Nov 3, 2011

Bercuti di sabah...Day 3 (Fish Spa )

23/10/11...Day 3

Destinasi kami yang terakhir pada hari ke-3 sebelum kami check in di Kinabalu Pines Resort adalah Tagal Sungai Moroli yang terletak di Kg Luanti Baru, Ranau. Perjalanan dari Poring mengambil masa lebih kurang 20 minit. Aktiviti menarik di sini ialah kita boleh membuat foot massage dengan ikan-ikan kelah yang memang semulajadinya ada di situ.

Bayaran masuk untuk ke fish spa ini adalah sebanyak RM5/pax untuk dewasa & RM2/pax untuk kanak2 yang telah bersekolah. Masa yang diberikan hanya 15 minit. Kita juga boleh membeli makanan ikan yang ada dijual sebanyak 20 sen sepeket kecil. Oh yer, untuk yang nak mandi dengan ikan pun boleh juga dengan bayaran RM10/pax.
Untuk maklumat lanjut tentang Tagal Sungai Moroli boleh la lawat website mereka di SINI.

Pada mulanya siti memang rasa takut & geli juga untuk masuk ke dalam air. Mana tidaknya, apabila kita jejakkan saja kaki ke dalam air, berekor-ekor ikan kelah (ada juga 2 ekor ikan keli afrika yang besar) akan datang mengililingi kaki kita. Tapi, lama kelamaan siti rasa selesa dan seronok pula bila ada ikan yang mula mengigit kaki. Rasanya seperti kena cubit sahaja, tidak terlalu sakit. hik2...


Papa yang tergelak besar setiap kali kena gigit dengan ikan.

Wafi pun teruja sangat dapat tengok ikan-ikan yang besar.



Seronoknya papa bermain-main dengan ikan.

Untuk beri makan kepada ikan, kita perlu letakkan makanan ikan ke dalam tapak tangan & masukkan ke dalam air. Berebut-rebut ikan datang makan.

Masa 15 minit yang diberikan kami rasa terlalu singkat. Memang rasa tak puas. Rasa macam nak jer duduk kat situ lama-lama. Hik2..Satu pengalaman yang sangat berbeza & mengkagumkan bagi siti.

Setelah selesai aktiviti di Tagal Sungai Moroli, kami terus bertolak balik semula ke Kundasang untuk check in di Kinabalu Pines Resort (KPR). Setelah seharian berjalan-jalan di Kundasang & Ranau, kami memang rasa sangat letih. Kami tiba di Kinabalu Pine Resort pada pukul 6.30 petang dan hari memang sudah gelap ketika itu.
Selesai urusan check in, kami terus masuk ke bilik masing2 untuk solat, mandi & bersiap2 untuk makan malam.

Bagi siti, Kinabalu Pines Resort adalah satu tempat penginapan yang sangat selesa & cantik. Siti memang sangat teruja untuk menginap di sini setelah kali pertama melihat gambar tempat ini dari salah seorang rakan siti yang pernah menginap di sini lama dulu. Jadi, bila berpeluang ke Sabah, siti terus decide nak ke Kundasang & menginap di Kinabalu Pines Resort. Siti akan ceritakan dengan details tentang Kinabalu Pines Resort dalam next entry yer.


Kami turun untuk makan malam pada pukul 8 malam. Di sinilah tempat makan malam kami, The Pines. Makan malam kami telah termasuk dalam package penginapan. Jadi, tak perlulah kami bersusah payah untuk keluar dari hotel untuk mencari kedai makan.

Ini lah makanan yang dihidangkan kepada kami pada malam itu, untuk 6 orang makan kerana kami menempah 3 bilik. Mengikut package yang disediakan, mereka akan hidangkan satu sup, 2 jenis lauk & 2 jenis sayur. Tapi, malam tu kami dapat lebih satu jenis lauk. Alhamdulillah..memang rezeki kami. Makanan memang mengcukupi untuk kami yang seramai 10 orang termasuk kanak-kanak ni. Siap boleh ratah-ratah lagi lauknya. Untuk tambah nasi, mereka akan charge RM1.50 untuk sepinggan nasi. Lauk-pauk masakan orang Sabah ni memang tak pedas, ala2 macam chinese food pun ada. Nasib baik la diorang ada sediakan sambal cili. Hik2..nak buat macamana, kita kat semenanjung memang dah biasa bilamakan kena ada rasa pedas.



Mood Wafi memang tak berapa baik sikit masa kat Sabah. Tengok tu, tengah nak makan pun dia boleh menangis..huhu



Selesai makan malam, kami cuma berjalan-jalan sebentar dia dalam KPR, sekadar untuk mengambil gambar. Udara memang sangat sejuk tau kat sini. So, memang kena bawak baju sejuk la yer. Kalau tak memang menggigil la jugak.






Disebabkan dah kepenatan seharian berjalan-jalan, maka semua orang tidur awal la malam tu. Tambahan lagi dengan udara yang sangat2 sejuk, letak jer kepala terus zzzzzzzz.

Ikuti perjalanan terakhir siti & keluarga dalam next entry yer. :)

No comments: