Jan 3, 2010

Orang Baru..Muhammad Aliuddin Wafi Bin Hardi

Salam.....
Siti nak war2kan pada semua pembaca blog siti yang siti sayangi bahawa siti telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 27.11.2009 jam 11.40 pagi. Dah nak abis pantang pun ni. hehehe...Alhamdulillah...siti sekeluarga bersyukur sangat2 di atas kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Tambah menceriakan lagi bila Allah swt mengurniakan seorang anak lelaki yang kami harapkan selama ni.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua kawan2 blog yang memberi dorongan dan doa buat siti. Alhamdulillah..semuanya dipermudahkan oleh Allah swt.

Bila ada kelapangan, insyaAllah siti akan ceritakan pengalaman bersalin kali ni + pengalaman bersalinkan Batrisyia yang tak sempat siti ceritakan sebelum ni.