Apr 30, 2010

Credit Card......bagus ker tak?

Gambar dari En. google.

Dah lama benornya siti nak bukak topik ni. Sejak dari hari selasa lagi masa dengar topik ni dibicarakan kat suria.fm.

Sapa kat sini yang ada kredit kad? angkat tangan....hehehe....
Rasanya sekarang ni dah ramai yang ada kredit kad kan. Dah jadi macam keperluan lak. Lagipun sekarang ni tak susah sangat nak dapatkan kad kredit ni. Tapikan, siapa2 yang nak guna kad kredit ni, kena la pandai dah berhemah bila nak guna tu. Sesiapa yang suka sangat shopping, tak digalakkan untuk memiliki kad kredit. kang hutang bertimbun lak. Kalau lepas shopping, terus bayar ok la kan.

Siti lak ada 2 kad kredit. Kad kredit pertama siti apply dalam 4 tahun lepas rasanya, Maybank nya. Tu pun sebab siti fikir, susah la nak bayar cash time nak isi minyak. Nak jalan gi kaunter tu, tambah lagi kalau nak kejar masa. Lagi satu siti tak suka simpan cash banyak2 dalam beg duit.

Kad kredit yang kedua siti apply masa tgh shopping kat giant. hahaha..apply yang citibank giantnya. Leh dapat rebate. memula malas gak nak apply. Tapi, agent citibank tu pandai lak marayu-rayu...hahaha..tertewas gak akhirnya.

Walaupun siti ada 2 kad kredit, tapi siti bukan la jenis yang suka shopping gila2 nya guna kad kredit. Kad kredit mmg siti guna tuk isi minyak & shopping barang sikit2. Yer la, malas nak bawak cash kan. But, satu habit siti, lepas guna terus bayar yer. Contohnya kalau hari ni siti guna tuk beli barang, esoknya terus siti bayar. Kiranya siti cuma guna kad kredit bila siti ada duit dalam bank tuk bayar. Kalau takde duit, jgn guna. Siti paling tak suka hutang2 ni. Bukan apa, kalau sekali kita berhutang, nanti lama2 jadi kebiasaan lak kan. Betul tak?

Rakan2 blogger yang lain camna lak? Ada tak pengalaman2 yang tak diingini ngan kad kredit ni?

Check-up 5 bulan

Semalam hantar wafi gi check up kat klinik kesihatan seri kembangan. Berat wafi 6.6kg, naik 400g dari bulan lepas. Semalam patutnya wafi kena ambik injection. Tapi, doc tak bagi lak sebab wafi still ada demam lagi. So, postpone la next week. Badan2 wafi pun ada naik biji2 merah. Siti suspect campak, tapi doc ckp bukan. Dia kata kalau demam, kadang2 biji2 merah akan keluar...huhu...

P/S: mood siti belum ok lagi...huhu...oklah, nak keluor gi deliver cream puff. Harap2 petang nanti mood ni akan baik semula......isk...



Hari yang murung

Semalam siti cuti...hari ni baru masuk office....

TAPI

siti memang takde mood + sedih sgt hari ni....huhu....





Apr 28, 2010

Buah Dabai

Gambar dari www.beautymizara.blogspot.com

Pada yang tak tahu atau tak pernah tengok buah dabai, inilah rupanya. Tapi siti beli jenis yang dah keringnya. Siti memula kenal buah ni dari kawan siti, Nieza. Kebetulan last year siti bercuti ke Kuching dengan nieza, so nieza suggestkan siti beli buah ni. katanya letak dalam nasi goreng memang sedap.
Tapikan, masa siti gi Kuching tu, bukan musim buah dabai nih. Ni kira buah bermusim la. So, ada yang kering je (cari gambar tadi tak jumpa lak). Oooo..kalau tak silap siti kat semenanjung memang tak da buah ni. Buah ni murah jer. Siti beli 2 plastik kecik baru RM2. Hehehe..leh banyak kali masak la. Eh, kalau tak silap siti ada lagi buah ni dalam peti ais..hahaha..tak abis2 lagi. nanti weekend nak masak la nasi goreng letak buah dabai. Tambah ikan bilis ngan cili padi byk2...ermmmm....


Jom kita makan daging lembu (buat gulai kawah pun sedap nih)


1.Thank & link the person that gave you the cik Cow (JGN LUPA COPY PIC)

Siti dapat cik Cow ni dari Kasih Suci & Dyea Irdina.
Terima kasih la bagi siti lembu nih. Nanti siti sembelih wat gulai kawah yer. Pastu siti jemput semer rakan2 blogger makan. hahaha...


2. bg balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active or 7 paling tak active..

1. Kella
2. Rose
3. Mamalyna
4. Siti Hajar
5. Leily
6. Azie
7. Mamalieyna
8. Ena
9. Eb
10. Liessa
11. Noza


Eh..terlebih sudah..huhu..kalau ikut byk lg nak list ni...Tapi..kang marah lak empunya wasiat..hahaha..Pada yg terlist tu sila2 la ambik yer kalau belum dapat lagi wasiat ni.


3. bagi tau dorng ni yg dorng dapat wasiat dari orng kaya kg sepening lalat

Ok2...lepas ni siti gi bg tau.

4. cerita3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv

Lipat baju, layan anak2, buat kuih & makan.

5-Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan

1. Buah dabei (gitu ker eja yer). Letak dalam nasi goreng. Tapi, serius mmg sedap.
2. Kulit lembu (dalam sambal tahun). Ni makan sejak kahwin ngan papa (jawa). Siti suka sangat sambal tahun. Ratah gitu jerk..huhu....sampai makan sambil nangis sebab kepedasannya tu.
3. Apa lagi yer...fikir dulu la...nanti baru bg tau balik.

6-cuba bg tau brp orng dah kawan anda kat FACEBOOK

Rasanya dlm 100++..tak ingat la. malas nak bukak facebook.

7-paberet soalan ni.....camner korng berjumpa spouse korang or pakwe or makwe..

Jumpa papa kat Pantai Cherating. Huhu..ada kejadian disebalik pertemuan.


Rajinnya anak ibu ni

Nak citer pasal Batrisyia lagi. Siti tengok Batrisyia ni memang ada ketokohan menjadi seorg isteri & ibu yang baik...hahaha..boleh ker?

Batrisyia ni selain dari menunjukkan minat nak memasak, dia juga rajin angkat & lipat baju. Selalu kalau siti malas nak nagkat baju, siti mintak la tolong Jannah & Batrisyia tolong angkatkan. Mana yang diorg boleh capai, diorg akan angkat la. Selalu baju2 yang kecik2 sebab siti sidai rendah sikit.

Lepas jer angkat baju, biasanya siti biar jer dulu kat atas sofa. Tunggu mood rajin baru lipat.hahaha..selalunya mood malas la yang banyak.

Tapi, selalunya Batrisyia la yang rajin lipat baju2 yang kecik. Walaupun takde la sekemas kita lipat, tapi boleh la tahan. Unexpected gak hasil lipatan dia tu tuk budak umur 3 tahun. Siti tak pernah ajar dia lipat baju. Maybe dia belajar dari pemerhatian bila dia tengok siti lipat tu.

Tengok tu punya gigih dia lipat baju.

Haa..camni yer cara nak lipat baju.

Ok..dah siap lipat kena susun betul2. Ops yg tepi sekali tu buat2 tak nampak dah la yer...hahaha

Hahaha..gelak gak siti tengok Batrisyia susun baju. Bukan main panjang lagi. Benornya panjang lagi ni, tapi tak muat nak masuk kamera. hahaha...

Apr 27, 2010

Hadiah tak terjangka dari Auntie Hajar tuk Kak Long & Kak Ngah

Hasri ni kan siti masuk office tgahari. Samapi jer office, siti nampak ada satu parcel tuk siti. Heran gak siti. Sapa lak yang hantar barang kat siti ni sebab siti takde order apa2 pun. Fikir punya fikir, ingatkan hadiah dari Izan sebab menang contest. Tak bukak lagi tu parcel ni. Duk berfikir dulu. Sabor jer la...hahaha...

Ni la parcelnya. Bila tengok address pengirim dari Penang, terus siti teringat kat Hajar - Diary Daniella. Sebabnya siti memang ingat Hajar duk kat Penang..huhu...

Bila dah bukak..Waaa..cantiknya kotak....

Ni isi dalam kotak. Rupanya Hajar bagi hadiah birthday untuk Jannah & Batrisyia. huhu..terharu sungguh atas tanda ingatan dari Hajar. Walaupun tak pernah bersua muka, Hajar tetap titipkan hadiah buat anak2 siti. Dalam kotak tu ada kad ucapan yang buat siti tersenyum2 bila membacanya, pastu ada frame gambar & tuala.

Ni la tuala tu. So sweet kan. Mesti Jannah & Batrisyia suka sangat nih. Siti pun suka gak...hehehe..

Thanks yer Hajar...Sungguh2 terharu nih...Nanti dtg KL bagitau yer. Kalau ada kesempatan, leh la kita berjumpa, bersua muka.

Contest Seiras Wajah

Dah lama rasanya siti tak join contest. Tetiba tergerak hati tuk join contest seiras wajah yang di anjurkan oleh UmmiAbbiQis ni. Dah nak hampir tutup pun penyertaan tuk contest ni. hehehe...Tengok listnya memang ramai yang mencuba nasib.

Gambar seiras wajah yang siti pertaruhkan adalah :-

Kategori : Ibu & Anak
Nama Ibu : Siti
Nama Anak : Muhammad Aliuddin Wafi Bin Hardi
Tarikh Lahir Anak : 27/11/2009

Persamaan yang ada: Ramai yang cakap muka wafi memang sama ngan muka siti (papa jgn jealous yer). Papa pun setuju gak muka wafi sama ngan muka siti terutama sekali tang kening & mata. Papa selalu usik siti psl kening siti & wafi tu. Papa cakap " asal kening wafi takde macam kening ibu, tak macho la"..huhu..sabor jer la. Lagi satu persamma wafi ngan siti, wafi sangat2 manja & kuat nangis macam siti masa kecik2 dulu. he3.

Sapa2 yang nak join, masih ada masa lagi tau sampai 30/04/2010 ni. Klik jer kat banner kat atas tu k!

Wafi dah 5 bulan

Salam semer. Hari ni lambat sikit posting. Pagi tadi gi klinik putrajaya, sebab wafi dah 3 hari demam tak baik2. So, pergi la ambik darah tadi. Kiri kanan tangan kena cucuk sebab tangan wafi susah nak nampak urat. Sedih jer siti tengok. Nasib baik wafi kuat gak, tak nangis..just merengek jerk. Result darah tadi still ok. Tapi kalau lagi 2 hari demam wafi still tak kebah, kena pergi repeat blodd test lagi.

Hari ni wafi genap 5 bulan. Tapi siti lum bawak gi check up lagi. Appoinment hari khamis ni.
Alhamdulillah, sepanjang 5 bulan ni siti masih fully breastfeed wafi. Syukur kerana Allah swt masih murahkan rezeki wafi. Harapan siti moga berkekalan sampai la wafi umur 2 tahun.

Perkembangan wafi bila dah 5 bulan ni:

1. Wafi dah boleh meniarap & telentangkan semula badan. Kalau letak kat bawah tu, mmg tak kekal dah kedudukan dia. Mesti beralih tempatnya.
2. Wafi dah pandai gelak sakan kalau kita duk agah2 dia. Suka sangat dengar wafi gelak. Cute betul.
3. Dah pandai memilih orang. Tak semua orang wafi ni nak duduk. Kadang2 ngan papa pun dia taknak. Puas la papa duk dodoi2 dia. Tapi, asyik la merengek jer. Bila siti ambik, terus jer diam...huhu...
4. Dah pandai hulur tangan bila siti nak ambik dia. Kalau siti hulurkan tangan nak ambik dia, cepat jer dia pun hulurkan tangan dia gak. tak sabar2 la tu.
5. Tersangat la manja...huhu. memang takleh nak letak langsung dia sorang2. Memang teriak la dia. Nak wat keja pun susah. Nak kiat layan dia jerk. Kalau tinggal dia sorang2, dianya nangis tu..mak aiiiii..bak kata bbsitter, sampai tingkat 5 leh dengar (umah bbsitter groundfloor).

Lagi satu, wafi suka sangat main kaki dia cam ni..huhu...nasib baik belum boleh bawak masuk dalam mulut. Isk, org ckp kalau baby isap kaki tandanya nak dpt adik..hahaha..tak tau la betul ker ta.

Wafi..adik kesayangan Kak Long & Kak Ngah. kalau siti cakap nak bagi wafi kat orang, mmg marah betul dua beradik nih...hehehe..

Apr 26, 2010

Resepi pizza

Atas permintaan ramai, siti letak la resepi pizza nih lagi sekali yer. Selalunya siti guna resepi ni tuk buat base pizza. Resepi tuk base pizza ni siti cedok dari umah k ummi. Tapi resepi asal dari Datin El.

Bahan Base:-
(2 keping sederhana besar)
250 gm high protein flour (*ummi letak 300 gm)
250 gm low protein flour (*xda stok ni - ummi letak 200 gm bread flour)
3 sudu besar butter
1 sudu makan gula
1 paket yis (11 gm)
sedikit garam
1 mug susu segar yang disuamkan (*campurkan 1/2 mug air panas dengan 1/2 mug susu segar)

Cara Membuat Base:-
1. Campurkan kesemua bahan-bahan kering. Gaul rata.
2. Masukkan butter dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan susu suam tadi sedikit-sedikit (secukupnya).
4. Uli hingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh yang lembut.
5. Rehatkan selama 30 minit.
6. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Canaikan dan letak dalam loyang pizza.
7. Letakkan topping pizza (sesuka hati la nak letak apa pun).
Macam siti..memula siti ratakan sos cili, lepas tu siti letak sos spaghetti yg ada jual kat mana pasaraya. Lepas tu siti letak mozarella cheese. Kemudian baru siti susun bahan2 lain cam hotdog ker, daging cincang ker, crab stick ker (sesuka hatilah). Last sekali siti tabur lagi sikit cheese.
8. Bakar selama 15 minit pasa suhu 170.


Homemade pizza untuk Kak Long & kak Ngah

Last weekend siti buat pizza ni untuk anak2. Dah lama rasanya tak buat nih. Bukan apa, malas benornya nak menguli doh tu. Ni kebetulan, doh yang siti gunakan tuk buat roti puree (nanti la baru publis entry roti puree) ada lebih sikit. siti belasah jer guna wat base pizza nih. hahahaha..

Baru keluor dari oven nih. Siti suka buat pizza sendiri sebab leh letak byk2 cheese & bahan2. Puas hati bila makan tu.

Base pizza memang siti tak suka buat tebal2. Sebab kadang2 Jannah & Batrisyia ni bukan suka sgt mkn base dia tu kalau tebal sangat.

Budak berdua ni memang suka sangat makan pizza. Satu pan tu memang untuk diorg jer.



"Sedapnya.......terima kasih ibu". Jannah selalu cakap camtu kat siti bila siti masak apa yang dia suka.


Ni lak pencuci mulut lepas makan pizza.

Kak Ngah Batrisyia belajar memasak??

Pagi2 ni nak cerita pasal Batrisyia dulu..hehehe..
Batrisyia ni kan memang dari dulu kalau siti nak masak jer dia mesti nak tengok sekali apa yang siti masak. Lepas tu banyak la soalan dia tanya. Ini apa ibu? Itu apa ibu? ...huhu. Jannah takde pulak macam tu. Dia lebih suka tengok tv..hehehe..

Siti teringat masa siti dulu2, selalu gak kacau mak kat dapur & tanya banyak soalan dengan mak. Bukan nak menolong pun...hahaha...Kadang2 sampai mak naik rimas.

Ni la port tempat Batrisyia duduk bila siti tengah masak.

Paparan lebih jelas. Memang dia boleh nampak la apa yang siti masak. Sambil siti letak bahan2, dia tanya la, ibu letak apa tu? Moga2 bila besar nanti, rajin la Batrisyia tolong ibu masak yer.

Dan hasilnya.......sambil layan Batrisyia, mee hoon goreng yang sangat simple dah pun siap. Berasap lagi tu. Jom makan.

Apr 23, 2010

Hari2ku menjadi semakin sibuk..huhu

Hari ni siti jadi kelam kabut sangat2...huhu....macam byk lak benda yang nak kena handle. Padahal rasanya sebelum ni siti takde la banyak kerja sangat. Apa la agaknya yang membuatkan siti jadi sibuk? siti pun confius ni..boleh ker?

Adoii..rasa tak best lak sebab hari ni siti tak berkesempatan nak jalan2 kat blog rakan2. Isk..tak lengkap rasanya kalau tak gi jengah blog yang lain..huhu..apakan daya, masa free siti amat terbatas hari ni....

Uik, ni pun benornya curi masa kejap sebab dah nak balik ni. Nak singgah BWY jap..Oklah, nanti next week siti sambung jelajah blog rakan2 yer..Cau cin cau.



Terima kasih Auntie Izan (Mamalyna) : Dari Kak Long & Kak Ngah

Ada yang tertungu-tunggu entry dari siti ker. heheh..perasaan glamour. Hari ni masuk lambat sikit opis sebab ada hal ngan papa tadi.

Semalam Izan - Mamalyna datang rumah tuk ambik cream puff. Seronok + excited sgt jumpa izan sampai lupa nak ambik gambar. Lagipun Izan singgah kejap je. Taknak masuk rumah pun. So, sempat borak kejap jer ngan Izan kat luar rumah.

Masa Izan datang, papa, Jannah & Batrisyia baru jer keluor gi kedai. So, diorg mmg tak sempat nak jumpa. Tapi Izan sempat gak belikan jajan aka buah tangan tuk dua beradik tu. Suka sangat la diorg.

Bila /jannah sampai rumah, siti bagi la jajan yang izan bawak tu. Terus Jannah tanya, kawan ibu dah datang ker (dia mmg cery excited sikit kalau kawan siti nak dtg rumah, mmg selalu dia tunggu). Nampak gak la dia sedih. Tapi, bila dapat jajan tu, nampak happy sikit. hehehe...

Mesej dari Jannah & Batrisyia tuk Auntie Izan: Terima kasih yer Auntie Izan sebab bawakkan jajan tuk Kak Long & Kak Ngah. Nanti Auntie datang lagi tau. Sayang Auntie. :)

Tengok la tu..sakan duk makan sambil tengok Wafi tengah main ngan papa. Mana Wafi takde dalam gambar??

Haaaa..tu Wafi tengah baring kat sebelah. Wafi takleh makan lagi. Dia main ngan kotak jajan jerk. hehehe....



Apr 22, 2010

Outing ngan Noza @ CM

Adoi..penat eh. Baru sampai office nih. Hehehe...terus update blog dulu. Bukannya nak buat kerja office. Dah la lama menulor..pssttt..diam2 tau. jangan cakap kat boss siti tau. :)

Tadi gi Central Market (CM), jumpa ngan noza. Nak ambik barang yang sangat penting ngan noza. Tu yang sanggup la drive gi LRT, pastu naik train lagi tuk sampai CM. Walaupun drive, siti tetap naik LRT gak sebab siti ni buta jalan sikit. Kang sesat lak.

Keluor dari office tadi kul 11.50. Sampai CM dalam kul 12.30 gitu. Terus noza ajak gi makan SR. huhu...thanks noza. Macam tahu-tahu jer siti memang teringin nak makan tom yam kung kat SR tu sejak sekian lama. Akhirnya tercapai gak.

Ini lah noza yer. Siti kenal noza ni dari Mama Club, KMC. Dah 3 tahun la usia perkenalan kami. Alhamdulillah, still menjadi sahabat sehingga sekarang. Jeles siti benornya ngan noza ni. Anak 3 tapi still cun & maintain gitu (Uik, suka la darbi siti cakap wife dia cun yer)...hahahaha...Siti lak hari ni serabai habis. Tak sempat nak bedak pun gi office pagi tadi. he3

Inilah yang siti duk idam2kan sejak sekian lama..Akhirnyaaaaa....

Noza lak makan thai fried rice ni. Dari pagi dia lum makan, so harus la makan nasi kan. Kang masuk angin lak.

Tengok noza dah mula menikmati nasi goreng yang sedap tu. Lapar2.

Siti lak dengan kusyuknya menghirup tomyam yang amat sedap itu. Sampai muncung mulut siti tau.

Lepas makan, kitorang sembang2 sambil bergosip sampai tak sedar dah pukul dua. Noza..len kali kena date lama sikit. Kejap sangat datenye tadi. Tak sempat nak borak2 lama. Hahaha..kalau ikutkan hati nak jerr duk situ sampai petang. Dah lama sangat siti tak gi CM. Dah bertahun2 lamanya. Banyak perubahan kat dalam CM tu. Shopping & cuci2 mata memang best la. Tapi, isk tak baik...time kerja...hahahha....adoii la...jauh lagi perjalanan siti nak balik office.

Inilah barang yang penting itu. Isi kandungan tak nampak yer? Eh! lupa nak tanya tuan punya barang ni, leh show off ker tak. huhu.

Oh noza, tengok la apa yang sempat siti beli masa kat LRT tadi...hahahaha. Sempat lagi siti beli selipar yang murah2 ni kat stesen LRT tu. Satu yang warna coklat tu tuk pakai kat dalam office . Satu lagi, tuk pakai gi pasar/jalan2 ngan papa. hahaha....Brand cap ayam jer..belasah jer la. Asalkan leh pakai sudah. Cau cin cau.