Jan 30, 2009

Pening...

Sebenarnya siti sekarang ni tgh pening memikirkan hal bbsitter. Hati dah tawar nak pakai khidmat dia. Macam2 hal lak skarang ni. Kes hari tu pun masih berkesan di hati. Timbul lak masalah baru.

Minggu lepas masa cuti raya cina tiba2 dapat call dari bbsitter. Dia cakap nak cuti 3 hari lepas raya cina. Uik...terkejut la siti. Mana taknya, naper last minit cakap. Masa siti ambik anak2 last hari jumaat tu, takde lak cakap apa2.

Yang siti geram kan, dia ada hal sampai Khamis jer, pastu dia leh ckp apa tau "alang2 dah hari khamis akak cuti terus la hari jumaat tu"...Waaaaahhh..ingat senang ker kita nak mintak cuti kerja last2 minit. Sampai 3 hari lak tu. Memang membara la jugak. Macam buat tak tahu jer dengan tanggungjawab yg dia kena pikul.

Siti bukan nak berkira. Tapi cuba la faham keadaan kita. Kalau dia beritahu awal2, boleh la siti mintak cuti awal2. Pening gak memula siti duk fikir. Nasib baik la ada kwan papa merangkap jiran siti yg boleh tolong jagakan anak2 siti 3 hari ni. Alhamdulillah...

Kali ni siti nekad nak tukar hantar anak2 ker nursery jerk. Esok siti akan jumpa bbsitter & bagi tau siti taknak hantar dah anak kat dia. Kejam tak?? Hehehehe...

Lagi satukan, siti hantar anak kat jiran ni nak kena bayar. Boleh ker kalau siti nak tolak duit bbsitter tu. Ni sebab dia mintak cuti last2 minit kan. Bukan la nak berkira, tapi geram sgt. Kalau ikut sebelum ni kalau tak hantar anak 2 minggu pun kat bbsitter siti mmg akan byr penuh. Tapi kali ni hati dah rasa geram + marah...Huhu...Sabarkan lah hatiku....Lepas perasaan dah ni....

Makan Petang...

Semalam siti keluar dari office agak awal. Bosan lak senyap jer. Semer org duk bercuti lagi. Masa nak sampai kat area rumah tu baru pukul 5.45, jadi siti singgah kat gerai jual karipap. Karipap makcik ni mmg sedap. Memang selalu habis la. Saiz pun besor & harga RM2 dapat 5 ketul. Teringat kat anak2, mesti suka dapat mkn nih. Sambil2 tu beli la jugak keropok lekor tuk siti. Sampai jer rumah layan makan ngan anak2 jerk. Papa belum balik lagi. Jom makannnnn..... Ops..siti terlupa nak buat air benornya. Terlupa lak siti ada kirim kat nieza teh strawberry masa dia gi Cameroon Highland hari tu. Kalau buat teh tu sedap gak kan. Takpe..lain kali la siti buat air yer. Makan jangan sampai tercekik tau.



Laksa Lemak Terengganu..


Laksa ni siti buat masa kat kampung gak. Punya la teringin nak makan, pujuk la mak suruh buat. Siti pernah gak buat laksa nih. Tapi, bila dah ngan mak nak la gak suh mak buat. Saja nak manja2. Hahahaha..Laksa lemak ni mmg asal dari pantai timur, Terengganu/Kelantan. Siti sekeluarga mmg asal dari Terengganu. Tapi dah lama menetap di Kuantan. Laksa Terengganu ni sebenarnya ada dua, satu yg kuah putih mcm ni (yg sama mcm mkn dgn laksam tu), lagi satu yg kuah merah tu. Apepun, dua2 jenis kuah siti suka.

Laksa Lemak Terengganu
1 paket laksa - direndam & direbus sehingga lembut
6 ekor ikan sardin/kembung - direbus & diambil isi*
3 cawan santan - dari sebiji kelapa*
3 ulas bawang merah - ditumbuk*
2 ulas bawang putih - di tumbuk*
Sedikit belacan*
1 keping asam gelugor/keping*
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk*
Garam

Untuk ulaman - diracik/hiris halus
Taugeh
Kacang panjang
Timun

Boleh juga tambah sayur2an lain yg sesuai seperti kobis & bunga kantan.

Sambal - ditumbuk
Cili padi
Garam
Belacan

Cara:-
1. Masukkan semua bahan2 kuah* ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. Perasakan dengan garam.
2. Di dalam pinggan, hidangkan laksa bersama kuah. Tabur segala bahan2 ulaman. Tambah sambal jika suka lebih pedas.

Jan 29, 2009

Pantai Batu Hitam...

Hari ke 3 kat kampung, siti ajak papa pergi beli keropok yg dipesan oleh Eskrem & Nieza dari Mama Club. Memula siti plan nak ke kemaman. Tapi, Eskrem bagi tau ada satu kedai keropok yg sedap dekat area Pantai Batu Hitam/Beserah nih. Hehehe.. Siti pun tak pernah tahu. Ok la, sebab lebih dekat dgn rumah siti berbanding nak ke kemaman. Bila sampai jer di kedai yg dimaksudkan, yang ada cuma keropok keping. Musin hujan takde ikan tuk buat keropok lekor kot. So, siti beli keropok keping jer la.

Lepas beli keropok, siti singgah di kedai yg menjual sata/otak2 yg terletak bersebelahan dengan kedai keropok tadi. Punya la ramai org yg makan kat kedai tu sampai takde tempat duduk. So, siti bungkus jer la dan makan kat Pantai Batu Hitam. Bila dah parking kereta, tgk takde tempat yg sesuai tuk makan. So, makan kat kereta jer la sambil2 tgk org. Ramai betul org yg berkelah sempena cuti Chinese New Year. Dah byk jugak la perubahan kat Pantai Batu Hitam ni. Siti dah lama tak datang ke sini. Dah bertahun2 rasanya.

Disebabkan siti tak plan pun nak berkelah, jadi siti cuma singgah makan sata & otak2 jer. Kakak pulak bila dah nampak laut mesti nak main air. Adoiiii....ombak agak kuat. Memang tak berani la nak mandi. Lagipun tak bawa apa2 pun. Tapi, papa taknak hampakan kakak, bawak la jugak pergi main air sekejap. Bila naik, tgk baju dah basah kuyup. Hahahaha..terpaksa la siti pinjam seluar yg adik pakai tuk bagi dekat kakak. Lepas tu siti terus jer balik ke rumah. Tak dapat nak singgah ke tempat lain disebabkan kakak dah takde baju. Plan nak singgah kat shopping mall baru di kuantan terpaksa di batalkan. Lain kali jer la....




Sata & otak2 ni boleh tahan la sedap rasanya. Cuma siti rasa harganya dah naik sikit. Dulu kalau beli RM1 dapat la 3. Skang dah jual 5 biji RM2. Tambah lagi skang musim hujan, tak ramai yg nak ke laut. So, ikan pun dah berkurangan.

Akikah @ Kampung...

Kebetulan masa siti balik kampung hari tu, ada majlis akikah yg dibuat kat dewan sebelah rumah mak siti. Dewan serbaguna ni mmg selalu menjadi tempat org2 kampung tuk buat kenduri kendara. Kadang2 majlis mkn2 mmg dibuat di situ, kadang2 cuma acara masak2 memasak jer. Lepas tu makanan akan dihantar ke rumah tuan punya kenduri. Memang meriah sgt2 dengan semangat gotong-royong & bekerjasama. Susah nak dapat kat bandar ni. Apepun, yang untungnya mestilah jiran yg duk sebelah dewan ni kan. Selalu dapat makan sedap2. Hahahaha...

Daging masak kicap
Sayur Campur

Ikan masin

Sambal belacan

Ni lah antara lauk2 yang dihidangkan. Ada lagi sup tulang, ulam2an & buah2an. Memang meriah. Siti cuma pergi makan jer. Yang tolong masak-memasak semer org kampung yg sebaya mak siti. Hehehehe....segan nak join. Tambah lagi ngan anak2 kecik (alasan yg paling konkrit).

Jan 28, 2009

Rumah Wan...

Yahoooooo..dah sampai kat rumah wan...Kakak & adik mmg seronok kalau dapat balik kampung. Ni la rumah mak siti kat Kg Lubuk Puyu, Taman Tas, Kuantan. Dulu2 rumah siti ni cumalah rumah papan yg comel. Alhamdulillah, ada rezeki untuk mak besarkan rumah. Ni pun kat depan belum siap sepenuhnya lagi. Dah hampir 20 tahun la usia rumah nih. Siti berpindah ke sini masa siti nak masuk darjah 2. Dulu2 mmg masih berhutan lagi. Tapi sekarang dah byk rumah2 di bina. Sebelah rumah siti pulak dibina balai raya. Rumah jiran2 pun dekat2 jer.


Suka betul kakak & adik dapat cium bunga2 yg wan tanam walaupun takde bau. Hahahaha. Ada jugak la yg jadi mangsa kena petik. Lepas petik tu kakak letak balik kat pokok tu elok2. Konon2 takut wan marah nanti. Tapi wan memang tak marah. Wan kan sayang kat cucu2 dia yg comei2 nih.



Kalau kat kampung barulah anak2 bebas bermain kat luar rumah. Takde la risau sgt. Tak macam kat KL ni, nak kena kurung jer anak2 dalam rumah. Kakak & adik memang seronok la. Bebas jer nak main. Boleh lah merasa nak pijak tanah. Hehehehe...Tambah lagi sekarang ni kat Kuantan memang redup dgn angin yg bertiup sepoi2 bahasa. Sekali sekala ada jugak hujan renyai2.




Antara pokok2 yg siti suka. Mak siti memang rajin menanam. Kalau mak tanam apa2 mesti menjadi jerk. Subur jer pokok tu. Tapi kalau siti tanam, kadang2 tumbuh kadang2 mati. Tangan panas kot atau sebab malas nak jaga, nak siram. Hehehe....



Khailan Ikan Masin...

Cuci mata dulu yer. Macam malas nak menaip sgt hari nih.

Gulai Kawah Daging...

Kalau ingat kat gulai kawah Terengganu, memang meleleh air liur. Sedapnya la. Daging dipotong besar2, kadang2 dicampur sekali dgn tulang. Masakan yg simple, tapi mmg sedap. Kalau balik kampung dekat Terengganu time Raya Haji, InsyaAllah dapatlah makan gulai kawah. Last sekali siti makan awal tahun lepas masa mak saudara siti yg tinggal kat Terengganu buat kenduri doa selamat.

Siti berpeluang la buat gulai kawah ni bila kawan siti dari Mama Club bagi siti rempah gulai kawah. Maknya tu memang pandai buat rempah ni. Dah lama jugak dia bagi kat siti. Siti masukkan dalam bekas kecil2 dan letak dlm freezer. Boleh tahan lama. Buatnya pun senang. Cuma tumiskan rempah gulai kawah tu, masukkan daging, santan & kentang. Perasakan dgn garam & gula. Memang senang kalau dah ada rempah segara nih. Hehehe...

Perpisahan..

Hari Jumaat lepas, office siti telah mengadakan farewell lunch untuk Zamir yg akan meninggalkan CAD-IT. Setelah dua tahun lebih berkhidmat bersama keluarga CAD-IT, akhirnya beliau membuat keputusan utk berhijrah ke tempat lain setelah mendapat peluang yg lebih baik.

Farewell lunch telah diadakan di Restoran Tony Romas, Sunway Piramid. Farewell lunch ni telah di sponsor oleh boss siti. Boss siti tak dpt join lunch ni sebab berada di Pittsburgh. Dia cuma kirim duit jerk. Hehehehe....






Yang diraikan...Zamir
Semoga persahabatan kekal buat selamanyaaa....








Teman bergaduh dekat office. Lepas ni sunyi lah sikit. Dah takde org yg nak bergaduh ngan siti. Hehehe..


Jan 23, 2009

Balik Kampung...


Sempena cuti Chinese New Year ni, siti akan balik kampung. Kali ni turn balik ke Kuantan. Yahooooo...dapat jumpa mak. Rindu dah ni. Plannya nak balik malam ni. Tapi, rasa2nya jam teruk kot. Tengok lah macamana nanti. Kalau tak pun balik pagi2 esok jerk.

Baju dah siap kemas smalam. Hehehehe..biasa la kalau tiap kali nak balik kuantan, mesti excited tu lebih sikit. Yer la, rumah kita sendiri. Tempat kita membesar, bermain masa kecik2 dulu. Banyak kenangan kan.

Kepada rakan2 blogger yg akan balik kampung jugak, siti doakan semoga semuanya selamat pulang ke kampung dan selamat kembali. Drive elok2 yer.

Sepanjang 4 hari cuti ni, seperti biasa la takleh nak update blog. InsyaAllah, siti akan cuba update blog sekembalinya siti ke office. Hehehehe..Tata...

Asam Pedas Ikan Parang...

Ni salah satu lauk favourate siti. Tapi mesti nak ikan parang. Ikan ni memang banyak tulang. Tapi isinya manis sgt. Siti boleh ratah jer ikan tu. Harga ikan ni leh tahan mahal jugak. Siti beli 2 ketul isi ikan RM8.00++. Huhu... Takleh la nak makan selalu.

Asam Pedas Ikan Parang
2 ketul isi ikan parang
1/2 cawan air asam jawa
10 tangkai cili kering - di kisar*
Bawang besar & bawang putih - dikisar*
Sedikit belacan
Kacang bendi
Tomato - dibelah 4
1 batang bunga kantan - dibelah 2
Daun kesum
Garam & gula secukupnya
Minyak utk menumis

Cara:-
1. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg telah dikisar* sehingga naik bau & garing.
2. Masukkan belacan, daun kesum & bunga kantan. Kemudian masukkan air asam jawa & air.
3. Setalah mendidih, masukkan ikan & kacang bendi. Kacau sekali sekala. Jangan sampai ikan hancur. Perasakan dengan garam & gula
4. Apabila ikan sudah masak & kuah menjadi sedikit pekat, masukkan tomato. Biarkan sebentar & tutup api.

Ketam Masak Lemak Cili Api...

Ketam ni papa beli masa pregi pasar. Macam tahu2 jer siti teringin nak makan. Papa beli 3 ekor. Biasanya kalau ketam ni siti masak gulai serai tu. Tapi kali ni rasa nak makan masak lemak cili api lak. Anak2 siti pun suka makan. Siti rasa kan, anak2 siti memang suka makan seafood la. Sekor ketam abis kat diorg jerk.

Ketam Masak Lemak Cili Api
3 ekor ketam
1 kotak santan
5 biji cili padi - ditumbuk
Bawang besar & bawang putih - dikisar
Sedikit serbuk kunyit
Sebatang serai - diketuk
Sedikit belacan
Garam & gula
Air secukupnya

Cara:-
1. Masukkan santan, bawang, serbuk kunyit, serai, belacan, cilipadi & air secukupnya di dalam kuali. Masak sehingga mendidih. Jgn lupa kacau sekali sekala. Kemudian, masukkan ketam. Perasakan dgn garam & gula. Biarkan di atas dapur sehingga ketam masak.

Jan 22, 2009

Siapa Buli Siapa...

Kisah tiga beranak ni..Hahahahaha..siti bila ingat balik leh gelak besor. Anak2 dah buli papanya. Papa lak terpaksa layan jer kalau tak bising satu rumah. Sian papa.......Papa dah hampir nak pengsan dah tu.


Lepas papa surrender, kakak lak yg jadi mangsa..Hahahaha..Yg paling best adik la. Asyik leh naik kuda jer. Tapi, tak pernah kena jadi kuda. Sebab kalau kakak nak panjat atas adik, cepat2 ibu diorg ni jerit "Kakakkkkkkkkk, adik tu kecik..kang patah tulang adik". Hahahahaha...

Kerabu Kacang Botol...

Kerabu ni mmg versi nak cepat & yg paling simple. Tak caya tgk bahan2 nya. Sebelum kacang botol ni kecut duk dalam peti, baik siti jadikan kerabu. Hahahahaha...

Kerabu Kacang Botol
Kacang botol - dipotong nipis2
Taugeh
1 labu bawang besar - dihiris
5 tangkai cili padi - dihiris
Segenggam udang kering - ditumbuk separuh lumat
2 biji limau purut - diperah airnya
Garam & gula secukupnya

Cara:-
Sebatikan air asam limau, garam & gula di dalam bekas. Kemudian masukkan semua bahan2 lain. Kacau hingga rata. Siap untuk dihidangkan.

Lala Goreng Halia...

Nak habiskan stok lala yg ada kat dalam peti ais tu. Lala ni kalau simpan lama2 tak sedap.
Kali ni masak halia jer. Yang tukang perabih mestilah anak dara berdua tu.

Lala Goreng Halia
Lala secukupnya
1 inci halia - dihiris
1 batang serai - diketuk
Bawang besar & bawang putih - dikisar
2 helai daun limau purut
Sos tiram
Minyak utk menumis

Cara:-
1. Panaskan minyak. Tumis bawang bersama halia sehingga naik bau.
2. Masukkan serai & daun limau purut. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan lala & sedikit sos tiram. Kacau & tutup dgn tudung periuk. Kacau lagi sekali sekala sehingga kulit lala terbuka.

Sup Tulang..

Minggu lepas masa singgah pasar tani kat Bandar Kinrara, siti beli la sikit tulang lembu nih. Dah terbayang2 sup tulang ngan kuah cili kicap. Sedapnya....Setelah 2 hari terperuk dalam peti ais, baru la tulang tu jadi sup. Hehehehe...

Sup Tulang
1/2 kilo tulang lembu
1 paket sup bunjut (siti ambik yg mmg tuk sup tulang, so ada la segala kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)
3/4 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Sedikit lada putih - ditumbuk
1 inci halia - di hiris
Daun sup
Garam

Cara:-

1. Rebuskan tulang bersana halia di dalam periuk hingga empuk. Kemudian masukkan sup bunjut & lada putih.

2. Di dalam kuali yg berasingan, gorengkan bwg merah & bwg putih hingga kekuningan. Masukkan separuh bawang goreng ke dalam periuk rebusan daging tadi. Perasakan dgn garam sebelum angkat. Hidangkan sup di dalam mangkuk & tabur daun sup dah lebihan bwg goreng.

Jan 21, 2009

1st Award....

Terima kasih untuk K Mida, Wanli & Yanti. Uik 3 org sekali gus. Hehehehe.. Apepun terima kasih byk2 kerana sudi bagi award ni tuk siti. Ni la first award yang siti terima sejak Yang Ku Sayang ni wujud. :))

Peraturan untuk menerima award ini ialah:
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.


5 Fakta tentang siti
1. Ibu kepada dua oarang anak perempuan yg comel2.
2. Suka memasak. Memang dari siti sekolah2 dulu lagi siti memang suka menyibuk kat dapur. Sampai kdg2 mak pening nak jawab soalan siti. Heheheh
3. Seorang yg mudah mesra bila dah kenal. Kepoh siti ni tau....Hahahaha
4. Suka pergi klinik bila sakit tapi takut makan ubat. Pernah masa siti kecik2 dulu ayah ngan mak kena pegang tgn & kaki siti tuk bagi makan ubat. Lepas makan jer, terus muntah. Hahaha..
5. Tak suka bila rumah bersepah. siti mmg suka pada kekemasan. Walaupun penat, siti sanggup jer kemas rumah. Kalau tak siti rasa berserabut.


Hobi siti
1. Membaca novel (apa2 jenis novel la) - sapa2 ada novel menarik leh la pinjamkan kat siti yer.
2. Memasak
3. Mengemas rumah
4. Berjalan-jalan, window shopping, melawat tempat2 menarik (ni kena tgk budget..hahahha)
5. Makan & makan & makan..sebab tu badan dah bagai dipam2. Siti akan jadu kuat makan bila dlm keadaan stress.


Ermmm..kat sapa yer siti nak bagi award ni...heheheh..belum ramai lagi kawan blogger since siti still baru...kebanyakan kawan semer dah dpt award nih..nanti siti cari yer..siapa yg kena...

Layan...

Hari ni mood siti memang kurang sikit. Pagi2 bbsitter dah buat hal. Bikin hati mendidih jerk. Ikutkan hati, nak jer tukar bbsitter lain. Tapi siti sabarkan hati. Orang kata jangan kerana satu kesalahan yg dilakukan, kita tutup semua kebaikan yg telah dia lakukan untuk kita kan.
Takpe...maybe ada kekurangan bagi pihak siti juga. Ermmmmm...sabar jer la yer.

Malas nak layan marah ni, baik kita layan gambar anak2 siti nih. Hari apa ntah, siti terlupa bawak kunci rumah. Terpaksa la tunggu papa balik. Sementara tu, siti bawak la anak2 pergi ke taman permainan yg berhampiran dengan rumah siti.

Bukan main seronok lagi kakak & adik. Siti memang jarang sangat bawak diorg main kat taman nih. Hari2 lalu depan taman bila balik dari kerja. Tapi, masa tak mengizinkan. Dah sampai rumah pukul 6.45. Nak masak lagi kan....So, kira bonus la untuk anak2 bila siti lupa bawa kunci rumah nih....Hehehehehe....





Nasi Goreng Lala...

Lebihan lala yg siti masak tu, keesokkan harinya dah masuk dlm nasik goreng. Jangan membazir kan. Hehehhee...Campak jer apa2 yg ada.

Sayur Campur..

Sayur Campur
Cendawan shitake - dibelah 2
Kobis cina
Bunga kobis
Brokoli
1 biji tomato - dibelah empat
1/2 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu kecil pes ayam knorr
soso tiram
2 sudu minyak masak

Cara:-
Tumiskan bawang besar & bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan segala sayur2an (masuk yg lambat empuk terlebih dahulu). Kemudian perasakan dgn pes ayam knorr & sos tiram.

Lala Goreng Pedas...

Papa kadang2 suka beli lala sebab anak dara dia berdua tu suka sgt makan. Kali ni papa beli byk gak. Boleh la dua kali masak. Lala yg siti masak ni siti tak makan pun sebab malam yg siti masak ni, siti duk tahan sakit kaki. Nak makan pun takde mood.

Lala Goreng Pedas
1/2 kilo lala
1 biji telur
1 labu bawang besar - dikisar*
2 ulas bawang putih - dikisar*
10 tangkai cili kering - dikisar*
1 cm halia - dihiris
1 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
3 sudu minyak masak

Cara:-
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan2 yg telah dikisar* bersama halia, serai & daun limau purut. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram. Kacau sebati.
3. Pecahkan telur & masukkan lala. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup sebentar dengan tudung periuk yg besar. Kacau sekali sekala dan tutup kembali sehingga kulit lala terbuka.
* Isi lala kebiasaannya mempunyai rasa masin. Jadi tak perlu tambah garam. Tambahan pula sos tiram juga sudah cukup memberi rasa masin kepada masakan.

Jan 20, 2009

Nasi Lemak...

Ni Sabtu lepas punya breakfast. Nasi lemak dengan sambal sotong & telur mata. Simple jerk. Kebetulan adik ipar ada kat rumah. So, meriah la sikit kan makan ramai2 nih.

Siakap Steam Halia...

Selain tom yum kat bawah tu, siti buat jugak ikan siakap steam halia nih tuk dinner. Ada byk cara wat siakap steam ni. Siti pernah taburkan jer semua bahan2 kat atas ikan & kukus. Kali ni siti buat lain sikit. Siti rasa buat cara ni lagi sedap. Ada la rasa macam makan siakap steam kat kedai tu.


Siakap Steam Halia
1 ekor ikan siakap
Halia - dihiris panjang2 (lagi byk lagi sedap)
1 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Karot - dihiris panjang2
Cendawan shitake - Dihiris nipis
1 batang serai - dihiris nipis
Cili padi
Sos tiram
1 sudu minyak masak
1 biji limau purut
Daun ketumbar

Cara:-
1. Ikan siakap dibersihkan dah dikukus selama 30 minit
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar, halia & serai. Kemudian masukkan karot bersama cendawan shitake & cili padi. Setelah karot hampir masak, masukkan sos tiram. Perahkan sedikit air asam limau kasturi. Kacau hingga rata.
3. Hidangkan ikan di dalam pinggan yg sesuai. Curahkan sos halia & taburkan daun ketumbar.

Tom Yum Sotong...

Siti dah banyak kali buat tom yum. Macam2 cara, macam2 pes tom yum dah pernah cuba. Tapi, still belum dapat rasa yg sama macam tom yum kung Secret Recipe tu. Kali ni siti cuba lagi. Ermmmmm..ada la sikit2 dah rasanya tu. Hehehehhee......

Tom Yum Sotong
6 ekor sotong besar - dipotong bulat2
Bunga Kobis - dipotong sederhana
Brokoli - dipotong sederhana
Sebatang karot - dipotong separuh bulat
2 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut
Cendawan shitake - dibelah dua
1 labu bawang besar - dihiris bulat2
1 biji tomato - dibelah empat
1 biji limau kasturi
1 kiub pes tom yum
2 sudu sos nampla/sos ikan
2 sudu sambal tumis - yg ni siti beli segera (bhn2: bawang, cili kering, halia, serai)

Cara:-
1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan pes tom yum & sambal tumis. Kemudian masukkan serai, daun limau purut, bawang & karot. Setelah karot hampir separuh masak, masukkan sotong, bunga kobis, brokoli, cendawan. Perasakan dengan garam, sos nampla & air limau kasturi. Akhir sekali masukkan tomato.

Alahaiiiii..Comelnya...

Budak berdua ni memang suka sgt kalau pakai tudung. Kadang2 tudung ibu dia pun dia sebat gak. Tapikan, budak2 kecil ni kalau pakai tudung, nampak comel sangat.