Dec 31, 2008

Bukit Merah Lake Town Resort....

Ingat tak psl entry siti yg lepas. Pasal siti nak ke Parit Buntar tuk menghadiri kenduri kawen kawan papa. Hehehhee....lepas diskuss ngan papa, siti decided tuk bermalam kat Bukit Merah Lake Town Resort. Lagipun dari Bukit Merah ke Parit Buntar cuma dlm 30km jerk. So, siti mintak tolong nieza (kwn siti) book kan hotel. Kebetulan nieza mmg akan bercuti di Bukit Merah sebelum bertolak ke Penang. Terima kasih byk nieza. Nasib baik masih ada hotel yg available. Siti menginap di Laketown Apartment. RM150 per nite for studio type.

Hari Sabtu dlm pukul 8.00 pagi siti bertolak dari rumah. Sampai di Bukit Merah dlm pukul 1 lebih. Perjalanan mengambil masa yg agak lama sebab byk sgt iklan. Byk kali kena berhenti di perhentian sbb Jannah asyik nak buang air jerk. Kebetulan Kakak mmg kurang sihat hari tu. Badan dia pun panas jerk.

Sampai jer kat Bukit Merah siti terus ke kaunter tiket. Nak tunggu check in lambat lagi, dlm pukul 3. So, siti decide tuk pegi melawat dulu. Siti ambik water world nye package, RM47 per person. Package ni include water park, ecopark, org utan island & skycycle.

Lepas ambik tiket terus siti pegi masuk ecopark. Ecopark kat Bukit Merah ni boleh tahan jugak la. Cuma pertunjukan haiwannya mmg bosan sgt2. Huhu....lepas tu ct naik skycycle. Ni kena kayuh sendiri...Lenguh tgn tau. Seterusnya siti naik bot ke pulau org utan.

Abis melawat pulau org utan, siti terus pegi check in. Waaaaaaa..mmg lama nak tunggu tuk dptkan kunci. Siti kena beratur hampir 45 minit. Dah la penat, mmg lenguh la kaki. Org mmg ramai sgt2. Reservation counter dah jadi kelam kabut. Nak entertain sorang customer ambik masa dlm 10 minit. Siap bergaduh pun ada. Masa ni teringat lak bila siti pergi ker Thai Airways tuk cuba dapatkan tiket tuk officemate siti yg nak balik ke Bangkok time Suvarnabumi Airport kena tutup tu. Kelam kabut betul & semua org nampak macam nak marah jer.......Huhu..sabor jer laaaa...

Lagi satu hal bila nak masuk bilik tgk2 cleaner still tgh touch up bilik.. Dah kul 6ptg dah. Teruknya la service. Dapat jer masuk bilik, terus mandi & apa lagi...dpt la zzzzzzzz kejap sebelum maghrib.

Malamnya siti cuma keluar tuk mkn jer..pastu masuk bilik semula tuk rest & tidur.

Hari ahad lak, pagi2 dah bersiap tuk turun breakfast. Plan lepas breakfast nak pegi main air kat water park. Tapi masa lak tak mengizinkan & Kakak lak mcm tak sihat jerk...

So, siti sempat bwk anak2 main air kat pool apartment tu jer. Jadi la yer. hehehehhe.....
Layan gambar anak2 main air kat pool apartment jerk..


<--Siti & anak2 + anak dara nieza










Kakak & Adik tgh seronok mandi ngan anak2 nieza -->



<--Hehehhee...masam jer muka kakak bila siti ajak balik. Dia paling suka bab main air nih..








Adik malu2 bila izzi (anak bongsu nieza) nak usik2. Hehehehehe....-->



Dalam kul 11.00 siti dah check out tuk pegi kenduri...Tapikan bagi siti Bukit Merah ni takde la best sgt. Tempat dia agak lama & tak berapa cantik. Bila malam lak macam suram jerk..Tak happening. Siti prefer lagi A Famosa Resort. Walaupun agak mahal, tapi still berbaloi...Tambah lagi hari tu masa pegi A famosa siti dapat beli voucher yg agak murah dari rakan internet..

My Beloved Family.....


Ni gambar masa gathering raya "Mama Club"....
Cuci mata yer tgk gambar family siti...sedondon.
Anak2 siti yg tersayang...

Dec 24, 2008

Murah Rezeki...

Alhamdulillah..murah rezeki hari ni. Semalam siti ada ajak papa pergi mkn dekat Old Town. Tapi papa refuse lak. Dia ajak gi mkn nasi goreng port aroma kat restoran dekat rumah siti nih. So, siti layan jer la.

Tapi takpe, sebab hari ni boss siti dah belanja siti mkn kat Old Town. Tu la org kata, kalau rezeki tu tak ke mana. Hilang kempunan..hehehe

Kisah disebalik belanja mkn nih...Sebelum nak kluar lunch tadi siti konon2 nak kenakan officemate siti. Maklum la semer baru dapat gaji + bonus. Hehehhee..
So, siti wat2 la sound " sapa nak belanja makan hari ni?". Sekali boss dengar la pulak.
Terus dia keluar dari bilik and tanya siti,"so, what is your plan today siti?"
Siti tanya, "What's plan??" Buat2 tak faham la. Dia ckp"you dah sound tadi, where you want to eat?" Waaaaaa...apa lagi, terus sebut Old Town....hehehhehe...

Untung jadi the only female staff kat office nih..Layanan tu mesti lebih sikit kan....
Thank you Tim (my boss yg memang best).

Merry Christmas...

Kepada penganut agama Kristian, siti ucap Selamat menyambut Hari Krismas......

Esok siti akan mula cuti sehingga hari Isnin. Siti takde plan untuk bercuti ke mana2. Hari Khamis & Jumaat siti cuma duduk kat rumah layan anak & main masak2. Hari Sabtu siti akan bertolak balik ke rumah keluarga mertua di Sg Besar, Selangor. Seronoknya sebab dpt menikmati permandangan sawah padi yg menghijau.

Nampaknya 5 hari siti tak dpt nak mengupdate blog ni. Maklum la, siti cuma boleh update blog bila kat ofis jerk. Kat rumah belum ada internet lagi. :) InsyaAllah..suatu hari nanti.

Dec 22, 2008

Penat...

Hari ni mata siti asyik mengantuk jer. Badan mmg sakit2 + penat.
Semalam sampai rumah dalm pukul 9 mlm.

Ooo..lupa nak ckp yer. Weekend lepas siti pergi ke Bukit Merah Lake Town Resort. Kebetulan tempat tu dekat dgn tempat kenduri. So, siti ambik kesempatan jalan2 kat Bukit Merah tu.
Siti akan update psl Bukit Merah dlm entry lain nanti yer.

Ni mata rasa nak pejam jerk. Huhu..tak sabar dah nak balik ni.....

Dec 19, 2008

Hari yg Ditunggu....

Yahoooo...dah hari Jumaat. Esok dah cuti. Every week mmg hari Jumaat adalah hari yg paling dinanti2. Biasanya hari Jumaat ni mood bekerja dah kurang sikit sbb asyik duk ingat nak cuti jerk. Walaupun sebenarnya hari cuti bukanlah siti dapat berehat sepenuhnya. Byk perkara yg perlu dilakukan. Rumah perlu dikemas, anak, suami & mcm2 la. Tambahan lagi bila time cuti jerk masa cam cepat sgt berlalu. Tup..tup dah hari Isnin balik.

Minggu ni siti & papa(suami) merancang nak pergi ke Parit Buntar, Perak. Kawan baik papa di suatu masa dulu akan berkahwin. So, mcm tak best la pulak kalau tak pergi sbb masa siti & papa kahwin dia dtg kan. So, ni kira balas balik. Majlis tu hari ahad ni, tapi siti & papa plan nak bertolak esok. Ni siti tgh berkira2 kat mana nak tidur mlm esok. Hotel belum cari. Cuti sekolah ni takut hotel fully booked. Ermmmm..camna tu????

Dec 18, 2008

Permata Hatiku....

First entry ni ct nak memperkenalkan permata hati siti. Siapa tu??? Siapa lagi kalau bukan anak2 siti yg sgt siti kasihi. Hadir ke dunia ini memberi cahaya baru buat siti dah suami.
Menghiburkan dgn telatah mereka berdua. Tanpa mereka sunyilah hidup siti.

Siti Miftahul Jannah @ kakak...dilahirkan pada 8 Mac 2006 di hospital Putrajaya. Alhamdulillah...siti melahirkan kakak dengan mudah. Siti sampai di hospital Putrajaya pada pukul 6.30. Masuk dalam labour room lebih kurang pukul 8.00 pagi..Tepat pukul 9.33 pagi ct melahirkan kakak. Sekejap sangat. Sekarang kakak dah berumur 2 tahun 9 bulan. Sangat petah bercakap. Cara dia bercakap mengalahkan org dewasa. Budaknya nampak cerdik sgt. Tak sabar2 nak sekolah. Hahahahha...Bila nampak bas sekolah jer..mesti dia ckp " ibu, kakak nak pergi sekolah naik geng2 bas sekolah"....Tapi kakak ni manja sikit. Selalu sgt menangis. Kadang2 letih nak layan kerenah dia.

Siti Miftahul Batrisyia @ adik... dilahirkan pada 9 April 2007 di Hospital Purajaya. Beza umur antara adik dan kakak tepat2 1 tahun 1 bulan. Saat melahirkan adik lagi senang. Siti terpaksa ditahan ward sebab dah terlebih 10 hari dari due date. Masa siti sakit dekat ward tu jalan dah bukak 6 cm. Masuk labour room pukul 5.00pg. Dalam pukul 6.30pg siti selamat melahirkan adik. Sekarang umur adik dah 1 tahun 9 bulan. Adik seorg yg very independent. Suka mengalah dgn kakak. Kalau time berebut barang selalu adik akan bagi dkt kakak bila dah tgk kakak dia menangis. Very sweet. Adik pun petah bercakap mcm kakak jugak. Maybe dia byk ikut cara kakak dia bercakap.


Tu lah kisah kakak & adik. Ramai org cakap muka diorg seiras. Badan pun hampir sama besar. Kalau pakaikan baju yg sama, mesti ramai yg cakap kembar. Kadang2 bila ada org tanya, siti cakap jer la diorg tu kembar tapi lain tahun...hehehhehe...boleh la kan...








Selamat Datang.....

Selamat mengunjungi blog siti. Siti baru sahaja berjinak dgn blog ni. So, diharap semua pengunjung berpuas hati... InsyaAllah..siti akan sentiasa update yg terkini tentang siti...