hehehe

TAPI ITU DULU......sekarang siti dah malas nak fikir sangat pasal nuffnang ni. Back to niat asal la kan. Buat blog tuk share story ngan rakan2 blogger & tuk anak2ku baca bila diorg dah tahu membaca nanti. So, sekarang ni, siti rasa release kalau tak update blog pun. Takde nak rasa cam tertekan ker, tak senang duduk ker tau yang sewaktu dengannya...Yang penting siti dapat berblogging dengan HAPPY!!!!


May 24, 2010

Solid food pertama Wafi

Ni la bubur nasi tuk Wafi. Benornya 27hb ni Wafi baru masuk 6 bulan. Tapi, siti tengok Wafi ni macam nak makan jer. Kalau dia tengok siti makan apa2, mesti meleleh air liur dia. So, siti bagi awal sikit solid food kat dia.

Ni bubur nasi kosong jer. Disebabkan blender kat rumah dah rosak, siti lenyek bubur nasi tu kat penapis teh jer...haha...Penat weh duk lenyek...haha. Tapi, mmg halus sungguh la...

Wafi, tengah makan nih. tengok tu sudu kan main besor lagi..hahaha. Lum sempat gi beli sudu yang bersesuaian tuk Wafi. hehehe....

Hahaha...benornya Wafi makan sikit jer. Yang tukang perabis, Kak Long ngan Kak Ngah ni ha. Adoi..tengah2 siti suap Wafi, diorg pun sibuk nak gak. Macam la sedap sangat bubur Wafi tu. Tawor jer...takde isi apa2 pun.



Sampai licin tu..berebut2 lagi. Lepas ni memang kena masak lebih la...huhu

Alhamdulillah...9 oz++

Alhamdulillah, hasil perahan pagi tadi kul 10.00. Rezeki Wafi mencurah2 sejak akhir2 ni. Setelah mengalami kemerosotan susu hampir seminggu lebih. Sekarang perahan dah makin banyak lak setelah siti amalkan urutan ketika sesi mengepam. Terima kasih kepada rakan2 blogger yang byk memberi nasihat. Sekarang ni siti takde ambik apa2 supplement pun tuk tambahkan susu. Just makan seperti biasa & banyakkan minum air kosong.

Siti perasan, walaupun siti kat rumah ngan Wafi & menyusukan Wafi, breast still bengkak. Kat rumah pun siti kena selalu pump sekarang ni. Simpan sebanyak yang mungkin terutama untuk kegunaan bulan puasa nanti. Mana tahukan, susu berkurangan masa tu. Tapi, harap2 tak la merosot.

Niat siti kalau production susu still macam ni selepas puasa nanti, siti nak cari anak susuan. Yer la, kalau simpan banyak2 pun, tak muat peti ais lak nanti. InsyaAllah......



Huhu....takleh upload gambor & Nota untuk pemenang contest

Adoi...semangat dari pagi tadi nak update blog. Duk upload gambor sampai skang takleh gak..huhu..sabor jer la...

Pastu tadi duk gi la meround kat blog kawan2. Nak leave mesej, tunggu msg box duk bukak pun kan main lama lagi...isk...ni dah lebih nih...

Nasib baik la pagi ni mood ada ok sikit...huhu...boss nak gi spore petang kang...seminggu tu..hahaha...syok2...jahatnya staff...

NOTE: Sapa yang belum dapat hadiah siti tuk contest sebelum ni, tolong bagi msg kat komen yer. Adoiiii...risau jer kang ada yang tak dapat..Amanah ni...huhu...
Untuk Anin yang dapat set Snoopy tu..bila nak datang KL??? huhu


May 21, 2010

Akibat kelaparan...

Semalam kan masa balik kerja, siti rasa lapar yang amat. Tengahari tak makan sebab...hehehe...busy gak la kot...hahaha...
So, masa on the way balik perut dah bunyi. Siti call papa, tanya camna dinner malam ni. Barang basah mmg takde..huhu...Papa cakap, tengok dulu camna, papa busy sikit. Adoiiii..takleh tahan dah.

So, sebelum ambik anak2 siti singgah satu gerai yang jual nasi bungkus. Tengok dianye ayam masak merah, mak aiiiii besornya. Isk..serius ayam dia besor. Dianya seketul ayam tu mcm 2 ketul ayam kalau kat tempat lain. Bagus, camni la yang kita nak. Berniaga tak kedekut. Ni ayam ciput jerk, huhuhu.

So, beli la dua ketul ayam & nasi tomato (satu tuk papa, satu tuk siti)...RM8...hehe...Balik rumah terus siti makan nagan anak2. Sepinggan kongsi 3...hahaha...

Ni 2 ketul ayam yang siti ambik. Dua ketul jer tapi penuh satu pinggan. Puas weh ratah ayam nih.

Nasi tomato..huhu..sedap..

Dah siap hidang, jom makan....hehehe..

Si bulat Wafi yang manja

Gambar terkini Wafi. Ambik masa kat rumah MIL...huhu....Sekarang ni Wafi dah start angkat punggung sikit. Mengesot kebelakang jer. Ke depan tak leh lagi. Hahahahaha..

Wafi ni kan manja yang amat. Adoi....buat siti pening kepala tau. Mana tak nya. 24 jam nak berkepit. Kalau dia nak ngan orang lain, ok la jugak. Ni ngan papa pun dia takmo gak..huhu. Kalau papa dukung pun, dia merengek jugak. Cari gak siti ni. Bila siti ambik terus jer dia diam. Sabor jer la. Dua orang jer yang dia suka, Siti ngan Ibu Ros (bbsitter).

Bayangkan lah, kalau siti balik keja, memang siti takleh nak buat apa2 pun. Berkepit jer ngan dia. Pantang siti angkat punggung, mula la dia melalak (kalau nangis biasa2 jer takpe). Dianya nangis tu, Ya Allah, macam ada sakit sgt...huhu...Nak mandi pun tak leh. Mandi sap sap sui jer...hahaha.

Isk, geram tgk gambar ni. rasa nak cubit2 jerkkkkk pipi tu. 27hb ni Wafi genap 6 bulan..huhu. kejap jer dah besar anak ibu nih.


May 20, 2010

Kampung mertuaku yang indah

Huhu..baru nak update pasal balik kampung hari tu. Ada la sikit gambar. Tu pun ambik masa berhari2 nak upload, slow sgt. Sampai abis battery kamera siti duk menunggu dia upload gambor. huhu..

Ni siti ambik gambar masa air takde tu. Huhu..duk lepak2 kat luar rumah..

Permandangan yang indah...Sejuk mata memandang.

Pokok padi yang masih muda. Lambat lagi leh tuai nih.

Jannah ngan sepupu2 dia.

Memang rajin cucu2 mbah nih. Untung mbah takyah nak cakar sampah dah.hahaha

Anak dara sapa la yang seksi tak pakai baju nih...hahaha...adoiii

Ni la rumah ibu mertuaku...Banyak baja padi kat bawah rumah tu...

Ni jalan nak masuk ke rumah ibu mertuaku.


Wahh..tgk tu, pokok rambutan tgh berbuah. Ada la 3 pokok rasanya. Lambat lagi nak masak ni. Jangan2 bulan puasa kot..hehehe

Buah ciku pun ada. memang byk tau buah dia.

Wafi dalam pelukan mbahnya. Mata bengkak baru lepas nangis..hahaha

May 18, 2010

Stock Susu @ 18/5/10



Kali ni siti nak mengabadikan stock susu wafi as at 18/5/10. Alhamdulillah...stock masih lagi ada, walaupun dah berkurangan sikit. Sejak dua menjak ni wafi minum susu banyak gak, dalam 20 oz sehari. Siti cuma dapat pum paling banyak pun 17/18 oz sehari. Tapi, bila weekend siti pump jugak, so dapat la back up mana yang kurang.

Mulai hari ni wafi akan start makan bubur. Orang cakap, kalau baby dah start makan, nanti dia kurang sikit menyusu. Siti, tak baper pasti lagi. Tengok hari ni macamana. Dah suruh baby sitter tgkkan baper banyak wafi menyusu bila dah makan ni.

Pengalaman siti sejak menyusukan wafi ni, hampir 6 bulan, Alhamdulillah..tak pernah lagi la sampai terkurang susu untuk Wafi. Tapi, lumrah la kadang2 susu banyak, kadang2 sikit. Maybe sebab emosi kut mempengaruhi pengeluaran susu. Pernah dulu dalam sehari siti cuma dapat pum 10 oz jer. Terpaksa la back up ngan stock yang ada. Bagi siti, amatlah penting kita buat stock masa dalam pantang banyak2. Memang sangat2 berguna. Sebab kita memang takleh duga pengeluaran susu kita ni. So, kalau time terkurang tu boleh la back up kan.

Yang penting, kita kena banyak belajar dari mereka yang lebih berpengalaman. Mintak nasihat & cara2 yang betul untuk menambahkan pengeluaran susu. Suatu masa dulu, siti selalu ingat jenama pump susu mempengaruhi pengeluaran susu kita, sikit atau banyak. Makin lama bila siti banyak bertanya, siti mula sedar, jenama pum, mahal atau murah, bukan la sebab utama susu jadi banyak atau sikit. Siti pernah guna 3 jenis pump.... madela in style, spectra & avent manual (tiga2 pump ni, kawan2 siti yang pinjamkan..alhamdulillah). Memula siti guna madela. Bagi siti madela memang ok la. Tengok la harganya pun kan. Lepas tu siti pakai spectra. Pengeluaran susu macam ala kadar jer. Sekarang siti guan avent manual. Boleh tahan jugak pengeluaran susu, macam sama jer masa siti guna madela.

Setelah bertanya & membaca, rupanya pengeluaran susu pergantung pada rangsangan yang kita dapat masa sesi pengepam tu. Selalunya bila baby direct bfeed, memang cepat rangsangan tu dtg, sebab tu susu memang laju sgt. Macamana nak dapatkan rangsangan bila kita mengepam susu? Salah satunya dengan cara membuat urutan lembut pada breast kita dari bawah ketiak membawa ke puting susu (siti pernah tgk cara urutan ni kat salah satu rakan blog, lupa siti kat mana) . Yang ni siti amalkan sekarang. Alhamdulillah, hasilnya memberangsangkan walaupun siti cuma guna pump avent manual. Satu lagi, siti selalu pump bila wafi tengah menyusu. Sebelah siti susukan wafi, sebelah lagi siti pump susu. Memang laju sangat susu keluar time ni, walaupun breast takde la penuh sangat dengan susu. Apepun kita kena rajin & tanamkan semangat yang kuat untuk menyusukan baby kita. Selamat mencuba!


May 16, 2010

Air takde

Salam....
Siti bersiaran dari kampung ni..huhu...
Psst..belum mandi lg ni tau..hahahaha
Adoii..dah rimas dah rasa badan ni. Nak wat camna, air takde. Anak2 leh la jugak mandi. Biasa la, kawasan sawah padi mesti ada parit kan. Nasib baik jernih airnya. Boleh la wat mandi tuk anak. Mak budak tak dapek la. Kena tunggu ada air nanti baru leh mandi.

Adoi...yang paling stress ni, tak dapat lagi nak masak sambal tahun. huhu.....kerang dah kopek. Tinggal nak masak je lagi. Adoii..dah terliur nih. Harap2 jap lagi ada la air. Jangan sahari suntuk takde air dah la. huhu..Oklah, takleh citer panjang2. Broadband ni pun ala2 jer ni. Kejap ada kejap takde. Cau cin cau.


May 14, 2010

Balik kampung papa lak

PERHATIAN..PERHATIAN....siti akan pulang ke kampung papa di Tanjung Karang, Selangor. hehehe...Minggu lepas balik kuantan, minggu ni balik tanjung karang lak. Siti akan berada di kampung selama 3 hari, Sabtu sampai Isnin yer. So, selama itu takkan ada entry dari siti kecuali tetiba ada line internet kat kampung tu. hehehe...InsyaAllah, hari Selasa siti akan bersiaran seperti semula dalam blog siti yang siti sayangi nih. Cau cin cau.

P/S: Harap2 la padi tengah menghijau. Sejuk sikit mata ni tengok kehijauan padi tu. Penat eh hari2 tengok tembok batu jerk.

Entah napa siti rasa macam tak best jerk

Isk..emosi terganggu? takde la jugak. Tapi rasa pelik sikit.

Citernya gini. Boss siti ni baru bagi tau yang dia ada appointment ngan seorang interviewee (Ms X) esok. Dia suruh siti prepare handbook & draft offer letter. Patutnya siti happy la kan sebab ada staff baru nak masuk & perempuan pulak tu. Kiranya, lepas ni siti ada la geng kan. Kalau nak geng ngan siti la. hehehe..tapi, kenapa siti rasa cam tak best jer bila Boss siti nak hire dia.

Actually Ms X ni dah pernah datang interview la hari tu sekali. Kalau nak keja ngan opis siti ni, selain kena attend interview, diorg kena gak buat test. Masa time interview tu seperti biasa siti suruh la dia buat test. Tak lama lepas tu, dia panggil siti, cakap tak sempat nak buat, boss dia panggil dia. Okla, terus proceed to interview.

Lepas habis interview, boss siti suruh email test tu kat Ms X ni.. Waaa..ni dah kira baik la kan. Siti pun email & bagi dia masa 3 hari tuk reply kat siti. Cukup masa, dia reply cakap tak siap lagi. Mintak tangguh. Okla, so siti pun bagi la masa 2 hari. Sampai sudah dia diam jerk.
Bila boss siti tanya, siti bg tau la kan citer sebenar. Boss siti yang baik hati ni cakap, nanti dia kol Ms X tu. Isk..ni dah lebih siti cakap. Kalau siti la jadi boss memang siti tak layan dah. Kita dah leh nampak attitude dia camna kan. huhu.....

Nampak macam ada layanan istimewa sikit dari Boss siti ni kat Ms X tu. Adakah sebab Ms X tu cantik walaupun dah berumur 30 tahun & ketika ini boss siti tu masih single lagi?? huhu...Adoiii...jahat dah ni fikir...

Walau bagus camna pun dia time interview & walau berpengalaman mcmana pun dia tu, siti tetap rasa dia tak layak tuk dapat kerja ni sebab kan attitude dia yang siti ckp kat atas nih. Siti paling tak suka orang yang suka bertangguh2 bila buat kerja. Huhu....


Takpe la..tengok la camna nanti..Kot2 lepas Ms X ni masuk keja ni berubah lak persepsi siti kat dia. Harap2 leh jadi geng la..huhu...Ada gak member nak ajak makan. hahaha..entah2 dia gi makan ngan boss siti jer kot..hahaha..adoi...jahat lg siti nih.

Al-Fatihah Buat Ustaz Ashaari Muhammad

Gambar dipetik dari http://inijalanku.wordpress.com

Inna lillahi wa inna ilaihi raji`un. Dari Allah kita datang & kepada Allah jua kita kembali.

Al Fatihah buat Ustaz Ashaari Muhammad yang telah meninggal dunia pada pukul 2.10 petang, Khamis 28hb Jamadil Awwal 1431 Hijrah. Beliau yang merupakan pengasas gerakan Al-Arqam (1968 – 1994) telah meninggal dunia di Ipoh Specialist Centre kerana jangkitan paru-paru. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.