Sep 28, 2009
Sticky Mode - Kad Raya Buat Semua
Sep 16, 2009
Nasi Kerabu
Untuk nasi siti guna 4 pot beras wangi + 4 cawan air. Campur sedikit pewarna kuning. Masak nasi seperti biasa.
Bahan untuk sambal tumis:-
1 kotak santan 250ml
2 batang serai - kisar
1/2 labu bawang besar - kisar
Sedikit belacan
1 keping asam keping
3 batang cili besar - kisar
1 batang serai - diketuk
Garam & gula secukup rasa
1/2 cawan air - sebab santan yang siti guna agak pekat
Cara:
Masukkan semua bahan2 di atas di dalam kuali. Masak sehingga mendidih & santan menjadi sedikit pekat. Perasakan dengan garam & gula.
Bahan untuk sambal kelapa:-
1/2 biji kelapa - ambil putih sahaja
3 ekor ikan sardin/kembung - direbus bersama asam keping & sedikit garam. Asingkan isi ikan & tumbuk
1/2 labu bwang besar - Tumbuk
Garam
Cara:
Goreng kelapa di dalam kuali tanpa minnyak sehingga sedikit kekuningan. Masukkan ikan & bawang yg telah ditumbuk & goreng sebentar. Perasakan dengan garam.
Sayur-sayuran:
Kacang panjang - dihiris halus
Kobis - dihiris halus
Daun kesum - dihiris halus
Bunga kantan - dihiris halus
Taugeh
Gaulkan semua sayur2an kecuali taugeh.
Tumis Cuka Ikan Tongkol
Tumis cuka ikan tongkol ni siti masak tuk dimakan bersama petola masak bening kat bawah nun. Selalunya ikan tongkol ni siti maska sambal macam biasa jer, takpun singgang atau gulai. Tapi kali ni buat kelainan sikit. Rasa masakan ni ada sedikit pedas, manis & masam. Memang membangkitkan selera. Jannah makan banyak betul lauk ni.
Bahan2:-
3 keping ikan tongkol - direbus bersama asam keping & sedikit garam
4 batang cili besar*
1 labu bawang besar
*2 ulas bawang putih*
1 biji tomato*
2 sudu cuka makan*
1 sudu gula*
1 sudu kecil garam*
Minyak untuk menumis
Kisar bahan2 bertanda*
Cara:-
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan ikan tongkol bersama2 air rebusan. Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.Sedia untuk dihidangkan.
Masak Bening/Air Petola
Sayur petola ni memang sedap kalau masak bening/air. Tambah lagi kalau ada sambal belacan/budu & ikan goreng. Memang tak pandang kiri kanan la. Tapi kali ni siti gandingkan petola ni ngan ikan tongkol tumis cuka (next entry). Memang bertambah2 siti makan. Masak bening ni simple jer kan. Tapi takpe la. Since siti tengah rajin, siti letak la jugak resepinye.
Bahan2:-
1 batang petola - dihiris
1 gengam ikan bilis
1/2 labu bawang besar - dimayang
Sedikit lada hitam tumbuk
Garam
Air secukupnya (siti letak 2 cawan air)
Minyak masak
Cara:-
1. Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan ikan bilis. Goreng sehingga separuh garing
2. Masukkan bawang & alda hitam. Tumis sehingga bawang sedikit layu.
3. Masukkan air & biarkan sehingga air mendidih. Kemudian masukkan petola. Perasakan dengan garam. Jangan masak petola terlalu lama kerana ia cepat lembik.
Sep 15, 2009
Kutip Kad Raya lagi...
Puding Roti Coklat
Teringin nak wat puding roti ni masa duk jalan2 kat umah kak ummi. Abis siti bilek umah kak ummi. Jangan marah yer. Tapi kak ummi punya gambar puding roti tu mmg lagi menyelerakan. Siap makan ngan Hot Fudge Sauce lagi. Kak ummi dapat resepi ni dari Zana. Tapi, siti mintak izin copy paste jer resepi kak ummi yer.
Bahan:-
6 keping roti putih (agak tebal) - buang kerak tepinya
450 ml susu pekat manis
175 ml susu sejat
2 sudu makan serbuk koko
2 biji telor
2 sudu makan gula perang
1 sudu teh esen vanila
gula aising - untuk tabur semasa menghidang
Cara Menyediakan:-
1. Griskan loyang yang agak dalam (ummi guna Pyrex casserol je). Potong roti kepada 4 segi kecil dan susun dalam loyang.
2. Dalam sauce pan, satukan susu segar, susu sejat dan serbuk koko. Panaskan atas api perlahan sambil dikacau selalu hingga adunan agak suam-suam.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telor, gula dan esen vanila dengan whisk.
4. Masukkan susu suam tadi dan pukul lagi.
5. Tuangakn ke dalam loyang yang disusun roti dan pastikan roti tenggalam.
6. Simpan dalam fridge selama 1 - 2 jam.
7. Keluarkan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 35 - 40 minit (*my oven - 40 took minutes only).
8. Bila telah masak, biarkan set 5 minit dalam oven. Keluarkan dan sejukkan
9. Taburkan gula aising dan tuangkan Hot Fudge Sauce ke atasnya.
Butter Prawn lagi
Sayur Campur
Sep 11, 2009
Kad Raya dari Rakan Bloggers
Kad Raya ni dari Sis Love (love2cook) yang memang rajin memasak. Sedap2 masakannya. Thanks sis. Salam Aidilfitri juga siti ucapkan pada sis. Kalau ada tersalah bahasa, siti minta ampun & maaf yer.
Kad raya ni datangnya dari Kak Ana : Bunga Kantan daun Kesum.
Terima Kasih Kak Ana atas ingatan pada siti. Selamat Hari Raya & maaf zahir batin juga siti ucapkan buat Kak Ana.
Sep 10, 2009
Siakap 3 Rasa
Daging Dendeng
Buat daging dendeng ni sebab terliur tengok kat umah k ummi. Isk..tak tahan. Bila dah teringin tu kena la buatkan. Tambah2 lagi bila tengah pregnant ni. Resepi siti copy paste dari umah k ummi jer la yer. Mintak izin kak. Siti buat sikit jer, tak sampai 1/2 kilo daging pun.
Bahan:-
1 kg daging
5 sudu besar cili kisar
15 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 cm halia - kisar
1 cm lengkuas - kisar
1 sudu besar serbuk kari daging (optional)
1 keping gula melaka
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu kecil serbuk ketumbar
4 sudu besar kicap pekat manis
garam
minyak
1/2 kilo bawang - buat bawang goreng
Cara Memasak:-
Potong daging jadikan lebihkurang 4 inci kiub...Rebus daging hingga empuk. Angkat dan potong nipis-nipis. Kemudian tumbuk sedikit. Goreng sebentar daging agak2 garing tepi. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, serbuk kari dan cili kisar. Perlahankan api dan biar sampai pecah minyak. Masukkan sedikit air, letak gula merah dan gula pasir. Kacau lagi. Masukkan kicap, serbuk ketumbar, air asam jawa dan garam. Seimbangkan rasa. Bila kuah agak pekat masukkan daging tadi. Kacau balik biar rata. Kemudian masukkan bawang goreng..Kacau rata, angkat.
Sep 8, 2009
Masak Lemak Pucuk Meranti
Bahan-bahan:-
1 ikat pucuk meranti
1 ekor ikan kembung/sardin - direbus dengan asam keping & asingkan isi ikan
1/2 biji bawang besar
sedikit lada hitam
sedikit belacan jika suka
1 cawan air
1/2 kotak santan pekat
Garam & gula
Cara:
1. Tumbukkan isi ikan, lada hitam, bawnag besar & belacan.
2. Di dalam periuk, masukkan air, bahan2 yg telah ditumbuk & santan pekat. Kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan pucuk meranti. Perasakan dengan garam & gula. Masak sehinnga pucuk meranti layu.
Paprik Udang
Kalaua da lebih2an sayur tu..leh jer taruk sekali. Kalau dapat makan ngan nasi panas2 memang terangkat la.
Bahan-bahan:
8 ekor udang besar
Karot
Bunga kobis
1 biji tomato - belah 8
1 biji cili besar - hiris
Daun bawang - potong 2 cm
2 sudu bawang besar + bawang putih yg telah dikisar
1 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
2 sudu soso tomato
2 sudu soso tiram
2 sudu soso cili thai
1 sudu kicap cair
2 helai daun limau purut
1 labu bawang besar - dihiris separa bulat
Minyak untuk menumis
Cara:-
1. Tumiskan bawang kisar & cili kisar sehingga naik bau. Masukkan semua jenis sos. Kacau sebentar. Campakkan daun limau purut.
2. Masukkan udang, karot & bunga kobis. Tambah sedikit air jika terlalu kering. kacau sehingga udang masak.
3. Sebelum angkat, masukkan bawang besar, tomato, cili besar & daun bawang. Kacau rata. Sedia untuk dihidang.
Tomyam Sotong
Pizza
Resepi tuk base pizza ni siti cedok dari umah k ummi. Tapi resepi asal dari Datin El.
Siti copy dari umah k ummi jer la yer.
Bahan Base:-
(2 keping sederhana besar)
250 gm high protein flour (*ummi letak 300 gm)
250 gm low protein flour (*xda stok ni - ummi letak 200 gm bread flour)
3 sudu besar butter
1 sudu makan gula
1 paket yis (11 gm)
sedikit garam
1 mug susu segar yang disuamkan (*campurkan 1/2 mug air panas dengan 1/2 mug susu segar)
Cara Membuat Base:-
1. Campurkan kesemua bahan-bahan kering. Gaul rata.
2. Masukkan butter dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan susu suam tadi sedikit-sedikit (secukupnya).
4. Uli hingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh yang lembut.
5. Rehatkan selama 30 minit.
6. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Canaikan dan letak dalam loyang pizza.
7. Letakkan topping pizza.
Untuk sos lak siti cuma pakai sos spagheti yg siti beli kat giant jer. Malas nak menumis bagai. Tuk topping siti letak hotdog, crab stick, bawang & mix vegetables. Taburkan ngan mozarella cheese. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 15 - 18 minit.
Puding Laici
Copy paste jer la resepi dari umah kak hanieliza. Siti buat separuh adunan jerk.
Bahan-bahan:-
10 gm agar-agar serbuk/ 1peket agar biasa 28gm
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici - asingkan air
1 tin susu cair
Cara:-
1. Masukkan air dan agar-agar, masak hingga hancur.
2.Masukkan gula, biarkan didih dan gula larut. Tutup api. Jika guna agar-agar biasa, tapiskan dahulu.
3. Masukkan air laici bersama susu cair. kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan, sejukkan dalam peti ais.
5. Hiaskan dengan buah laici...
Happy Birthday to Me!!!!!
Sekarang semuanya sudah berubah. Siti tak boleh main2 lain mcm dulu. Diri perlu matang dalam menghadapi apa jua keadaan dan kemungkinan.
Macam2 pengalaman & peristiwa telah siti lalui sepanjang 27 tahun hiudp dimuka bumi ini. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Moga diharijadi siti ini, Allah swt akan lebih memanjangkan umur siti jika itu lebih baik untuk siti, dimurahkan rezeki, diberikan kebahagiaan kepada siti dunia & akhirat. Amin.
Sambal Tahun
Oooo..menurut bapak mertua siti, sambal ni dipanggil sambal tahun sebab dulu diorg buat sambal ni byk2 pastu leh simpan lama. Cuma kena panaskan & kalau dah nampak kering sikit tambah jer santan semula. Resepi nanti siti letak yer. Busy lak pagi ni.
Masak Lemak Cilipadi Udang Dengan Rebung
Sep 3, 2009
Mee Goreng Basah
Nasi Ayam Simple & Ayam Tandoori
Sep 2, 2009
Murtabak Mini
Kali kedua siti buat murtabak mini. Senang jer nak buatnya. Boleh buat banyak2 & frozenkan. Anak2 memang suka sangat makan. Asalnya Siti cedok resepi dari MyResepi. Tapi masa buat kali ni, siti dah ingat2 lupa dah resepi asalnya. So, siti edit la ikut suka siti yer. Apepun tetap rasa murtabak la.
Inti Murtabak:
Cara: