Feb 26, 2010

Kuih Koci Kacang Merah

Ni la kuih koci ibu mertuaku. Setiap kali ada kenduri mesti mak mertua sitib uat kuih ni. Lagi satu kuih yangs elalu mak mertua siti buat ialah kuih sagu (siti akan post dalam next entry). Ni mak mertua siti buat masa kenduri akikah wafi hari tu. Kuih dari air tangan mak mertua siti ni memang sedap. Ni siti mintak resepi dari dia. Kata mak mertua siti, kalau takmo letak kacang merah, boleh letak labu, pulut hitam atau pandan.

Bahan A:
500g tepung gandum
250 g tepung pulut
250g kacang merah - direbus & dikisar
garam
air secukupnya

Bahan B (untuk inti):-
1/2 biji kelapa (ambil putih sahaja)
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan air
Daun pandan

Daun pisang secukupnya - lap bersih. Potong anggaran 4" x 4". Selepas potong layur daun pisang di atas api.
1/2 cawan minyak


Cara membuatnya:

Untuk Doh:

Satukan semua bahan2 A kecuali air, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan, tambah sedikit lagi air jika perlu.

Untuk Inti:

Masak gula melaka, gula pasir dan air hingga gula larut. Angkat dan tapis gula tadi. Masukkan kan ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukkan kelapa parut tadi dan daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga inti sedikit kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

Untuk membungkus kuih koci:

Ambil secukupnya doh dan ratakan. Ambil 1 - 1 1/2 camca teh inti dan letak di tengah2 doh. Cantumkan & bulatkan doh. Ratakan doh yang telah siap di dalam minyak masak & letakkan di atas daun pisang. Bungkus kemas dan letak dalam pengkukus. Buat hingga siap. Kukus 15 - 20 minit atas air mendidih.





Feb 25, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul




Chocolate Chips Muffin


100 biji muffin siti buat sempena majlis akikah wafi tuk bagi kat tetamu. Dari pukul 3 petang siti start buat sampai la pukul 8 lebih baru siap. Nak mengadun tu sekejap jer tapi nak tunggu siap bakar tu ambik masa sebab oven kat umah mertua siti tu leh buat 9 biji jer sekali bakar.

Resepi muffin ni siti ambik dari dapur Kak Ummie. Resepi asal dari Kak Jum. Bahan2nya memang simple jer & rasanya memang sedap sangat. Siti copy jer resepi dari umah Kak Ummie. Halal yer kak...
Bahan:-

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
3/4 cawan choc chips
Cara Membuat:-
Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
Masukkan choc chips.
Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)



Feb 23, 2010

Majlis Akikah Wafi

Alhamdulillah..selesai sudah majlis Akikah untuk Wafi setelah beberapa kali tertangguh. Pada mulanya siti merancang untuk mengadakan majlis akikah ni sebaik sahaja siti selesai berpantang, sama seperti Jannah & Batrisyia. Tapi, keadaan tidak begitu mengizinkan.
Akhirnya siti & papa memilih tarikh 20/3/2010 & majlis akikah kali ni dibuat di rumah keluarga mertua siti di Sg Besar, Selangor.

Tak banyak gambar yang siti ambil sepanjang berlangsungnya majlis sebab kesibukan yang teramat..huhu..letih sgt2.


Dua ekor kambing yang bakal disembelih. Hitam putih...hehehe..


Dah pun disembelih. Siti memang tak berani nak tengok orang sembelih kambing ni. Ni pun mintak tolong anak sedara ambikkan gambar.


Penduduk kampung yang sibuk bergejobos..hehehe...banyak tu lauk...


Antara lauk pauk yang dihidangkan tuk para tetamu. Kari kambing, rendang ayam dendeng, acar & sayur paprik. Kari kambing tu memang sedap sangat. Siti duk ratah jer.


Marhaban oleh kaum lelaki. Penuh rumah. Alhamdulillah..tetamu malam tu memang ramai. Hampir licin gak la kari kambing tu.


Cukur jambul. Nasib baik Wafi tak meragam.

Doa oleh Imam..mudah2an Wafi menjadi anak yang soleh.

Feb 22, 2010

Penat...

Huhu..hari ni datang kerja, badan semer letih...
Hari sabtu malam siti buat majlis akikah tuk Wafi kat umah mak mertua.
Alhamdulillah..Dapatla tumbangkan 2 ekor kambing..rezeki dari Allah swt..

Tapi ni lenguh abis seluruh badan..dari hari khamis duk buat preparation.
Siapkan gift tuk tetamu, tolong MIL buat kuih, pastu gejobos tuk hari kenduri lak...

Semalam sampai umah kul 3 lebih..pakat tidur ngan papa sampai 6 lebih..
tu pun tak hilang lagi penat...
umah kucar kacir sebab tak sempat nak kemas lagi...huhu...
Isk..anak dah 3 ni..penat dia tu bertambah2...nak kejar sana sini..kena banyak sabar jer la..

Citer pasal hari akikah, nanti la yer..tak byk pun gambar siti ambik..busy, busy & busy..ewahhhh..hehehe

Feb 12, 2010

Sapa nak maid???

Ting..tong...

Ada tak sapa2 yang nak maid..sila bg tau siti yer...umur 37 tahun..orang jawa timur..
Hari tu sebelum bersalin siti ada mintak org kat indon carikan maid...
lepas tu dia dah jumpa orgnya...
dia proses passpord & medical fee. dia cakap nak hantar kat siti.
tapi lepas tu dia senyap jer..sampai la siti dah bersalin ni.
siti ingatkan dah tak jadi..so, siti dah cari bbsitter. sekali hari ni agent indon tu dah hantar copy passport & medical check up kat siti.

So, skang siti jadi serba salah.
Siti sayang lak bbsitter skang ni. tak sampai hati lak...dia pun nampak sayang anak2 siti especially wafi..huhu...
Tapi siti tak sampai hati lak nak ckp ngan org indon tu yg siti tak jadi nak ambik.
sebab dia dah keluarkan duit dia dulu tuk buat passpord & medical fee tu.

so, sapa2 yg berminat bg tau yer...fee..RM 3200 byr kat agent indon tu (tolak 3 bulan gaji)..yg kat cni proses sendiri...siti rasa dalam RM700-800 gitu..
Siti belum bayar apa2 pun lagi ni kat agent indon tu.
janji ngan dia dulu bila dah dpt visa dari imigresen baru siti byr separuh..bila maid dah sampai sini baru ct byr separuh lagi.

Kalau berminat siti akan bagi nombor telefon agent indon tu, korang uruskan sendiri yer...

Kronologi Kelahiran Wafi (Last)

27/11/2009
9.00am

Allah Maha Besar, tiba-tiba Siti teringat pada seseorang. Nissa..kawan seuniverisiti Siti dulu. Dia tinggal berdekatan dengan rumah Siti. Memandangkan dia tinggal bersama keluarga kat sini, pada pandangan Siti, kemungkinan besar dia tak balik kampung.

Siti pun terus cuba call Nissa. Dua kali Siti cuba telefon Nissa, tapi tak berangkat. Hati siti dah gundah gulana. Nasib baik la kali ketiga panggilan siti berjawab. Alhamdulillah, Nissa memang beraya kat sini jer. Siti terus mintak tolong Nissa tengok2kan Jannah & Batrisyia.

Nissa terus datang ke rumah Siti tuk ambik Jannah & Batrisyia. Tapi, Jannah & Batrisyia takmo ikut pulak. Terpaksa Nissa yang ikut Siti pergi bersama-sama ke hospital. Kesian Nissa, terpaksa beraya di hospital pulak.

Pukul 9.30 Siti sampai kat Hospital Putrajaya. Masa nak mendaftar, Siti terbaca notis yang wad bersalin dah penuh...huhu..Siti dah berdebar2. Jangan la diorang tolak sSi pergi ke hospital lain. Setahu siti sejak adanya Hospital Serdang, Hospital Putrajaya ni memang mengutamakan penduduk di sekitar Putrajaya jer. Hospital Serdang memang berdekatan ngan rumah Siti. Tapi, mungkin sebab Siti dah biasa bersalin di Hospital Putrajaya, jadi Siti rasa takut sikit nak ke hospital lain.

Masa mendaftar, nurse yang bertugas tu tanya Siti kenapa Siti tak pergi ke Hospital Serdang. Siti pun bagi reason sebab siti dah biasa bersalin kat Hospital Putrajaya. Nasib Siti baik sebab labour room masih ada kosong. Selepas mandaftar, nurse terus periksa tekanan darah. Disebabkan dah ada contraction & ini adalah anak ketiga Siti, nurse terus masukkan Siti ker labour room. Tak payah dah nak masuk bilik saringan. Agaknya diorg expect kalau anak dah 3 ni, jalan tu cepat kot, takut terbersalin kat bilik saringan tu pulak.

Dalam pukul 9.30 am, Siti masuk ker labour room. Doc terus cek jalan. Dah buka 4 cm. Alhamdulillah, Siti dapat doktor tuk jaga Siti sepanjang proses bersalin kali ni (Siti dah lupa namanya). Kali ni Siti rasa semer procedure untuk persediaan bersalin dilakukan dengan pantas. Memula masukkan ubat tuk bunag air. Lepas buang air, doc dripkan air tuk mempercepatkan bukaan jalan kat tangan & buatkan CTG tuk monitor jantung baby.

Lepas dah siap semuanya, Siti ditinggalkan sorang2. Masa ni contraction tak terlalu kuat. Siti masih boleh relaks lagi. Disebabkan labour room Siti dekat sangat ngan kaunter, Siti boleh dengar suara Jannah & Batrisyia kat luar duk tanya pasal siti. Hehehe..mesti diorg tak sabar2 nak tengok baby. Masa Siti tengah duk layan diri sorang2 tunggu papa, datang la rombongan doktor tuk buat pemeriksaan. Siti tengok doktor yang jaga siti tu bagi penerangan tentang keadaan siti kat sorang doktor lelaki ni. Siti rasa tu mungkin diorgnya head kot. Pastu dia rasa2 perut Siti & cakap " Saya rasa puan akan bersalin sebelum pukul 2 ptg & berat baby dijangka dalam 3kg ke 3.2kg". Fuhhh..ada lagi 4 jam sebelum pukul 2. Lama lagi tu...

Dalam pukul 10.30, papa dipanggil masuk ke labour room tuk temankan Siti. Anak2 papa tinggalkan kat luar dengan Nissa. Sepanjang Siti bersalin, Siti belum pernah lagi tekan button tuk panggil doktor atau nurse. Button tu duk kat mana pun Siti tak tahu. Agaknya sebab papa setia menemani Siti masa Siti sakit kat labour room. So, bagi siti dengan adanya papa amatlah memadai. Tambahan lagi, doktor & nurse akan selalu keluar masuk tengok keadaan kita.

Pukul 11.00am, Siti rasa contraction dah semakin kuat. Siti hanya mampu berselawat & membaca doa nabi Yunus 'La ilaha illa anta, subhanaka, inni kuntu minaz-zalimin' berulang-ulang kali. Bila contraction datang, Siti genggam tangan papa kuat2. Doktor masuk untuk cek jalan lagi. Kali ni jalan dah buka lebih kurang dalam 6-7 cm. Waa..lambat lagi nak tunggu 10 cm.
Doktor lak asyik tanya samada siti dah nak meneran ker tak.

Dalam pukul 11.30, doktor & nurse masuk dalam bilik & tanya Siti lagi samada Siti dah nak meneran ker belum. Siti rasa contraction semakin kuat. Dah 5 minit sekali. Tapi Siti belum rasa nak meneran. Doktor bagi Siti sedut gas tuk kurangkan sakit. Lepas tu doktor cek jalan lagi. Still dalam 6-7 cm. Doktor cakap jantung baby dah tak cantik & bila diorg tgk graft, contraction tak berapa kuat. Doktor bagi tau Siti "mudah-mudahan puan boleh bersalin normal". Terus Siti rasa berdebar2. Jangan la ada masalah apa. Sebolehnya Siti takmo czer. Biarlah bersalin normal.

Disebabkan jantung baby dah tak cantik, doctor cek lagi jalan. Kepala baby dah kat bawah, dah boleh rasa. Tapi jalan still 6-7 cm & servik masih tebal. Doktor suruh papa keluar sekejap. Doktor suruh nurse buat persediaan tuk tarik baby guna forcep. Dalam2 doktor tengah cek tu tiba2 siti rasa nak meneran. Terus doktor suruh teran. Wa..rupanya bila dah anak ketiga ni takyah tunggu jalan bukak sampai 10 cm. Disebabkan Siti dah biasa meneran & dah tahu cara yang betul tuk meneran, maka mudah la sikit. Masa sSti nak meneran tu doktor terlupa nak panggil papa. Agaknya sebab tengah kelam kabut...hehehe...tapi takpe, ramai nurse yang bantu Siti masa tu. Lagipun tengah2 Sakit tu, memang takleh nak fikir apa2 pun. Dengan 4 kali teran, tepat pukul 11.40 pagi, keluarkan baby. Alhamdulillah...doktor puji sebab Siti pandai meneran. Hilang semua sakit.

Bila baby dah keluar barulah doktor teringat kat papa & panggil papa masuk. Siti nampak jer papa terus Siti tanya papa baby apa sebab papa yang tengok dulu. Walaupun dah pernah scan & dah tahu jantina baby, tapi Siti still tak confident. Bila papa cakap baby lelaki, terus Siti tarik nafas lega & senyum kat papa. Lepas tu doktor angkat baby & tanya Siti baby apa. Bila doktor letak baby kat atas perut Siti, terus Siti rasa syahdu sangat dapat tengok wajah baby yang kita kandung selama ni. Bila Siti dah kiss baby, nurse pun ambik baby tuk dibersihkan & ditimbang. Mak aiii...berat baby kali ni 3.57kg. Kalah kakak2 dia dulu.

Selepas uri & darah beku dikeluarkan, bermula la sesi jahit-menjahit. Papa pun kena keluar dari labour room & tunggu dipanggil semula tuk azankan baby. Alhamdulillah..kali ni Siti takde kena gunting, cuma koyak sikit jerk. So, proses menjahit pun kejap jer la. Siap semua, papa dipanggil tuk azankan baby. Lepas siap diazankan , tibalah time nak susukan baby. Seronoknya bila kali pertama kita dapat susukan baby..huhu...Sebelum naik ke ward Siti akan diperiksa sekali lagi tuk memastikan tiada darah beku & jahitan kemas. Siti diminta berada dalam labour room sekurang2nya 1 jam selepas bersalin sebelum dibenarkan masuk ke ward.

Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan mudah. Siti dibenarkan keluar dari hospital keesokan harinya. Bermula la sesi berpantang siti...TAMAT...

Terima kasih yang tidak terhingga siti ucapkan buat staff Hospital Putrajaya yang membantu Siti dari mula Siti masuk ke hospital sehinggalah Siti keluar dari hospital. Sepanjang 3 kali Siti bersalin di Hospital Putrajaya, Siti mendapat layanan yang sangat baik dari kalian semua. Alhamdulillah...

Terima kasih juga Siti ucapkan buat Nissa yang sanggup berkorban tuk menjaga anak2 Siti. Siti bersyukur punya sahabat sepertimu....Ummuahhhh..

Mee Goreng Hailam

Mee ni siti masak dua hari lepas. Hari yang sama siti buat brownies tu. Memula siti plan malas nak masak sebab papa cakap dia ada hal, so balik lambat. Siti lak kalau papa tak makan kat rumah, siti memang malas nak masak sebab penat jer nak masak sambil berperang ngan anak-anak tapi yang makannya siti ngan anak2 jer.
Tapi bila teringatkan kat dalam peti ais ada lebihan mee kuning buat mee kari hari tu, siti masak la jugak mee goreng hailam ni. Kang expired lak mee tu. Tambahan lagi Jannah memang suka sangat makan mee. Tak rugi la kalau siti masak sebab dia mesti makan banyak.
Bahan2 lain siti campak jer apa yang ada dalam peti ais tu. Makan panas2..fuhhh..licin...





Feb 11, 2010

Classic Brownies


Semalam masa kat office, siti jalan2 kat umah k ummie , terjumpa la classic brownies ni. Siti tak pernah buat brownies lagi. Tengok bahan2 nya macam senang jer. Balik dari kerja terus godek2 dapur sediakan bahan2 tuk buat brownies ni. Lepas mandi semer baru la siti siap sedia membaking. Resepi asal dari dapur Hajah Retno.

Tapi siti copy paste dari umah k ummie jerla yer.

Ingredients:-
200 gm. all purpose flour
75 gm cocoa powder
300 gm castor sugar
5 eggs
200 ml cooking oil or margerine, melted
50 gm almond flakes (siti pakai coklat chips)

Method:-
1. Preheat oven to 180C. Line base and sides of 28 x 40 cm (siti guna mangkuk pirex mcm kat bawah tu & glis dengan marjerin) baking pan with baking paper.
2. Put eggs and sugar into bowl of electrik mixer, beat on high speed until mixture is thick and creamy about 10 minutes.
3. Fold cooking oil into mixture, beat until mixture just combined.
4. Sift dry ingredients (flour and cocoa powder), gently fold into mixture, stir with spatula quickly or beat with low speed. Make sure that all flour is mixed in.
5. Pour mixture evently into baking pan. Spread the almond flakes. Bake in oven for 15 - 20 minutes.


Ni dah siap bekalkan tuk anak2 bawak gi umah bbsitter.

Feb 10, 2010

Kronologi Kelahiran Wafi (Part 2)



27/11/2009

Siti terjaga pukul 4 pagi. Ermm..macam ada contraction, sakit perut terus menangkap ke bahagian pinggang & pinggul, sekejap jer lepas tu hilang. Terdetik dalam hati "eh, dah start sakit nak bersalin ker". Contraction tak kuat sangat, so siti sambung lagi tidur.

Lebih kurang pukul 5 pagi siti terjaga lagi. Sakit yang sama datang lagi. Siti sambung lagi tidur sebab contraction tu tak kuat sangat. Tapi kali ni siti dah siap2 nak set jarak masa contraction tu. Pukul 5.30 siti terjaga lagi, ada lagi contraction. Masa tu siti sorang jer tidur dalam bilik tingkat atas. Papa & anak2 tidur kat hall depan tv kat tingkat bawah. So, siti turun pegi kat papa, tapi siti tak kejutkan papa. Cuma duduk jer kat kerusi. Papa terjaga & tanya siti " ibu dah nak bersalin ker?. Siti cakap " Entahla papa. Macam ada sakit tapi tak kuat sangat. Rasanya bukan nak bersalin kot".

Siti naik semula kat bilik & sambung tidur lagi. Pukul 6 lebih, siti bangun tuk solat subuh. Lepas solat, siti duduk2 sambil tgk jam. Contraction dah dalam 20 minit sekali. Tapi siti still tak confident lagi yang tu sakit nak bersalin selagi takde keluar tanda. Walaupun dah anak ketiga siti still lupa camna rasa sakit nak bersalin tu. Kalau ikutkan anak2 sebelum ni mmg keluar tanda darah dulu.

Pukul 7 camtu siti masuk bilik air & tengok dah ada keluar darah sikit. Sah la siti dah nak bersalin. Siti bagi tau papa dah ada tanda. Papa tanya nak gi hospital ker?. Siti cakap biarla dulu. Siti suruh papa siap2 tuk pergi sembahyang raya. Papa sempat tanya, nak beli ayam ker tak sebab semalam kan siti cakap nak makan lemang ngan ayam masak merah. huhu....nampaknya tak sempat la nak masak.

Masa papa pergi sembahyang raya, siti mandikan Jannah & Batrisyia siapkan diorg pakai baju cantik2. Lepas tu siti pulak bersiap-siap tuk pergi hospital. Masa ni contraction dah dalam 15 minit sekali. Tapi sakitnya takde la kuat sangat. Siti still boleh tahan. Dalam pukul 9 papa balik dari sembahyang, siti ajak papa pergi hospital. Time ni masalah tiba, sebab takde orang nak jaga Jannah & Batrisyia. Kakak ipar & adik ipar yang duk kat sini semuanya balik kampung. Tak expect la pulak nak bersalin time hari raya. Nak tanya jiran2 macam tak sampai hati sebab diorg mesti nak beraya. Siti dah sedih...huhu..Kalau Jannah & Batrisyia ikut siti pergi hospital, mesti papa tak boleh temankan siti masa siti nak bersalin. Waaaa..dah keluar air mata...Siti masih belum kuat nak duduk dalam labour room tu tahan sakit sorang2. Tapi, papa cakap nak buat macamana...terpaksa la. Lagi la siti menangis..huhu...

Tapi Allah Maha Besar, tetiba siti teringatkan seseorang......

Bersambung...

Kronologi Kelahiran Wafi (Part 1)


Entry kali ni nak cerita pengalaman Siti masa melahirkan Wafi..

Buat anak ibu, Wafi.... Semoga Wafi dapat merasakan apa yang ibu rasa ketika melahirkanmu bila Wafi membaca entry ibu ni. 9 bulan 10 hari dirimu ibu kandung dengan penuh sabar. Kelahiranmu ibu tungu2 seperti mana kakak2mu. Kesusahan & kesakitan yang ibu rasakan ketika melahirkanmu, ibu redha . Semoga Wafi menjadi anak yang soleh & menyenangkan hati ibu & papa......

26/11/2009
Sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Haji. Petang tu balik dari kerja memang jalan jem sangat2. Naik lenguh habis kaki siti bawak kereta. Dah la manual..huhu..Agaknya semua orang nak balik cepat kot sebab nak balik kampung. Sambil2 siti bawak kereta, siti duk gosok2 la perut, berborak ngan baby. Siap cakap kat baby" Baby..baby cepat la keluar. Kesian kat ibu... tiap2 hari kena rempuh jem macam ni. Lenguh semua badan ibu".

Siti memang tak bercadang nak balik kampung pun Raya Haji tahun ni sebab siti taknak nanti bersalin kat kampung walaupun sebenornya ada lagi 6 hari lagi sebelum due date. Kalau ikutkan siti ni jenis bersalin mmg ikut due ataupun lambat. Lagipun siti dah plan kali ni nak bersalin kat Hospital Putrajaya gak macam sebelum2 ni. Tambah lagi kat taman rumah siti tu ada buat korban sekor lembu...hehehe...dah berangan dah dapat daging lembu banyak..nak bakor...huhu

Malam tu siti ajak papa keluar makan sebab stok lauk kat umah semua takde. Orang sambut raya haji siap masak rendang semer, siti satu apa pun tak buat...hehehe...kelakor jer..ayam ker..ikan ker...semer takde dalam peti ais.

Siti lak time ni terasa sangat nak makan lemang. Papa singgah beli lemang tepi jalan. Pastu gi cari kedai makan..huhu..malang sungguh nasib, cuma kedai mamak jer yang bukak malam raya. Belasah jer la makan roti canai sambil2 telefon mak & mak mertua ucap selamat hari raya. Lepas makan ajak papa gi cari ayam nak buat ayam masak merah makan ngan lemang, tapi papa cakap esok jer la dia beli. Dah terbayang2 dah ni..huhu..meleleh air liur..hehehe..

Sebelum balik umah, papa singgah kat opis jap nak ambik barang. Time ni perut dah rasa mengeras..huhu.pastu terasa nak muntah. Habis roti canai siti makan tadi terkeluor balik. Sejak dua tiga hari ni siti selalu jer muntah-muntah. Ikut pembacaan siti, tu tanda yang kita dah semakin hampir nak bersalin.

Balik umah, mata dah mengantuk sangat2..ingat nak rasa lemang sikit, tapi tak kesampaian..esok la..

Bersambung....

Mee Kari

Sekali sekala dapat makan mee kari memang sedap. Kebetulan ada lebihan kerang rebus. Dah seminggu duk dalam freezer. Tapikan, alkisahnya masa siti nak buat mee kari ni, rempah kari ada sikit jer kat umah. Dalam 2 sudu besar..huhu...disebabkan bahan2 semua dah siti siapkan terpaksa la jugak siti masak. Lepas tu kalau tengok, mee kari siti ni takde sayuran hijau. Dah mintak tolong papa belikan sawi tapi papa cakap sawi takde dalam pasaran hari tu...hahahaha...(stok sawi dah abis kat kedai).

Bahan-bahan (kuah):
400 gm ayam – dipotong kecil-kecil
200 gm isi kerang
3 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air
2 sudu besar cili kisar
1 1/2 kotak santan (200ml) - guna santan fresh pun boleh
sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kari
Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
1 labu bawang besar – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
Tauhu yg telah digoreng
Garam & gula secukupnya

Bahan-bahan lain & hiasan :
Mee kuning - dicelur & ditos
Taugeh – dicelur
Sawi – dipotong 1 inci & dicelur (takde stok)
Telur rebus – dibelah dua
Fish cake – digoreng dan hiris
Cili merah – dihiris halus
Limau kasturi secukupnya - dibelah dua (takde stok, siti pakai limau nipis)

Cara-cara:
Untuk kuah :
1. Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bawang dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari, cili kisar & air asam jawa dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan gaul rata bersama rempah. Biarkan sebentar.
4. Masukkan santan dan masak lagi hingga ayam empuk.
5. Akhir sekali masukkan kerang, tauhu, garam dan gula
6. Biarkan hingga mendidih sebentar & tutup api.

Cara hidangan:
Dalam mangkuk, letakkan mee kuning, taugeh, sawi, fish cake dan telur rebus di atasnya. Tabur cili merah, perahkan limau kasturi dan tuangkan kuah. Siap untuk dihidang.




Feb 9, 2010

Telur Dadar + Peria


Bila sindrom M datang melanda, kena la masak yang mudah jer. Walaupun cuma telur dadar, siti nak tayang gak. Pertama kali siti tengok orang masak telur dadar campur peria ni kat satu forum. Lupa dah siapa tukang masaknya. Dah lama sangat. Tapikan, serius la siti cakap...sedap jugak tau masak gini. Tak caya..cuba la..

Bahan:
1 biji peria katak - hiris nipis2
2 biji telur
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
1 sudu cili kisar/cili boh
Garam secukupnya

Cara:
Campur semua bahan & goreng. Siap.

Kerabu Tomato


Semalam siti buat kerabu tomato ni. Memang siti suka sangat. Makan lak bertambah2, siap ratah lagi. Siti selalu nampak rakan2 bloggers yang amatlah pandai memasak buat kerabu ni. Cuma baru ni tergerak hati nak buat. Senang & mudah sangat. Resepi kerabu ni siti main ingat2 jer. Campak jer apa yang ada. Asalkan ada tomato tu kira OK la. Ni kira resepi versi siti la yer.

Bahan-bahan:
3 biji tomato - buang biji & hiris halus2
1 genggam ikan bilis - digoreng
sedikit suhun - dicelur
1/2 biji bawang besar - dihiris
4 tangkai cili padi - dihiris
2 sudu sos nampla/sos ikan
1 batang serai - dihiris halus
1 batang bunga kantan - dihiris halus (siti takde stok)
sedikit air asam limau/cuka makan
garam (jgn ltk byk sebab sos nampla dah masin) & gula secukup rasa

Cara:
Gaulkan semua bahan diatas hingga sebati. Sedia untuk dihidang.

Feb 8, 2010

Kek Gula Hangus



Hari sabtu lepas try buat kek gula hangus ni. Siti memang suka makan kek ni. Dulu2 mak selalu order ngan jiran kalau time raya. Dah lama siti print resepi kek ni. Baru ni ada masa nak buat. Memang puas hati dapat makan hasil air tangan sendiri. Anak2 pun suka makan kek ni. Resepi ni siti ambik dari myresepi, tapi dah lupa siapa punya...ampun yer..kalau tuan resepi terbaca kat blog siti ni, bagitau la yer siti.

Bahan-bahan ( 6 orang ):-
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

Cara-cara:-
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam" (Siti bakar dlm oven suhu 165 darjah celcius, selama lebih kurang 25 minit).


Susu Wafi


Salam....pagi nak tunjuk stok susu wafi..hehehe...siti dah buat stok ni sejak dlm pantang lagi..30 hari sebelum siti masuk kerja. Alhamdulillah...ada rezeki wafi...
Sebenarnya ni la kali pertama siti betul2 serius nak bagi susu ibu sepenuhnya tuk anak2. Masa Jannah & Batrisyia dulu siti duk campur2 gak susu. Tapi bila selalu je baca pengalaman ibu2 yang bagi susu ibu ni tuk anak2 walaupun dah berkerja, siti pun jadi bersemangat gak. Terus tanam azam..tuk wafi ni siti akan cuba bagi susu ibu sepenuhnya selagi boleh. InsyaAllah...

Feb 5, 2010

Pau Kacang


Dah lama jugak siti buat pau kacang ni. Baru ada masa nak posting ni.
Saja nak share resepi yang siti guna. Alhamdulillah...menjadi dengan gebunya. Resepi pau ni siti cedok dari umah kak ummie (terima kasih). Resepi asal tak pasti datang dari mana yer. Setakat ni, memang siti setia ngan resepi ni jer. Siti pernah jugak guna resepi yg sama ni tuk buat roti. Guna cara yang sama, cuma masukkan jer dlm oven. Siti copy & paste resepi dari umah k ummie jer la yer (halal yer k ummie).

Bahan:- (lebihkurang 20 biji)
  • *12gm yis
  • 500gm tepung pau/hong kong flour
  • 4 sudu teh double action baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 220ml air
  • 6 sudu besar gula
  • 5 sudu besar shortening
  • Inti kesukaan -siti letak inti kacang merah
Cara-Cara:-
  1. Campurkan yis dan air, kacau. Biar selama 15min.
  2. Ayak tepung dan double action baking powder.
  3. Masukkan garam n gula, gaul rata. Buat lubang di bahagian tengahnya.
  4. Letak campuran yis tadi n gaul rata.
  5. Masukkan shortening n uli hingga jd doh yang licin dan tidak lekit di tangan. Tutup n perap selama 1-1 1/2 jam.
  6. Kemudian keluarkan adunan dan tumbuk2 dan uli sebentar.
  7. Ambik doh, letak inti dan bulatkan. Letak atas kertas minyak yang dipotong kecil2...rehatkan selama 15min.
  8. Kukus selama 12-15 minit.



Muhammad Aliuddin Wafi






Feb 4, 2010

Hallooooo...

Siti dah selamat kembali bekerja. Kepada rakan2 yg wish tuk kelahiran Wafi, siti ucapkan berbanyak2 terima kasih. Tak sempat nak reply lagi. kesibukan melanda. InsyaAllah..minggu depan siti free sikit. Leh la kembali aktif berblogging.

Tapi, mungkin siti terpaksa kurangkan sikit aktiviti memasak & post gambar masakan kat sini. Maklumla anak2 siti masih kecil & nak layan baby lagi. Tak menang tangan dah. Tapi, tu bukan bermakna siti tak masak yer. Dapur tetap berasap, cuma siti masak yang simple2 jer tuk seisi keluarga.

Siti sebenarnya rindu sangat nak jenguk blog kawan2 semer....huhu....